Wednesday, December 24, 2008

RESULT POSTING YG SASPEN..

hari ni hari yg ditunggu2..
24hb disember..
da leh cek posting online..
maka.. dengan penuh kesabaran tunggu detik 12am nak try cek..
bukak kul 12.05am x de g..
setlah beberapa kali try n try every 5 minute..
last2 kul 12.20am baru leh cek..

dengan penuh hati2 key in no ic takut silap..


24 Disember 108 - RABU

Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda

NoKP : cth:820404045455





Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Hakcipta Terpelihara ©2009 Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.




dup dap.. dup..dap..
pelan pelan tekan butang 'semak'..
pliinngggg...
ini la haselnyee..
uwaaaaaaa..

HARAP MAAF.

Nombor Kad Pengenalan yang anda masukkan tiada dalam senarai penempatan ini.

Sila rujuk ke Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian :


03-8888 6275/ 03-8884 7225
untuk bantuan.

Kembali



kpm memang berjaya la mensaspenkan aku..
key in balik 2 3 kali pon dpt hasel yg sama huhu..

hati da libang libu..
perut da sebu..
time tu YM ngan dol
dia ngah cekkan utk semua sekelas
skali dol kata..
yana, mek ba n mek je pun senasib gak nama x naik..
rasa la lega skit sbb ada geng sekapal..

pg2 bila jam berdetik 08.02am je
trus dail no BPI.. org pempuan nyambut..
"maaf ye puan, encek rashid yg incaj x de.. dia g mesy jqaf da 2 3 ari da.. arini last. call la balik sok ye."
"x de staff lain yg incaj ke?"
"staf bhgn prguruan sume kuar."

pg ni adalah pg yg pnuh kkalutan spnjang cuti tnm anggur ni..

mana nak angkat call g,
nurul, k.yah, nora, mek ba, mek je, yana, asiah, lutpi, dr.mus, lin IT
nak reply sms g..
amad taqiudeen lak da golek2 nangis mintak susu time dr.mus call
tangan seblah pegang tpon
seblah g buai amad sofiudeen x mau tido lak huhu

slamat posting la kat sahabat2 len sume
yg posting kat
sabah
sarawak
perak
SBP
sek Teknik

semoga dapat jadik ustad ustazah yg 'indah' heheh



Monday, December 22, 2008

Terima Kasih Allah..


td ayahanda Dr.Mus call..
beritau result sem 2 n CGPA..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

terima kasih Allah..

semoga ilmu2 yg kami pelajari semua Engkau berkati
agar dapat kami praktikkan
mendidik anak bangsa
membina jiwa pembela agama Mu
amiinn..

Tahniah gak kat sahabat2 yg sempat sms tukar2 kabar result tadi..
sumer Dean List..
Uni
Nora
Din
Zura
Izan (IT)


tapi.. butterfly yg berterbangan lam perut ni masih lum ilang g ..
selagi result posting lum dpt tau huhu..

may Allah bless us alwayz..

Saturday, December 20, 2008

kitak ke sarawak laa..

ini mungkin berita sedih.. haru.. biru.. kelabu..
mungkin jugak berita gembira.. ria..
hehe linda.. (my ex-housemate bangi)
slamat naik belon la ye..
slamat mengajar dgn penuh kesabaran..
(jgn dera anak org lg.. nanti masuk court glamer semalaya heheh)


tunggu la aku kat sana haha kuang3..
aku ngah rase butterfly lam perut lg nih..
slagi result posting aku x kuar g huhu..
miss u..







TAHNIAH ! MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT


Nama
:
NORAZLINDA BINTI ALI

No. KP
:
790828055482
Anda telah ditempatkan ke
SARAWAK
berkuat kuasa pada 2 JANUARI 2009


Jika anda
dari Semenanjung dan ditempatkan ke SARAWAK / SABAH / LABUAN

Sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian :
03-8884 9572 / 9566 / 9584 /9582 /9581 / 9586 untuk mendapatkan maklumat penerbangan

ATAU


Jika anda dari Sabah dan ditempatkan ke SARAWAK / SEMENANJUNG / LABUAN

Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di talian :
088-224571 / 251722 untuk mendapatkan maklumat penerbangan

ATAU

Jika anda dari Sarawak dan ditempatkan ke SABAH / SEMENANJUNG / LABUAN

Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di talian :
082-276385 / 082-276225 untuk mendapatkan maklumat penerbangan


Bagi penempatan selain di atas, anda akan dihubungi secara bersurat oleh Jabatan Pelajaran berkenaan untuk urusan penempatan ke sekolah.

Friday, December 19, 2008

HJ. DANIAL & HAJAH RUZIAH

17 Disember 2008

19 Dzu al-Hijjah 1429

Desa Pinggiran Putra

Putrajaya


Flight k.jik n abg danny delay sejam pg tadi.

Sepatutnya terbang kul 8am waktu jeddah n tiba 8.10pm waktu mesia..

So, dlm kul 9++ baru landing..

Tunggu beg sume itu ini.

Kul 10++ baru settle n kuar.


Kitaorg g amik 2 kete tunggu abg danny call lepas landing baru gerak drp umah.

Ingatkan nak tunggu kat arrival hall tu.

Skali tunggu kat luar je huhu..

Baru ingat nak jalan2 amik gambar signboard n tmpt2

penting klia

Nak spare wat SPP utk BA ting 2 ada tajuk pasal KLIA..

Lenkali la jawabnye..


Alhamdulillah.. sume slamat sampai

Sihat.. batuk2 skit tu bese la kan

Org kata hadiah dari Mekah heheh..

Ramai la kat umah k.jik mlm tu

Family aku + famly abg.danny lg..


Jajan balik aji cam bese la..

Air zam zam, kismis, kurma nabi, kacang pistachio, coklat, buah tin dll..

Tp k.jik beli sikit2 je.. ala2 kadar utk jamu org yg datang melawat je..

Barang2 len pun x beli mana..

Beg pun x beranak..

Beg tu pegi.. beg tu la balik heheh

Ye lah kan.. g sana buat aji.. bukan g soping

Beli sikit2 yg penting2 je ok la

Bukan nak bagi sourvenier sekampung!!

Doa lg penting..



Aku.. wak lujik belikan jubah itam skali ngan mak

Pastu ada stoking kait beli ngan org Chechen

Leh wat pakai time tido.. comel heheh..

Mintak minyak wangi lak sebotol..

Cukup ar tu..

Oleh2 dari mekah.

Aku pon masa k.jik g aritu x de pesan beli barang pape..

Pesan doa ada la heheh.

a lots of thanks..



Well.. welcome back

Welcome home

Haji Danial & Hajah Ruziah..




p/s: Haji faisal musa.. bilakah kan kembalinya??

Penantian 1 penyiksaan..

posting.. oh posting..
asik postpone je tarikh nak release huhu
sabor je la..


Penempatan Guru Sandaran Terlatih (Pendidikan Islam) Siswazah bagi Calon Tajaan dan Temuduga KPM Serta Calon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi - Sekolah Menengah Boleh Disemak Pada 24 Disember 2008

2008-12-19

Tiada versi Bahasa Melayu di ruangan ini


Bahagian Pendidikan Islam Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Laman ini telah dilihat 600 kali
Laman ini dikemaskini 19 Disember 2008


'tersikso jiwo dan rago den ni ha.. alahaii kpm..'

Monday, December 15, 2008

'WAK'_NOTA BUAT PEMBACA


Puan bg sms..

“saya buka blog, ada banyak nama wak. Wak tu panggilan untuk uncle kan?”

Aku reply..

”Ooo.. wak memang panggilan utk uncle, tapi wak yg saya mention dlm blog tu sume nama kakak2 saya heheh..”


Hehe.. mintak maaf pada pembaca yg mungkin kompius bila baca entri terutama yg cerita pasal kuarga saya banyak sgt jumpe nama ’wak’..


Actually.. ’wak’ dalam bahasa jawa panggilan kpd pak cik, tapi yg lebih tua daripada ayah dan mak kita.

Kalu pakcik yg lebih muda drp mak ayah kita gelarannya ialah ’paman’..

Tapi.. ’wak’ yg banyak saya letak nama dalam entri tu sume panggilan manja untuk nama kakak2 saya heheh..


So.. kat sini saya publish la nama2 betul dorang utk elak kekompiusan yg berpanjangan heheh..


Wak Luti : kakak yg sulung nama sbnarnye Roswati atau kitaorg panggil jugak k.yati.

Wak Lujik/ gujik: kakak yg no.2 nama sbnr Ruziah. Kadang2 panggil jugak dia k.jik.

Wak pidah : kakak yg no.3 nama dia Rafedah. Kadang2 panggil dia umi (ikut panggilan anak dia)

Wak Jan : suami k.pidah nama dia Samjan.


Selain drp tu.. adik2 la.. dorang sume x diletak nama ’wak’.


Bangki/ Jaki : nama sbnr dia Zaki. Anak2 sedare panggil dia cik ki..

Anis : istri bangki.. baru kawen bln 5 aritu. Nama betul Umi Hanis.

Mamat : nama betul Mohd Nur Zikrie. Anak2 buah panggil dia cik mat.

Diba : adik bongsu.. nama betul dia lain hehe.. Siti Nur Fariha. Kitaorg pun da lupe camne dia blh dapat nama diba masa kecik2 dulu heheh. Anak buah panggil dia cik ba.


Harap maklom la ye heheh..

SAASATUL IBAAD

Kali ni Faisal Tehrani berperi tentang sejarah..

Sejarah Johor Lama..

Yang kemuncaknya

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang..

Kisah Laksamana Bentan..

Yang isterinyamengidam nangka sultan..

Semua orang tau cerita ni..

Tapi.. FT ceritakan kepada kita sesuatu yang kita tak tau..

Fakta sensasi yang selama ini diselindung oleh sejarawan Melayu..

Atas dasar menjaga kehormatan dan maruah orang melayu

Atas dasar menyanjung aspek kedaulatan sultan


Tapi.. dalam Islam kita ada konsep ‘قل الحق ولو كان مر

‘BERKATA BENARLAH WALAUPUN IA PAHIT’


Ya FT..

Kenyataan yg didedahkan sememangnya amat pahit untuk ditelan..


FT macam CSI

Cari fakta dan bukti dari tempat kejadian

So.. rujukan daripada surat-surat duta Belanda zaman itu & laporan pedagang Inggeris yang singgah di Kota Tinggi zaman kejadian..

Telah diperhalus oleh FT hingga menghasilkan fakta yang sangat ‘menyentak’..

Dusyuummm!!!

Terbuntang mata membacanya..

Tercekik rasa nak cerna kebenarannya..


Well..

Yang benar tetap perlu dikata benar

Yang salah tetap ialah salah

Kita yang membaca ni kena la pandai2 cari pintu hidayah..

Moga2 sejarah pahit ‘kejahiliyahan’ Johor Lama tak berulang..


Bacalah..

Membacanya sejak dari lembaran pertama lg kita akan nampak..

FT dah hulur tangan

FT bawa kita belayar

Menyusur sungai Kota Tinggi

Mengekor bayang2 Bendahara Tun Habib Abdul Majid

Dato Utama Mahdi Hasan

Tun Abdul Jalil

Dan Sultan Mahmud Syah

Kemudian.. sayup2 terdengar FT berpesan..

“Selamat dikejutkan, jangan katakan yang saya tidak berpesan dari awal..”


Sejak selesai khatam buku fragmen sejarah Johor Lama ni aku sebenarnya ternanti-nanti..

Sekarang Johor Bahru..

Tak ade ke sape2 sejarawan johor ke.. lecturer2 yg kaji sejarah johor ke.. cikgu2 sejarah ke.. even kerabat diraja johor ke..

Yang nak respon.. komen.. saman heheh

Karya FT yg sensasi ni kuang3...

...............................................................

“Panakawan. Ambil budak ini dan perintahkan Sri Hulubalang, gunakan keris Bahari seperti biasa.”

Wira menggigil, tanpa mengendahkan aib turun melutut tanpa pakaian dari peraduan dan memegang duli Sultan Mahmud.

“Ampun tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Apa daya tuanku berbuat patik seperti ini?”

“Apa daya? Bagaimana beta menyimpan kamu yang mihir ini? Tiadakah kamu aib untuk hidup lagi duhai anak muda? Tiadakah kamu tahu malapetaka yang menimpa kamu?”

Sultan Mahmud menggawangkan tangan tanda memerintahkan panakawan segera mengusung keluar Wira. Panakawan membentak dan menendang perut tahanan. Tidak membiarkan Wira menggelepar keras dan berteriak, segera tahanan ditarik disentap dengan ganas. Nasib malang, tiadalah Wira terbayang. Sangkanya menyerah diri seperti itu akan lepas. Anak muda itu akan menjadi seorang lagi mangsa hukuman bunuh dengan cara kegemaran Sultan Mahmud. Tahanan atau hamba akan dipaksa membongkok. Pertanda yang menjalankan hukuman akan berdiri, dan menusuk keris penyalang atau bahari yang panjang dari antara tulang selangka sampai tembus ke jantung...

...............................................


Gerangan kesalahan besar apakah yang Wira lakukan hingga diperlakukan dan dihukum sedemikian rupa?? Benarkah dia bersalah??

Teganya Sultan Mahmud.. walaupun menjadi kepala negara.. lagi orang Islam..

Punya kegemaran membunuh sebegitu rupa??


Singkaplah kebenarannya dalam

SAASATUL IBAAD_Pelaku Siasah_Political Players


Seperti yg pernah disebut dlm entri buku Manikam Kalbu sebelum ini..

Air tangan Faisal Tehrani takkan pernah mengecewakan..



Ni nak tambah jek FT skit g heheh..

Karyanya sentiasa segar..

Setiap kali ada saja perkara baru yang disuguhkan..


p/s: Bila agaknya MAS akan pulangkan FT semula?? Da rindu nak bertandang ke rumah..

Thursday, December 11, 2008

Hari Raye yg Hujan..

8 Disember 2008
10 dzu al-hijjah 1429
Tangkak


hari ini hari raye..
iaitu hari raye haji..
atau hari raye korban..

pagi2 lagi da ujan..
ujan lebat sejak malam tadi..
sejokk..
sejookk..
dan sejookkk..
air sungai pun da naik..
jangan banjir raye2 ni udah le..

wak lujik n abg danny raye kat mina..
wak pdah+wak jan+amad taqiudeen+amad sofiudeen raye kat bekok
bangki n anis raye kat simpang renggam

kat umah taun ni
wak luti+abg sabri+nurul+amoi yg raye umah mak
pastu.. aku+mamat+diba+mak+abah

keje bdk2 ni ari raye ni ialah tgok cd..

cd conan..
sbb tv rosak..
boring huhu..



petang wak luti da g umah mak mertua dia kat baroh..
amoi x de ni boring gak arr..
sbb x de org yg bleh nak di kacau heheh..

so.. xtvt utk ilang boring ialah
jahit tulang belut kat leher baju batik..
ada ke.. tukang jahit tu x jahit list kat leher baju
buruk betul d tengok..


da lama x jahit tulang belut..
ala2 da lupa gitu heheh
hentam la jahit jarang2 pon..
skill da ilang la heheh..

Selamat hari raya i'dul adha 1429H
semoga sama2 mendapat keberkatanNya..

Ari WUQUF..

Ahad

7 Disember 2008

9 Dzu al-Hijjah 1429

Tangkak



Ari ni ari wuquf..

Wak lujik sms smalam da btolak g padang arafah.

Mlm tadi da tdo ramai2 lam khemah kat padang arafah la..

Smoga perjalanan haji n proses laksana ibadah wak lujik n abg danny sume dmudahkan Allah.. amin..


k.yah sms..

“k.jem ari ni ari wuquf, antara masa yg mustajab doa.. doa la kita dpt posting ****** (tuuutt.. heheh) n dpt kawen cpt.”

Aku pun cpt2 aminkan doa k.yah tu..

Pastu dpt idea best lak heheh..

Aku pun kasik sms kat wak lujik yg ngah wuquf tu.

Mintak tolong doakan aku n dayah

Mudah mudahan Allah makbulkan doa2 kami aminn..


Mak cam bese la dgn begitu ekselen skali da prepare nak msk lauk pauk raye sejak tghari lagi..


Tapi oleh krana mak pose so, low batt skit la..


Jadiknye aku, diba n wak luti cover la yg mana2 patut dulu..


Goreng ayam, kupas n potong bawang, sayur mayur, goreng n tumbuk kacang, pipis n blender lada sume2 la bab2 sedia bahan



Pastu bab2 tumis menumis, masak memasak

Serahkan pada yg pakar heheh..

Mak la buat.. aku tukang makan je kuang3..


Menu raye aji taun ni..

Ketupat daun (ori punye.. sndri anyam)

Ayam masak merah

Daging kurma’

Lodeh

Sambal kacang

Kuih muih pun ada..

Sume hangatkan balik kuih2 raye yg x abis aritu lam oven.. sedap lg heheh

Makan malam da mkn ketupat da.




Tp sian la kat ada org tu..

X balik raye..

Raye sorang2..

Makan lemang sorang2..

Pastu dgr takbir.. mleleh air mata ingat kg

Pastu mleleh lak air liur ingat ktupat rendang heheh



Slamat melapah daging la ye

Ni upload gambo ktupat sume..

Kene tengok gambo ni time ngah makan nasik

Sambil tu bayangkan nasik tu rasa ketupat heheh bleh..

Liburan ke Cherating

Khamis-Sabtu

4-6 Disember 2008

Cherating Bay View Resort

Pahang Darul Makmur



k.Yah kata lam sms..

“eh eh.. watpe g cherating dah la ari2 ujan, bahaya tau main laut time2 ni..”

Aku reply..

“ala.. orang da ajak n nak support.. lg pun ktaorg x mandi laut.. nak tengok je laut tu.. mandi kat kolam hehe. Maklum la kat tangkak x de laut heheh..”


Timbul citer nak g cherating ni sumer berasal usul drp wak luti la heheh..

Dia konon-kononnya da stress sgt keje.

Bz giler.

Out station manjang.

Tiap2 minggu, x pun 2 minggu skali musti ada je kusus la meeting la marking paper la.

Dia yg nak g sangat.. layan je la haha..

Pastu ajak mak n abah.

Pastu jaki pun joint.

Aku, diba, mamat on je heheh..

Wak pdah x ikut sbb bby sofiudeen br 3 bulan leceh nak bwk jauh2.

Wak lujik lak ngah jadik tetamu Allah..

G 3 kete, kete wak luti, kete bangki n kete aku.. eh kete wak lujik.. pinjam heheh..

Nasib la mamat da de lesen

So, aku relax je ar jadik co-driver sambil2 tukang ketuk kpala dia kalu dia over speed haha..



duk kat chalet Cherating Bay View Resort.. 3 bintang

RM110 prnight (x include food ar)

3 org satu chalet, katil queen+single+tv+water heater.

Kira boley la..

Wpun pagi2 dorang x wat room service pon!! Haiyaa..


Xtvt ari2 pagi petang ialah..

Mandi kolam

Makan

Mandi laut

Makan

Mandi kolam lagi

Makan

Mancing

Makan

Tido.. heheh

Paling giler mandi kolam ialah budak amoi zulaikha haha..

Eksen lak tu..

Suh duk lam plampung itik x nak

Sudahnye.. cik ba n cik mat yg main plampung tu.. hampes sunggoh heheh

Tp takut mandi laut

Sbb dia ngeri tengok ombak dtg bergulung2 kot..

ni la pose penuh aksi ala2 takut air amoi ngan mama dia kuang3..


Mujur la pantai dia landai

Wpun ombak kuat gak

Tapi ktaorg berani gak mandi

Lgpun kawasan pantai berteluk..

Wuuhuuu.. best main ombak heheh



Makloman siaran tertunda..

Salam..

beberapa entri berikut adalah siaran tertangguh sejak minggu lepas..
sebab x sempat nak g bukak i'net kat opis k.yati heheh..

Wednesday, December 3, 2008

citer banjir..


banjir.. oo banjir.. oo banjir
kampung kita naik air 000.. aair oo..
(ni lagu.. kalu x tau nyanyi la ikut rentak apa pon.. hentam je la labuu..)


sbnrnya ni gambar banjir kilat kat umah 2 minggu lepas..
da amik gambo tapi asik x sempat je nak update lam blog sampai terlupe..
tapi bila tgok k.yah dok citer umah dia banjir..
baru la teringat nak upload gambo nih..


aritu ujan lebat giler 2 jam je pon..
tapi air sungai naik macam di pam2
nasib baik siang
lepas tolong mak wat lepat ubi
tengok2 air sungai da naik
tiba2 mak kata air sungai da melimpah ke laman umah lalu kut bawah pokok dokong tepi sungai tu sbb tanah dia rendah skit..


aku n mamat pon kelam kabut alih kete2 n moto2 ke sebrang jalan..
ye lah.. kalo x.. harus la kete berendam lak karang
tu pon da tak berani seberangkan kete lalu jambatan kayu antik umah aku tu
tumpang la lalu jambtan batu umah atuk jah..
pastu tumpang paking kete2 n moto2 kat umah atuk lias depan tu..
beskal diba je tinggal..
aku ckp kat dia kalo banjir dalam kang naikkan je la beskal tu atas pokok rambutan je hahah..

tp mjurlah lepas air melimpah je ujan pon berenti..
so air pon surut la malam tu

kalo ujan trus smpai malam..
ada harapan la kene angkat tikar, karpet, tv, peti sejuk, gobok sume yg kat dapur tu bawak naik atas huhu..

besoknya.. dol kata ada kuar dalam paper pasal tangkak banjir heheh..
glamer la kampong halaman aku kejap..

..MANIKAM KALBU..

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

"Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista."

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

"Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantangnya ia berpotongan yang ketat. Tidak boleh sama sekali menampakkan lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh."

Sultan Muhammad Syah bersuara,
"Adapun ayahanda tuan guru, kita telah beroleh mimpi buruk akan hal anakanda kita yang memakai baju tak ketahuan rupa. Gusar sungguh kita ayuhai ayahanda. Hendak dikatakan kafir macam Melayu, hendak dikatakan Melayu macam kafir pula, astaghfirullah!"

"Itulah yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ngada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apanila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan."

"Apakah ada yang lain, wahai ayahanda tuan guru?"



................................

Nak tau apa syarat busana Melayu yang ke 5??

meh ar baca buku ni.. Air tangan penulis kegemaran..
sape g kalu x FAISAL TEHRANI.. eheh


tema, plot, watak, latar, bahasa diselang selikan antara situasi 2 zaman.. zaman moden kini dan juga zaman lampau era Kesultanan Melayu Melaka..

di zaman moden boleh jumpa ngan Ziryab Za'im, Nurul Haliza, Cikgu Natasya, Ust. Asmawi dll.

di zaman KMM pula ada Manikam Kalbu, Sultan Muhammad Syah, Dang De Nurhalijah, Puteri Kecil Cempaka Lana dll..

pokok ceritanye.. pasal busana/ fesyen pakaian orang Melayu_Islam
Faisal Tehrani cam bese ar.. hasil karya dia mmg penuh ngan maksud yg tersurat tersirat terkias terkais terkuis heheh..

persoalan yg diketengahkan adalah persoalan serius fesyen masyarakat Melayu_Islam.. tp, FT menyuguhkannya dengan corak yg mudah dan indah (maklum la novel kategori remaja)..

esp. ceritera zaman KMM yg dikisahkan oleh seekor kucing madura iaitu kucing diraja yang dihadiahkan oleh raja negeri madura kepada seri bija diraja Melaka.

ehhh.. jgn x tau karya ni menang TEMPAT PERTAMA SAYEMBARA MENGARANG NOVEL REMAJA SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP 2007

satu lagi karya FT yang menang tempat pertama gak tapi kategori novel dewasa iaitu
BEDAR SUKMA BISU
akan manira khabarkan di entri yg lain ye..

bacalah buku ni..
percayalah.. hasil tangan Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan..

nak senang order je online ngan ujana ilmu. klik je kat link soping buku online kat sebelah tu.. oder, bayar online/ wang pos, 3 hari lepas payment settle encek posmen akan hantar buku sampai kat tangga umah.. senang kan..



FT.. Selamat menunaikan rukun Islam ke-5
semoga hajimu dikurnia Allah dengan haji yg mabrur.. aminn..


p/s: sampai x kiriman salam dr saya heheh..