Wednesday, November 26, 2008

Bye2 Tengganu

Sabtu
8 November 2008
Marang
Dungun
Paka
Kertih
Kemaman
Gambang
Temerloh
Lanchang
Bentong
Gombak
K. Lumpur
Putrajaya


Ni la route trip balik k.tganu-putrajaya..
naik MAY 2999
ngan k.yah kat sebelah
ngan mat kholel kat seat blakang
ngan segala harta benda aku yg penuh kat seat seblah mat kholel
n sendat gak kat boot kete
(tu pun de g yg tinggal kat umah k.yah.. halal jariah je la nmpak gayenye heheh)

kalu ikut aku.. gamble je drive balik sorang pon..
jalan pun da senang start kmaman straight smpai gombak da hway
tp mak bising ar.. abah steady je heheh
pastu wak lujik pun bising gak
mklum la kete dia yg jadik mangsa aku pinjam heheh
masa dtg refleksi aritu
mujur la de dol yg baik ati tu teman skali
ooo lupe.. transit kuantan amik nik yusri
so 3 ureng r..

kali ni mujur de k.yah yg siang2 g dah ofer nak ikut aku balik
nak teman aku drive katanya..
waahh.. itu sudah bagus..
x yah penin2 nak pikir mangsa strusnya utk teman drive hik hik hik..
pastu mat kholel pun nak ikut
mklumla pekse da abes lama
g skolah pun x wat pe dah
result pun da tau
lg pon dia xcited sgt nak g melaka
aku da janji nak bwk jln2 melaka skali
bkn jauh mana pun tangkak-ayer keroh tu

btolak kul 9.15am
sampai paka sempat benti amik gambo
gambo telaga2 minyak kebanggaan mesia tu la heheh
rakam video gak..


benti mkn n solat kat RnR temerloh
semestinya lauk ikan patin tempoyak la heheh
jalan LPT clear melia
jarang2 de kete
bkn cam hway plus
sibuk manjang

smpai tol gombak kul 3++pm
masuk mrrII je kete da slow
tersengguk2
key el kalu x jem tu ajaib la namanya

turun tol serdang
straight g umah wak lujik
kul 430pm da sampai depan pagar
si melo ngah lepak bwh kete ayah dia la spt bese

sedih gak
sbb pasni x tau bila leh g tganu lak
kalu x de hal yg btol2 penting
ssh gak r nak sampai
lg2 kalo da start ngajo nanti
unless..
kenduri kawen k.yah heheh..
tu aku akan berusaha mewajibkan diri aku g kuang3

Terengganu..
bye2..

Damba Cinta Mu

TUHANKU
AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU
TUHANKU
MAAFKANLAH KEJAHILAN HAMBAMU
KU SERING MELANGGAR LARANGANMU
DALAM SEDAR ATAUPUN TIDAK
KU SERING MENINGGALKAN SURUHANMU
WALAU SEDAR AKU MILIKMU
TUHANKU
AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU
TUHANKU
MAAFKANLAH
KEJAHILAN HAMBAMU
BILAKAH DIRI INI KAN KEMBALI
KEPADA FITRAH SEBENAR
PAGI KU INGAT
PETANG KU ALPA
BEGITULAH SILIH BERGANTI
OH TUHANKU
KAU PIMPINLAH DIRI INI
YANG MENDAMBA CINTAMU
AKU LEMAH AKU JAHIL
TANPA PIMPINAN DARIMU
KU SERING BERJANJI DEPANMU
SERING JUA KU MEMUNGKIRI
KU PERNAH MENANGIS KERANAMU
KEMUDIAN KETAWA SEMULA
KAU PENGASIH
KAU PENYAYANG
KAU PENGAMPUN
KEPADA HAMBA-HAMBAMU
SELANGKAH KU KEPADA MU
SERIBU LANGKAH KAU PADAKU
TUHAN DIRI INI
TIDAK LAYAK
KE SYURGAMU
TAPI TIDAK PULA
AKU SANGGUP
KE NERAKAMU
KU TAKUT KEPADAMU
KU HARAP JUA PADAMU
MOGA KU KAN SELAMAT
DUNIA AKHIRAT
SEPERTI RASUL DAN SAHABAT

Tuesday, November 25, 2008

Tempat jatuh lagikan di kenang...

Sabtu
8 November 2008
Kg. Ru Rendang, Marang


Start penghujung Julai aritu kalu org tanya..
"Duduk kat ne skang?"
"Kat Marang."
"Marang kat ne?"
"Kg Ru Rendang."
"ooo.. asal orang situ ke? (kompius.. cakap x de la bunyi tganu pun)"
"tak.. tumpang umah kawan yg praktikal skali.."

gitu r ceritenye..
bermula ngan citer sadis umah warden yg mula2 PK janjikan ada utk kitaorag tu tp rupenye sangat sadis untuk diduduki huhu
pastu carik umah sewa..
pon x de rzki jupe yg sesuai..
last2..
kuarga k.yah yg sgt baik ati terima aku jadik ahli kuarga express dorg heheh..

x de kata yg bleh nak diucap utk gambarkan sebenar2 rasa terima kasih n penghargaan utk k.yah sekuarga yg sudi luaskan ruang kat umah utk k.jem tumpang berteduh huhu
byk sgt budi baik k.yah sekuarga yg k.jem x kan lupe smpai bile2
dan akan k.jem rindui pas ni..
serindu nak mkn ketupat yg beli kat pasar rusila ari jumaat heheh

mana leh lupe sume tu..
naik PEF lalu bukit khor g skolah
soping kat pasar rusila tiap2 jumaat
makan nasik minyak, nasik goreng, laksa penang, laksa tganu, spaghetti, mee goreng, jemput2 n mcm lagi yg mak n k.yah msk (pokoknye.. mkn tanggung r hehe)
masak sama2.. lagi2 time bukak pose
wat kueh tat sama2
sahur sama2 (k.jem r slalu bgn paling lmbt huhu)
bukak pose sama2
terawih sama2
qiyam kat msjid rusila sama2
tgok tv sama2
basuh baju.. mak lipatkn tau2 je dah de atas katil bilik (huhu.. malu je)
tiap2 mggu ayah basuhkn kete
naik bas ayah n k.yah atar ka stesen
kalu smpai subuh2 pon k.yah yg buke pintu

arghh.. byk g ar yg rasa sedih bila ingat sume tu dah berakhir huhu..

k.jem mintak maaf byk2
kalu menyusahkan
kalu kengkadang malas nak tlg masak
kalu kengkadang malas nak bgn pagi
kot2 ada yg tersalah cakap
kot2 ada yg terlepas laku
kot2 ada yg tersinggung hati
kot2 ada prangai2 ntah pehape k.jem
yg x sedap mata memandang
yg x sedap tlinga mndengar

k.jem mintak dihalalkan makan dan minum
mintak dihalalkan apa2 yg terpakai terambil
dan yg sengaja pakai n sengaja ambil heheh


Semoga..
Allah sentiasa memberi rahmat, kasih sayang, keampunan, kesejahteraan, rezeki yg luas, kebahagiaan d dunia dan akhirat utk k.yah sekuarga
Cikgu Hj. Arifin
Cikgu Hjh. Ramlah
Nur Hidayah
Abdul Mukmin
Mohd Najmuddin
Mohd Khalil Asyraf

sume kasih sayang kuarga mu tu k.yah.. k.jem x dpt nak balas..
tp.. k.jem akan kenang dan ingat smpai bila2
sampai tua..
bahawa satu masa dulu
k.jem penah menumpang kasih
di Kg Ru Rendang
penah menumpang teduh
di rumah cikgu Ripin..
I lebiu..





tanda kenangan dari k.jem
utk k.yah sekuarga..


P/s: k.yah ehh.. tlh emel skeping dua gambo kuarga mu.. nak tempek kat sini heheh. tengkiu..

Wednesday, November 19, 2008

Januari-November 2008

Januari-November 2008

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Universiti Darul Iman Malaysia

Kampus Kusza

Gong Badak

Kuala Terengganu

Ukhuwwah yang terbina

Persis sekuntum bunga

Meskipun kini

Kita terpisah demi kasihNya


Namun cebisan kenangan kita

Sentiasa bermain di bayangan mata

Detik waktu yang berlalu

Menjadi memori kau dan aku



Sewaktu kita bersama

Saling setia menimba ilmu’

Tanpa mengenal erti penat jemu

Ingatkah kau lagi




Kita bersama memijak onak duri

Di tanah gersang

Mengutip semangat suci

Kini segalanya tersurat

Dalam sanubari



Bersabarlah dengan ketentuanNya

Ada rahmat yang tersembunyi

Bertemu berpisah kerana Allah

Lumrah kehidupan insan beriman

Moga saat nan indah

Ku harap berulang lagi

Teks Ucapan Bengkel Refleksi DPLI UDM 08

Selasa

4 November 2008

Batu Burok Beach Resort

Kuala Terengganu



K.yah ar yang suh upload teks ucapan ni lam blog.. senang dia nak copy bila2 perlu.. aku pun pikir2 elok gak memanjangkan jariah kat sape2 yg trdesak nak guna utk berucap.




Cerita kena berucap ni mmg agak2 sadis la huhu..


Ni sumer gara-gara YUSRI ar.. pandai2 cakap kat Dr.Mus nak suh aku berucap.. Ntah2 sbenarnya Dr.Mus memang suh awak yg berucap kan kan.. tul x yusri??..


Aku da enjoy2 nak g refleksi ni malas nak pikir2 kene wat teks la.. nak berucap la huhu..


Time tengah syok2 soping kat giant ngan k.Yah beli adiah kawen Mek Ba, Is n Lin la tiba2 yusri call.. lepas stngah jam gaduh kat tpon.. x termasuk gaduh sms lak mlm tu.. aku wat gak ar teks ucapan tu sambil hafal lagu baru UDM yg dol email sampai kul doblas mlm.


K.yah awal2 g suh masuk pantun time berucap.. aku pun pe g trus bagi tender supply pantun kat dia. Pagi selasa tu baru siap wat teks. Ni la rupe teksnya yg penuh ngan pantun.. k.yah ar nak sangat suh buh pantun.. haa amik berangkap-rangkap aku letak..



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين......

SALUTASI

  • Yang berbahagia...

Dan Para guru pelatih DPLI UDM 2008 yang dirahmati Allah sekalian


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memperkenankan, hasrat kita, untuk dipertemukan semula, di hari yang berbahagia ini, dalam Bengkel Refleksi DPLI UDM 2008 setelah berpisah selama kira-kira 3 bulan yang lalu, untuk menyempurnakan latihan praktikum masing-masing.


Sebagaimana yang sedia maklum, program refleksi ini, merupakan satu postmortem, bagi semua guru-guru pelatih DPLI, untuk saling berkongsi pengalaman, dan pembelajaran yang telah diperolehi, daripada latihan praktikum, yang telah disempurnakan, selama 12 minggu sebelum ini. Pastinya banyak ilmu dan idea-idea baru, berkaitan pengajaran dan pembelajaran, yang dapat dikongsikan bersama, dan dijadikan bekalan, untuk menjadi pendidik yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kiranya, program ini juga merupakan platform terakhir, pertemuan antara semua guru pelatih DPLI, dengan pihak pengurusan UDM dan juga para pensyarah sekalian.


Sehubungan itu, jutaan terima kasih, kami layarkan kepada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UDM, khususnya Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam, yang telah berusaha menganjurkan progam ini. Ini kerana, berdasarkan maklumat daripada sahabat-sahabat guru pelatih DPLI ,di beberapa buah universiti lain, tidak ada penganjuran program seumpama ini di sana. Maka seharusnya, semua guru pelatih DPLI dapat memanfaatkan program ini sepenuhnya.


Di kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh warga guru pelatih DPLI UDM 2008, ingin mengucapkan penghargaan, dan ucapan terima kasih, kepada pihak pengurusan Universiti Darul Iman Malaysia, di atas segala perhatian dan kerjasama yang baik, sepanjang menguruskan program DPLI sulung di UDM ini, yang telah bermula pada 3 Januari 2008, iaitu hari pertama pendaftaran DPLI sehingga kini.


Seterusnya, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga, kami hamparkan kepada, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, khususnya Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam yang diterajui oleh ayahanda-ayahanda kami, terutamanya, Ybhg Dr. Abdul Hakim bin Abdullah selaku dekan, dan guru kami yang sangat mesra, terbuka dan banyak mencurahkan ilmu, serta sentiasa berusaha meluangkan waktu sibuk beliau kepada kami, bagi membincangkan pelbagai urusan yang berkaitan pembelajaran kami.


Kami juga melayangkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima kasih, sepenuh kasih kepada ayahanda kami Ybhg Dr. Mustapha bin Che Omar selaku Ketua Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam, yang sangat komited dalam menguruskan program DPLI ini, sangat prihatin terhadap sebarang masalah dan kesukaran yang kami hadapi, malahan beliau juga merupakan seorang ayahanda yang sangat sabar dalam meladeni kami, anak-anaknya yang seramai 60 orang ini..


Maka, di atas segala budi baik ayahanda yg tidak tersebut oleh kami itu, hanya doa dapat kami panjatkan, semoga Allah jua yang membalasnya dengan penuh kebaikan dan keberkatan kepada ayahanda.. Amin..


Seterusnya, setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga, kami hulurkan kepada semua guru-guru kami, iaitu para pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, yang kami lalui di semester I dan II yang lalu. Segala curahan ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman yang telah dikongsikan itu, kami tadah dan kami tatang bagaikan menatang minyak yang penuh di tangan, sebagai bekalan dan panduan untuk kami mencipta kecemerlangan di masa hadapan.


Segala pengorbanan tersebut amat kami sanjung, bak kata pantun orang dulu-dulu..

Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik rasa nak junjung


Seterusnya, tidak dilupakan juga, kepada sahabat-sahabat guru pelatih DPLI UDM 2008 seramai 60 orang, yang telah banyak berkongsi ilmu, pengalaman, menjalinkan ukhuwwah, susah dan senang bersama selama 10 bulan menjalani pengajian di negeri Darul Iman ini, semoga, semua episod kehidupan, yang kita jalani di sini, akan kita kenang, sebagai satu kenangan terindah dan ukhuwwah yang terjalin, akan terus kekal, walaupun mungkin akan terposting, di mana-mana ceruk desa atau kota metropolitan di seluruh negara.


Kerana beginilah resam kehidupan..

Curah segayung rasa tak basah

Sesuap kanji rasa tak makan

Ada bertemu ada berpisah

Kerdil kita di hadapan Tuhan


Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi ucapan ini, akhir kata, semoga bersama-sama kita dapat memanfaatkan, pengisian progam yang telah disusun, dalam usaha membina kecemerlangan dalam diri kita, sebagai bakal pendidik di masa hadapan.


Asap api embun berderai

Patah galah haluan perahu

Niat hati tak mahu bercerai

Kuasa Allah siapa yang tahu


Anak cina memasang lukah

Lukah dipasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak kan lupa

Bagaikan rambut bersimpul mati


Jikalau ada sumur di ladang

Bolehlah kita menumpang mandi

Jikalau ada umur yang panjang

insyaAllah semoga kita bertemu lagi..

sekian, wabillahi taufik wal hidayah.. assalamualaikum wbt..



**gambo ngah berucap x amik g ngan pak Hasyim.. upload sok bila da dpt la..

Labbaikallahumma Labbaik

Ahad

2 November 2008

Desa Pinggiran Putra

Putrajaya


Hari yg ditunggu-tunggu

Sekian lama termimpi-mimpi

Bermusafir ke Tanah Suci

Bukan sebarang musafir

Musafir ibadah

Musafir mencari redha Ilahi


Yang akan pergi

Hati x sabar2 mahu terbang tinggi

sejak kelmarin

baitullah sudah memanggil-manggil

hajarul aswad sudah menanti dikucup

bukit safa dan marwah teguh nanti di sa’i

masjid nabawi, raudhah

terbayang indah di birai mata

Tanah haram

Nantikan kunjungan kami..


Yang ditinggal

Hati sayu

Entah bila kan sampai giliran

Hanya mampu

Berkirim salam pada kekasih Allah

Berkirim doa hajat moga dimakbulkan

Mendoakan yang pergi

Moga musafir diberkati

Moga ibadah diangkat ke sisi Ilahi

Haji mabrur yang diimpi

Dikurnia Allah berkat ikhlas sucinya hati


Pesan kpd boboy..

‘boboy tinggal ngan cik jamal ye..

jgn layan kalu smeagol ajak gaduh..

jgn main panas..

jgn jalan jauh2..

nanti makan jgn lupa minum..

jaga umah mama n ayah x de..’




Semoga..

Selamat pergi

Selamat mengerjakan ibadah

Selamat kembali

Dengan title baru..

Hj. Danial & Hjh. Ruziah



Bengkel Refleksi DPLI UDM 08 Vs Bengkel Hi2 Bye2



Selasa - Khamis

4 – 6 November 2008

Batu Burok Beach Resort

Kuala Terengganu



Bestnye dpt jumpe balik sume dpli lepas ‘terpisah’ 3 bulan wat praktikal.. Paling rindu kat kroni ar hehe nora.. Rindu nak bergosip kuang3.. molek sangat dpt duk sebilik.. aku+k.yah+nora (Puan kata 3 srangkai heheh). Walaupun tunggu nak check in smpai stngah nyawa.. sampai sakit2 kepala.. org len kul 2.30pm da bleh belayar lam bilik.. kitaorg kul 5pm br dapat kunci.. tersadai 3 jam kat lobi huhu.. tp berbaloi gak ar bila dpt junior suite heheh.



Program sempoi je.. Ayahanda Dr.Mus kata wat program saje nak santai2 sblm berpisah hehe..

So.. memang santai n sedih bila nak berpisah..


Ntah bila lagi dpt kumpul lagi camni

Ntah bila lagi dpt duk sebilik bergosip puas2 ngan k.yah n nora








Ntah bila lagi dpt sakat Yana yg cepat melenting tu






Ntah bila lagi dpt jupe mek Ba yg nak jadik Puan bln 12 ni





Ntah bila lagi dpt lepak hanging around ngan dol,

lut, yusri, sufi, che wan, pok jak n len2






Ntah bila lagi dpt main jeling2 ngan uni yg malu2 kucing heheh









Memang la akan jumpe balik sok2 bila2

Tapi sume da lain

Suasana pun lain

Yang dulu sorang.. da berdua

Yang dulu Cuma berdua.. da bertiga berempat


Cam k.su yg skang da berlima ‘setengah’.. sok2 jupe da berenam bertujuh kot heheh (jgn mare k.su)







Yang dulu slim melim.. da jadik encek bor..roi hehe

Yang dulu Cuma bawak BGA 1324

Sok2 da bawak PERDANA V6 heheh


Tapi wat dpli kat sini

Walaupun jauh

Walaupun mula2 x de kenal sape2

Tempat baru

Kawan baru

Lecturer baru

Subjek baru

Tapi.. banyak hikmah yg Allah beri

Dapat kawan yg best2



Dapat lecturer2 yg best2 mesra2 sume





Dapat belajar lam kelas yg best





Dapat result yg paling best heheh




Dapat tengok pantai yg best2


Pokoknye sumer best la..

X sama cam degree dulu biasa2 je


Terima kasih Allah

Semoga persahabatan antara kami

Diberkati, diredhai

Dan dipelihara oleh Mu

Ke akhir hayat kami..


Batang selasih permainan budak

Berdaun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun bertemu juga..

Monday, November 17, 2008

Sahabat Sampai Mati..

Isnin

27 Oktober 2008

27 Syawal 1429

Desa Pinggiran Putra

Putrajaya



Dpt sms ija pg tu..

‘k.jem, jom g umah k.shima pas zuhur ni pastu g umah fiza plak pas asar..’

‘beres.. ko dtg la amik k.jem, kete k.jik x baiki lg.’


Lama x jumpa k.syima n anak2 dia adawiyah n iman.. k.syima baru pindah umah dia beli kat bangi.. dulu g umah dia masa dia duk puchong lg.

Anak2 dia kemain hepi lagi aku amik gmbar.. sakan posing.. sporting tul adawiyah ngan iman.


Ust amin x de.. maklum la dorang bisnes cendawan joint venture ngan hakim kat semban.. nampak gaye leh cepat kaye gak heheh.. merasa la mkn cendawan goreng tepung k.syima petang tu. Dasat gak bisnes dorang tu.. stakat ni ada 2 premis, satu umah double storey, satu umah kedai.. yg paling x tahan tu siap ada lab sndiri n siap wat tissue-culture sndiri n packing tepung goreng sendiri lagi. Maklum la org botani heheh..


Malam lak fiza n hisyam belanja makan sate kat kajang. Tp amad Yusuf x de, kena tinggal ngan nenek dia kat serdang.. x dpt acik jem nak tgok amad yusup da beso mana skang hehe.

G ramai2 ngan ija n k.syima anak beranak. Lama x kumpul ngan kawan2 gini.. pasni x tau la bila leh kumpul mkn2 gini karang dah posting ntah mana2 lg susah..


Well.. sahabat tetap sahabat walau apa2 pun yg terjadik behind it.. fiza jgn risau la ye heheh.. sikit pun k.jem x amik ati ke.. berase ati ke ngan cerita2 lama. Kita tetap sahabat sampai mati.. sampai akhirat..



**gambo fiza & hisyam x de sbb lupe nak bwk kamera tinggal kat kete.. lenkali la k.jem upload ye.. skali ngan gambo amad yusup heheh


Oops.. ter'xcdent'..

Jumaat

24 Oktober 2008

24 Syawal 2008

Putrajaya_Bandar Baru Bangi


Bas adik beradik sampai putrajaya sentral kul 5.45am.. wuhuu skt pinggang..


Kul 9am g swimming ngan wak lujik kat pusat akuatik ptrajaya, kolam kosong x de org pun. Time lalu kat pok guard sempat dia`tanye..

‘reti beronang ke?’

‘celup2 boleh la pak cik..’ Kitaorg gelak je ar heheh..

Lama x swimming skill pun dah lupa2 heheh.. breast stroke je pun, free style hampeh x gerak kuang3..


Arini lunch makan pizza kat alamanda.. bese ar wak lujik kalu nak mkn pizza mmg tggu aku sbb abg x suka piza.. aku beres je heheh.

Pastu nak carik bahan2 wat dadih kat bangi.

Singgah umah sewa lama jap kasik kepok kebetulan ija mc aritu ada kat umah.


Otw balik umah tgok jam da pukul 3.15pm.. zuhur dok g, ari ujan renyai2.. sampai depan pintu gate ke-2 ukm tgok jln start jem drp trafic light ukm tu.. so aku ingat nak potong masuk lam ukm then kuar kat pintu gate lingkungan ke 2 ukm utk elak trafic light tu.. konon2 nak cepat smpai umah nak solat..


“masuk kiri masuk kiri”

Aku suh wak lujik masuk ke ukm tiba2, dia pun x pikir panjang trus paut stereng ke kiri jeling sekilas je kat side mirror..


Tiba2 je.. streeeettt.. gedegung.. gedegang..

Motor dr sblh kiri langgar kitaorg.. tergolek2 dia jatuh..


Aku ngan gujik da tergamam.. nasib baik gujik x panic sgt.. trus masuk pagar ukm n benti kat tepi..

Mujur abg tu luka skit2 je .. moto pun skit je..

Atar g klinik Dr.Azmi & rakan2 panel company dia.


Mintak maap abis2 kat brader tu lagi2 gujik nak g aji dah minggu dpn kan.. takut gak kalu dia ada simpan rasa x puas ati ke, marah ke kan.. hulur gak duit skit.. dia tak nak sbb moto pun skit je..

gujik kata “x pe la beli la sate kat anak2”.

Solat zuhur kul 3.50pm kat surau istiqomah tmpt nisa’ n pewaris serdang wat kem smart solat dulu.




Rasa bersalah sgt2 kat wak lujik sbb aku yg suh masuk kiri tiba2.. huhu.

Kalu pejam mata asik terbayang2 lagi abg tu jatuh langgar kete kitaorg.

Terdengar2 lagi bunyi xcident tu.. rase cam fobia skejap nak drive huhu..

Banyak dosa aku gaknye.. Allah kifarah trus.. bayar cash n carry huhu astaghfirullah.. maafkan segala dosa2 kami Allah..


Side mirror pecah, pintu kemik bawah x bleh bukak, skirting depan terkopak n calar, ada calar gak kat depan.. sport rim lagi calar gak huhu.. satu hal nak cakap kat abg balik ni huhu..


Moral of the story.. kalu drive tu banyak2 bersabar.. (aku mmg kureng sabar kalu drive ni.. nak cepat sampai je.. tanya la k.yah musti tau gaya aku drive). Se g kena byk2 maafkan org slalu supaya org lain pun mudah maafkan kita..


Sian wak lujik n abg nak g aji ni kene spend utk betulkan kete lak sbb aku nak bwk kete tu g refleksi kek g.


Habis deal ngan cina ketuk n cat kete tu sudahnya terbang la rm200 ketuk, rm330 cat huhu..

Mintak maaf.. mintak maaf.. mintak maaf..

Semoga abg n gujik maafkan aku, dan Allah pun ampunkan stok2 dosa aku huhu..

HADIAH PALING BAHAGIA

Khamis (ari last praktikal)

23 Oktober 2008

23 Syawal 1429


Terima kasih kat anak2 yg kasik aku adiah..

Am6

Nick d 9

zakiah

Nurnabila

Mastura

Aida

juwariah




Tapi aku rase adiah yg paling berharga dan paling buat aku terharu dan paling buat aku rasa bahagia ialah respons yg anak2 aku tulis dlm borang refleksi pengajaran yg sempat aku suh dorang isik pagi td..


Borang refleksi pnp ni dayah yg wat smalam.. item yg kena isik ialah:

Aspek yg perlu di kekalkan

Aspek yg perlu ditingkatkan

Aspek yg perlu dibuang/ ditinggalkan

Pesanan/ ucapan




Nak menangis bila baca sume yg budak2 ni tulis.. terharu giler.. ada gak yg wat ala2 karangan pmr 350 patah perkataan.. penuh borang tu heheh.. anyway its really touch my soul. So, ni aku quote antara respons dorang sebagai tanda aku sangat menghargai penghargaan yg dorang beri..


yg +ve antaranya..

masuk kelas awal

teknik pembahagian kumpulan + markah terkumpul

pembentangan

teknik soal jawab

intro tajuk yg akan belajar (induksi la tp dorang x reti sebut heheh)

masuk makmal kmpter (tayang slide/ video/ gambar)

kaedah kuiz (ulangkaji)

teknik permainan (dam ular & kotak beracun)

beri motivasi

sporting

ceria

selitan humor

keyakinan tinggi

penyayang

prihatin

mendengar masalah pelajar

menyediakan hadiah (peneguhan)

pelajar x tido dlm kelas

byk interaksi dgn pelajar

penuh semangat


yg -ve

kurang tegas dan byk berlembut dengan pelajar yg lggar peraturan kelas terutama pelajar lelaki

x pakai sarung lengan (ni si syahir n nick la yg paling prihatin skali slalu dorg tolong ingatkan time aku terlupa.. mekacihh heheh)

ni bkn nak bodek diri sndiri.. jauh skali nak riya'.. tapi aku sgt terharu ngan penghargaan dorang..


dan sesungguhnya aku rasa sangat bahagia dan gembira bila dapat membahagiakan dan mengembirakan dorang.. aku rasa sangat2 bahagia bila tau dorang sume enjoy class aku.. lagi rasa bahagia bila dorang sume tulis dorang sayang kat aku huhu.. aku pown sayang gak kat dorang sume..


Ya Allah..

Berikanlah anak2 hamba di kelas 2E & 2H SMKADG

KeampunanMu

Kerahmatanmu

Taufik & HidayahMu

Berkatilah ilmu2 yg dipelajari mereka

agar dapat mereka amalkan

Kurniakanlah mereka

kejayaan yg cemerlang dalam pelajaran

dan kehidupan di dunia & akhirat

Pilihlah mereka menjadi pembela dan penerus pejuang agamaMu

Kekalkanlah ukhuwwah dan rasa kasih berpanjangan antara kami..

Aminn..

Wednesday, November 5, 2008

Tak sempat update..

Salam..

sekarang ni x sempat nak update blog sbb tgh kusus kat batu burok..
pasni balik putrajaya lak pun susah i'net..
susah la nak ber blog kek g huhu..

kalu ada umo update nanti2..

Batu Burok Beach Resort
Kuala Terengganu