Showing posts with label Dunia dpli udm. Show all posts
Showing posts with label Dunia dpli udm. Show all posts

Monday, December 22, 2008

Terima Kasih Allah..


td ayahanda Dr.Mus call..
beritau result sem 2 n CGPA..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

terima kasih Allah..

semoga ilmu2 yg kami pelajari semua Engkau berkati
agar dapat kami praktikkan
mendidik anak bangsa
membina jiwa pembela agama Mu
amiinn..

Tahniah gak kat sahabat2 yg sempat sms tukar2 kabar result tadi..
sumer Dean List..
Uni
Nora
Din
Zura
Izan (IT)


tapi.. butterfly yg berterbangan lam perut ni masih lum ilang g ..
selagi result posting lum dpt tau huhu..

may Allah bless us alwayz..

Friday, December 19, 2008

Penantian 1 penyiksaan..

posting.. oh posting..
asik postpone je tarikh nak release huhu
sabor je la..


Penempatan Guru Sandaran Terlatih (Pendidikan Islam) Siswazah bagi Calon Tajaan dan Temuduga KPM Serta Calon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi - Sekolah Menengah Boleh Disemak Pada 24 Disember 2008

2008-12-19

Tiada versi Bahasa Melayu di ruangan ini


Bahagian Pendidikan Islam Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Laman ini telah dilihat 600 kali
Laman ini dikemaskini 19 Disember 2008


'tersikso jiwo dan rago den ni ha.. alahaii kpm..'

Wednesday, November 19, 2008

Januari-November 2008

Januari-November 2008

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Universiti Darul Iman Malaysia

Kampus Kusza

Gong Badak

Kuala Terengganu

Ukhuwwah yang terbina

Persis sekuntum bunga

Meskipun kini

Kita terpisah demi kasihNya


Namun cebisan kenangan kita

Sentiasa bermain di bayangan mata

Detik waktu yang berlalu

Menjadi memori kau dan aku



Sewaktu kita bersama

Saling setia menimba ilmu’

Tanpa mengenal erti penat jemu

Ingatkah kau lagi




Kita bersama memijak onak duri

Di tanah gersang

Mengutip semangat suci

Kini segalanya tersurat

Dalam sanubari



Bersabarlah dengan ketentuanNya

Ada rahmat yang tersembunyi

Bertemu berpisah kerana Allah

Lumrah kehidupan insan beriman

Moga saat nan indah

Ku harap berulang lagi

Teks Ucapan Bengkel Refleksi DPLI UDM 08

Selasa

4 November 2008

Batu Burok Beach Resort

Kuala Terengganu



K.yah ar yang suh upload teks ucapan ni lam blog.. senang dia nak copy bila2 perlu.. aku pun pikir2 elok gak memanjangkan jariah kat sape2 yg trdesak nak guna utk berucap.




Cerita kena berucap ni mmg agak2 sadis la huhu..


Ni sumer gara-gara YUSRI ar.. pandai2 cakap kat Dr.Mus nak suh aku berucap.. Ntah2 sbenarnya Dr.Mus memang suh awak yg berucap kan kan.. tul x yusri??..


Aku da enjoy2 nak g refleksi ni malas nak pikir2 kene wat teks la.. nak berucap la huhu..


Time tengah syok2 soping kat giant ngan k.Yah beli adiah kawen Mek Ba, Is n Lin la tiba2 yusri call.. lepas stngah jam gaduh kat tpon.. x termasuk gaduh sms lak mlm tu.. aku wat gak ar teks ucapan tu sambil hafal lagu baru UDM yg dol email sampai kul doblas mlm.


K.yah awal2 g suh masuk pantun time berucap.. aku pun pe g trus bagi tender supply pantun kat dia. Pagi selasa tu baru siap wat teks. Ni la rupe teksnya yg penuh ngan pantun.. k.yah ar nak sangat suh buh pantun.. haa amik berangkap-rangkap aku letak..



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين......

SALUTASI

  • Yang berbahagia...

Dan Para guru pelatih DPLI UDM 2008 yang dirahmati Allah sekalian


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memperkenankan, hasrat kita, untuk dipertemukan semula, di hari yang berbahagia ini, dalam Bengkel Refleksi DPLI UDM 2008 setelah berpisah selama kira-kira 3 bulan yang lalu, untuk menyempurnakan latihan praktikum masing-masing.


Sebagaimana yang sedia maklum, program refleksi ini, merupakan satu postmortem, bagi semua guru-guru pelatih DPLI, untuk saling berkongsi pengalaman, dan pembelajaran yang telah diperolehi, daripada latihan praktikum, yang telah disempurnakan, selama 12 minggu sebelum ini. Pastinya banyak ilmu dan idea-idea baru, berkaitan pengajaran dan pembelajaran, yang dapat dikongsikan bersama, dan dijadikan bekalan, untuk menjadi pendidik yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kiranya, program ini juga merupakan platform terakhir, pertemuan antara semua guru pelatih DPLI, dengan pihak pengurusan UDM dan juga para pensyarah sekalian.


Sehubungan itu, jutaan terima kasih, kami layarkan kepada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UDM, khususnya Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam, yang telah berusaha menganjurkan progam ini. Ini kerana, berdasarkan maklumat daripada sahabat-sahabat guru pelatih DPLI ,di beberapa buah universiti lain, tidak ada penganjuran program seumpama ini di sana. Maka seharusnya, semua guru pelatih DPLI dapat memanfaatkan program ini sepenuhnya.


Di kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh warga guru pelatih DPLI UDM 2008, ingin mengucapkan penghargaan, dan ucapan terima kasih, kepada pihak pengurusan Universiti Darul Iman Malaysia, di atas segala perhatian dan kerjasama yang baik, sepanjang menguruskan program DPLI sulung di UDM ini, yang telah bermula pada 3 Januari 2008, iaitu hari pertama pendaftaran DPLI sehingga kini.


Seterusnya, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga, kami hamparkan kepada, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, khususnya Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam yang diterajui oleh ayahanda-ayahanda kami, terutamanya, Ybhg Dr. Abdul Hakim bin Abdullah selaku dekan, dan guru kami yang sangat mesra, terbuka dan banyak mencurahkan ilmu, serta sentiasa berusaha meluangkan waktu sibuk beliau kepada kami, bagi membincangkan pelbagai urusan yang berkaitan pembelajaran kami.


Kami juga melayangkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima kasih, sepenuh kasih kepada ayahanda kami Ybhg Dr. Mustapha bin Che Omar selaku Ketua Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam, yang sangat komited dalam menguruskan program DPLI ini, sangat prihatin terhadap sebarang masalah dan kesukaran yang kami hadapi, malahan beliau juga merupakan seorang ayahanda yang sangat sabar dalam meladeni kami, anak-anaknya yang seramai 60 orang ini..


Maka, di atas segala budi baik ayahanda yg tidak tersebut oleh kami itu, hanya doa dapat kami panjatkan, semoga Allah jua yang membalasnya dengan penuh kebaikan dan keberkatan kepada ayahanda.. Amin..


Seterusnya, setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga, kami hulurkan kepada semua guru-guru kami, iaitu para pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, yang kami lalui di semester I dan II yang lalu. Segala curahan ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman yang telah dikongsikan itu, kami tadah dan kami tatang bagaikan menatang minyak yang penuh di tangan, sebagai bekalan dan panduan untuk kami mencipta kecemerlangan di masa hadapan.


Segala pengorbanan tersebut amat kami sanjung, bak kata pantun orang dulu-dulu..

Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik rasa nak junjung


Seterusnya, tidak dilupakan juga, kepada sahabat-sahabat guru pelatih DPLI UDM 2008 seramai 60 orang, yang telah banyak berkongsi ilmu, pengalaman, menjalinkan ukhuwwah, susah dan senang bersama selama 10 bulan menjalani pengajian di negeri Darul Iman ini, semoga, semua episod kehidupan, yang kita jalani di sini, akan kita kenang, sebagai satu kenangan terindah dan ukhuwwah yang terjalin, akan terus kekal, walaupun mungkin akan terposting, di mana-mana ceruk desa atau kota metropolitan di seluruh negara.


Kerana beginilah resam kehidupan..

Curah segayung rasa tak basah

Sesuap kanji rasa tak makan

Ada bertemu ada berpisah

Kerdil kita di hadapan Tuhan


Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi ucapan ini, akhir kata, semoga bersama-sama kita dapat memanfaatkan, pengisian progam yang telah disusun, dalam usaha membina kecemerlangan dalam diri kita, sebagai bakal pendidik di masa hadapan.


Asap api embun berderai

Patah galah haluan perahu

Niat hati tak mahu bercerai

Kuasa Allah siapa yang tahu


Anak cina memasang lukah

Lukah dipasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak kan lupa

Bagaikan rambut bersimpul mati


Jikalau ada sumur di ladang

Bolehlah kita menumpang mandi

Jikalau ada umur yang panjang

insyaAllah semoga kita bertemu lagi..

sekian, wabillahi taufik wal hidayah.. assalamualaikum wbt..



**gambo ngah berucap x amik g ngan pak Hasyim.. upload sok bila da dpt la..

Bengkel Refleksi DPLI UDM 08 Vs Bengkel Hi2 Bye2



Selasa - Khamis

4 – 6 November 2008

Batu Burok Beach Resort

Kuala Terengganu



Bestnye dpt jumpe balik sume dpli lepas ‘terpisah’ 3 bulan wat praktikal.. Paling rindu kat kroni ar hehe nora.. Rindu nak bergosip kuang3.. molek sangat dpt duk sebilik.. aku+k.yah+nora (Puan kata 3 srangkai heheh). Walaupun tunggu nak check in smpai stngah nyawa.. sampai sakit2 kepala.. org len kul 2.30pm da bleh belayar lam bilik.. kitaorg kul 5pm br dapat kunci.. tersadai 3 jam kat lobi huhu.. tp berbaloi gak ar bila dpt junior suite heheh.



Program sempoi je.. Ayahanda Dr.Mus kata wat program saje nak santai2 sblm berpisah hehe..

So.. memang santai n sedih bila nak berpisah..


Ntah bila lagi dpt kumpul lagi camni

Ntah bila lagi dpt duk sebilik bergosip puas2 ngan k.yah n nora








Ntah bila lagi dpt sakat Yana yg cepat melenting tu






Ntah bila lagi dpt jupe mek Ba yg nak jadik Puan bln 12 ni





Ntah bila lagi dpt lepak hanging around ngan dol,

lut, yusri, sufi, che wan, pok jak n len2






Ntah bila lagi dpt main jeling2 ngan uni yg malu2 kucing heheh









Memang la akan jumpe balik sok2 bila2

Tapi sume da lain

Suasana pun lain

Yang dulu sorang.. da berdua

Yang dulu Cuma berdua.. da bertiga berempat


Cam k.su yg skang da berlima ‘setengah’.. sok2 jupe da berenam bertujuh kot heheh (jgn mare k.su)







Yang dulu slim melim.. da jadik encek bor..roi hehe

Yang dulu Cuma bawak BGA 1324

Sok2 da bawak PERDANA V6 heheh


Tapi wat dpli kat sini

Walaupun jauh

Walaupun mula2 x de kenal sape2

Tempat baru

Kawan baru

Lecturer baru

Subjek baru

Tapi.. banyak hikmah yg Allah beri

Dapat kawan yg best2



Dapat lecturer2 yg best2 mesra2 sume





Dapat belajar lam kelas yg best





Dapat result yg paling best heheh




Dapat tengok pantai yg best2


Pokoknye sumer best la..

X sama cam degree dulu biasa2 je


Terima kasih Allah

Semoga persahabatan antara kami

Diberkati, diredhai

Dan dipelihara oleh Mu

Ke akhir hayat kami..


Batang selasih permainan budak

Berdaun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun bertemu juga..