Showing posts with label dUniA LaBUan. Show all posts
Showing posts with label dUniA LaBUan. Show all posts

Monday, May 4, 2009

Soping KK

1-3 Mei 2009
Jumaat-Ahad
Kota Kinabalu


Sebagaimana yg telah diplan sejak awal bulan 4 lg, ktaorg geng2 dpli posting labuan mau belusir di kk cuti hari pekerja ni.
n kiranya ni lah peluang pertama nak kuar dari pulau labuan ke tanah besar Sabah sejak kitaorg smpai bulan januari aritu..
sementelah gaji pun sudah kuar sume.. so, plan belusir ktaorg akan disemarakkan dgn xtvt soping menyoping terutamanya beli sourveniour utk dibawak balik cuti bln 6 nnti.

cam bese kitaorg berpergian 6 orang (sepatutnya 7 ngan firdaus. tp last minute dia x dpt ada program skolah weken).
so, ahlil rombongan ialah zul (ketua rmbongan) n farah, aku, syam, huda n shu.
oleh krana aku mmg da ada di kk kusus di IPG Gaya ni, syam n zul lak pun ada di kk kusus induksi di papar so ktaorg tunggu je di sini. tinggal farah, huda n shu je la yg akan dtg dr labuan 1 mei tu.

proses memplan perjalanan n membooking hotel sume yg sbnrnya simple tp jadik agak complicated sbb ketua pojek duk kusus induksi yg limited time framenya, aku pun kusus, n yg len kat labuan so, xtvt calling mengcalling jadi banyak cabang, dari papar ke Gaya n ke labuan.. 3 hala pergi balik huhu agak lecehh..

akses utk ke kk dari labuan yg paling cepat n efisyen tentu2 lah naik burung gergasi maswings ni heheh.. 1/2 jam je da smpai, nak borak pun x sempat abis g da touch down.
aku aritu g kk naik burung besi ni lah sbb jpn kasik tiket free 2 hala utk g kusus.

alternatif kedua ialah dengan feri express labuan-kk.
feri 2 tingkat, duk bawah kelas ekonomi rm34, duk atas rm39. perjalanan 3 jam stngah dari terminal feri labuan ke jesselton point kk.
feri akan melalui sepanjang pesisir pantai sabah ke kk, so line tlefon n radio memang dapat sepanjang perjalanan naik feri.
memang mudah sebab naik feri turun feri je.. tp nasib2 la ikut cuaca.
aritu pernah naik skali masa balik weken drp kusus, relax je tido sepanjang perjalanan sbb laut tenang n cuaca baik..

skali time farah, huda n shu dtg pagi jumaat tu kbetulan cuaca x elok. pagi2 lagi da hujan..
sudahnya si huda 7 kali muntah sepanjang 3 jam tu.. smpai naik biru ijau la muka dia masa turun feri tu kui3 sian korang..
gitulah naik feri ni nasib2, kalu time mabuk laut tu mmg rasa taubat dah x mau naik feri g heheh..


alternatif ke 3 ialah naik feri besar yg bawak kenderaan skali (cam feri penang tu) perjalanan 1 jam atau naik speedboat 25 minit dari labuan ke jeti menumbok.
pastu dari menumbok ke kk blh naik bas ekspress atau taxi unser atau knderaan sndri (kalu bawak la) lbh kurang 2 jam ke kk.

survey punye survey hotel sudahnya ktaorg stay kat tang dynasty hotel.
sbb dia duk kat tgh2 bndr n dekat ngan soping2 kmpleks, sblh plaza wawasan, dekat ngan centrepoint, pasar philiphine n pasar malam.

urusan booking membooking n cek in sume atas nama zul, dia la yg bersusah payah settle sume tu walaupun ngah kusus induksi.. hehe ekselen tul la zul selaku ketua rombongan ktaorg.. mekacih2 heheh..
amik 3 bilik twin, zul n farah, aku n huda, syam n shu.
bilik rm118 pday n ok sgt la.. selesa..

amik bilik pakej skali ngan breakfast sbb dpt gov rate itu pasal la murah skit..
so, pg2 sblm jalan pusing2 tabur duit skitar kk kena la isik minyak dulu kan heheh..


ini ialah syam selaku bendahari rombongan yg telah dilantik sebulat suara oleh sume ahlil rombongan kui3..
bidang tugas ialah mengira kos utk penginapan, makan n kete sewa utk sume org, kumpul duit n bg kat ketua rmbongan utk settle payment..
so syam pun menjalankan tugas ngan begitu ekselen skali siap ngan kalkulator lagi sume kuar utk proses kira mengira ni heheh..

tgh syok2 menyuap nasik lemak tang yg x brapa kaw tu smbil2 tunggu roti bakar dlm toaster tiba2 ternmpak kelibat 2 org yg sgt2 familiar..
skali si zia n rubaizah daa.. heheh..
dorang ni cikgi smk labuan gak, si rubaizah org penang n zia lak mmg org sini kuala penyu..
dorang pun pusing2 kk soping gak..

destinasi pertama lepas sarapan ialah di pasar philipine..
produk utama kat sini ialah aksesori mutiara n kristal.. yg lain tu kain, tshirt, tikar etc tu ada gak la skt2..
bulau gak bijik mata tengok kristal n mutiara je.. dah la pasar dia sempit..
sume kedai jual barang yg sama.. pilih je la mana nak..
ni sume beli bekalan utk bawak balik umah cuti skolah nanti..
buah tangan dari kk hehe..
lambakan mutiara di pasar philipine..
nama dia panggil gitu sbb major kedai2 di sini sume kepunyaan org philipine..
ada mutiara air masin n ada juga yg mutiara air tawar.. tinggal pilih na bayar je..

petang tu ingat nak pusing2 kk je nak begambar kat landmark sekitar kk..
destinasi pertama ialah masjid trapung..
ingat lepas tu nak g menara tun datu mustapha, ums n 1 borneo..
skali tunggu si zul n farah soping pinggan mangkuk agak lmbt.. so lepas pusing2 masjid pastu da lapar.. beli roti canai n landing kat pantai teluk likas bersila atas pasir n makan roti canai ramai2..

malam lepas solat maghrib d masjid ums, ktaorg g makan kat anjung selera tanjung lipat..
makan tepi laut.. ala2 tg dawai la kata syam..
smentara tunggu lauk ala carte smpai tu ada lak brader jual cd dtg promo..
ni dorang ngah sibuk terpedaya ngan cd2 brader tu la..
ok gak makan kat situ, kbetulan dapat kedai yg masak agak ok..
tringat k.yah aritu yg 'terlipat' di tanjung lipat kui3..

lepas makan tu ada lg xtvt tabur duit yg belum abis heheh..
g pasar malam lak nak cari gelang2 kristal n mutiara yg lebih murah berbanding d pasar philipine.
actually masa malam pertama smpai tu ktaorg da jalan d pasar malam survey harga je x beli g sbb mmg target nak beli di pasar philipine..
skali smpai pasar philipine rupa2nya baru prasan yg barang2 di pasar malam sbnrnya lebih murah n lebih mudah ditawar drp pasar philipine yg mencekik darah tu..
lepas ni mmg beli di pasar mlm je la.. blacklist pasar philipine dah..

tengah syok2 mencuci mata tengok gelang-gelang kristal makcik pasar malam ni tiba2 je ada org seru nama aku dr blakang..
skali pusing.. rupanya si wazi daa..
haha x sangka btl terjumpa wazi kat sini, dia posting SM Teknik Likas.. kat area kk gak ar.
pastu g sergah lak sufi n pok jak yg ada kat gerai yg depan skit je dari gerai aku tu..
sakan tul tengok pok jak n sorang kawan dari tawau pilih gelang2 kristal nak bawak balik umah..
klakar gak bila tengok ada org2 lelaki yag menyoping gelang ni kui3..

tp kira ok ar tu.. mithali apa.. nak jugak belikan kat mak n adik kakak heheh..
pastu aku la plak yg jadik mangsa utk mendemonstrate pakai gelang n menjadik tempat rujukan mana lawa mana x lawa utk dipilih .. hentam jak la labuu..
pagi tadi dorang g snorkling kat pulau manukan rupanya.. skali ngan dol n geng2 cikgu teknik beaufort. appadaa korang ni.. g snorkling x ajak kjem daa..

ni lepas cek out.. tengok la beg2 ktaorg yang da beranak pinak ni.. walaupun datang kk cuma 2 ari stngah je.. macam duk sminggu dua kui2..
tp beg aku x branak la.. huda je yg beranak 1 beg dia heheh..

pagi ni dorang balik labuan lalu menumbok. aku, farah ums n 2 org kawan zul dari smk putatan hantar dorang dgn kete yg ktaorg sewa tu ke menumbok.
bertolak dari kk kul 7am lebih n nak kejar naik feri jam 10.30am.
perjalanan biasanya dalam 2 jam gitu la kk-menumbok..

so, ktaorg ni menyepeed la nak kejar feri punye pasal. sbb masa drag gak sbb singgah isik minyak la, singgah smk putatan lg amik kawan zul yg tau jalan tu..
mujur la naik kete sewa.. so, ktaorg aci lanyak je la bawak sbb jalan dia da lepas papar tu memang la beralun n bertampal sana sini.
pecut je la.. melambung2 la ktaorg yg naik kenari ni kui2..
sampai lebih kurang dekat2 kul 10am. sempat la zul lari g beli tiket n ktaorg pun balik semula kk..

habis cuti 3 ari rasa skejap je berlalu..
next trip lak boleh la round kundasang, ranau n survey pulau2 sekitar sabah lak..
tp ntah bila x tau la kui3..
ada rezeki nanti la kan..

Sunday, April 26, 2009

SAYANG KINABALU


Tinggi tinggi gunung kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu
tengok dari jauh,
hati saya rindu

Kinabalu dekat di Kundasang,
Banyak sayur puas pilih-pilih,
apa guna pergi luar negeri,
naik Kinabalu,
hati saya rindu

(Korus)
Sumandak-sumandak pun ramai menunggu,
Menari-nari lenggang sumayau,
Sekali melihat melepak kulitnya,
sayang jatuh cinta............

Sayang-sayang saya Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang-sayang kita pergi tamu,
Jalan Tamparuli
Hati saya rindu


lagu ni ada juga versi bahasa dusun dia..

sape nak dgr download sendirik la ye..

http://www.gempaq.com/search/sayang-kinabalu/1/video

2-3 ari ni sejak dpt lagu ni drp cg Nobert aku asik ternyanyi2 je cam dah tersampuk ngan kinabalu lak keh3..

enjoy the song..


Wednesday, April 22, 2009

MENEMBAK DI KOTA BELUD

10 April - 14 April 2009
Jumaat-Selasa
Labuan-Kota Belud

hasil konspirasi k.ramlah n cikgu Abal maka aku pun tiba2 ter'joint' jadik cikgi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Darat (PKBM D) skolah..

ni antara pasukan beruniform yg glamer d SMK Labuan la.. taun lepas lak dorang menang bergaya dalam perbarisan sambutan hari kemerdekaan peringkat WPL. n memang wakil tetap ke perkhemahan peringkat kebangsaan sbb hanya di SMK Labuan la satu2 nya skolah menengah di labuan ni yg ada PKBM Darat nih..
bangga la gak seposen heheh.. tp mslahnya akan jadi sibuk la bila jadik cikgi persatuan yg glamer nih huhu..

ketua panitia aku penin kepala gaknya tgok aku haha.. persatuan puteri Islam x masuk pastu g joint PKBM lak kuang3..
abihh.. x kan sume ustazah nak dilonggokkan dlm puteri islam je kan.. kena la jadik duta kat persatuan2 lain jugak. kerja dakwah ni kan luas kan.. kan.. heheh (wat justifikasi sendirik kui3)

sebagaimana tahun2 lepas, latihan menembak ni mmg xtvt tahunan PKBM D. objektif utama nya ialah nak pilih penembak utk wakil skolah ke perkhemahan peringkat kebangsaan nanti.

pagi jumaat tu ye ye orr je cikgu abal suh ktaorg kumpul jam 7am di terminal. budak2 lagi la jam 6.30am da terpacak kat situ. aku n k.ramlah smapai dlm jam 7 lbh tu dirang da siap berbaris kat parking terminal.
org sume tengok.. cam wat pertunjukan kawad lak sbb dorang sume pakai uniform.. prasan glamer lah budak2 ni heheh.. kasik can la skali skala perasan.. kui3..

lepas settle sume urusan dalam jam 9++am jugak la baru ktaorg bergerak. spatutnya blh awal tp bdk2 ni ada yg x settle borang kebenaran ibu bapa la.. mcm2.
perjalanan mula2 naik speedboat ke menumbok. perjalanan dalam 20 minit je.
plan asal nak naik feri ke menumbok sbb murah skit rm5 je berbanding speedboat rm15.
tp time tu feri ngah service n x blh jalan g so, 'menyepeed' la kitaorg heheh..
kitaorg g 60 pelajar n 4 org guru.. ooo dan 2 org pengiring drp ATM Tn. Amin n Staf Shahrul.

naik 4 speedboat. smpai menumbok sume kadet n cikgi2 naik bas skolah. barang2 sume naik 1 trak tentera, n ballance budak2 lelaki naik 1 trak lain. so, skali jalan ada 1 bas n 2 trak..

persinggahan pertama ialah di Kem Lok Kawi dekat2 KK dah. singgah makan tengahari di sana.
sepatutnya perjalanan dari menumbok ke KK blh smapi dalam masa 2 jam tp oleh krana kitaorg berkonvoi so biasa la lmbt skit. singgah rehat di lok kawi lagi..

pastu smbung perjalanan kk ke kota belud. biasanya dalam 1 jam lebih la smpai. tp ktaorg lmbat gak. sudahnya hampir jam 5pm baru smpai ke unit lapang sasar kota belud ni..
jenuh gak sakit pinggang duk dlm bas lama2..

lalu di pekan kota belud ternampak patung kuda besar di tengah2 roundabout. baru teringat.. dulu blajar sejarah kan kota belud ni memang glamer dgn masyarakat bajau yg terer gunakan kuda dalam kehidupan seharian.
tp malangnya, x dpt nak tangkap gmbar patung kuda tu.. lenkali lah kalu smpai pulak..

kem di kota belud ni memang cantik view dia. terletak di kawasan agak berbukit. n blh nampak banjaran kroker n puncak kinabalu dari kawasan kem.
kalu pagi2 lepas subuh kan tengok banjaran kroker tu dilitupi awan n sunrise lak di celah2 gunung tu.. cantiknyaa..
cantik memang cantik.. tp yg lomah kpala lututnya ialah pagi2 sejuukkk giler huhu.. dah la jam 4.30am da bangn mandi hari2.. termenung dulu tengok air kolah tu sblm siram huhu..

sepatutnya hari sabtu tu ktaorg da start latihan menembak. tp oleh krana masalah feri lum jalan so, senjata sume lum smpai lg.
hari sabtu tu santai skit la.. tp budak2 ni biasa la kalu x kena dera fizikal.. kena dera mental la plak heheh.. bese la ragging skt2 tgok ketahanan mental dorang tahan ke x tahan huhu..

hari ahad tu baru dapat g menembak di lapang sasar.
ni pun bukan lapang sasar yg sepatutnya dorang latihan cam taun2 lepas. lapang sasar yg sepatutnya tu ngah renovate utk persediaan perkhemahan pkbm peringkat kebangsaan taun ni wat kat sini. taun lepas dorang wat kat kem di kluang, johor nan tercinta heheh..

lapang sasar ni jauh skt dari kem makan masa hampir 1 jam perjalanan. kitaorg sume kena naik trak. 2 trak skali jalan n kena wat 2 trip. maklum la nak angkut barang2 ngan senjata, pluru, papan sasaran, khemah, meja, krusi etc tu je da penuh 1 trak.

setiap pagi jam 5am dorang da kena kumpul di dataran. so, cikgi2 ni pun kena la turun jam 5pm gak. dorang solat subuh, sarapan n trus naik trak 1st trip ke lapang sasar. kena start seawal pagi yg boleh utk jimat masa.

ni la contohnya scenery yg cantik kat lapang sasar..
masa hari sabtu tu cikgu abal da g survey lapang sasar ni dulu ngan tn. Amin. cg abal da cakp da view memang cantik.. cam dalam citer industan kue3..
tp bila ktaorg smpai memang btul2 cantik
view sepanjang perjalanan memang nmpak kawasan bulit bukau yg hijau.. walaupun jalan teruk.. jalan batu krikil. lalu kawasan kampung masyarakat dusun.
dorang bela kuda cam bela lembu je.. bersepah makan rumput tepi2 jalan heheh..

ni budak2 smpai2 je kena pasang khemah n kemas tmpat.. tp cikgi2 dorang ni sempat g posing heheh

ni ialah pemegang panji2 ktaorg ni heheh.. mula2 azmi pastu dorang gilir2 la.
masa latihan menembak dijalankan, kena angkat bendera merah, yg satu kena pacak kat atas bukit, n yg satu g kena pegang cam penjaga sempadan heheh..
ni satu isyarat pada org lain yg ada di sekitar supaya berhati2 n x mendekati kawasan lapang sasar sbb latihan menembak tgh on..
karang tersalah sasar karang haa.. sapa lak nak jawab..

ni ialah proses mempacak sasaran.
dorang kata kalu taun lepas kat tempat lapang sasar yg sepatutnya tu dorang punye sasaran auto.. memang da adan lepas tembak je nanti dia akan turun sendiri.
yg ni memang manual habih. kena usung, pacak lak.. lepas menembak lak masing2 berlari2 la g tengok sndiri kat sasaran tu brapa yg kena sasaran n berapa yg tersasar..
majoritinya tersasar la kui3..
jarak menembak ngan sasaran lebih kurang 100m la..

ktaorg menembak guna m16 ngan bullet 556mm..
budak2 ni sume memang menembak la x terkecuali.. pastu last detil tu ada kosong elok2 la blh masuk 3 orang lagi.. so masuk la nama ktaorg cikgi2 ni.. mula2 aku n k.ramlah yg masuk dulu. roszilah takut2..
aku pun mula2 cam ngeri2 gak nak menembak ni.. tp lepas dapat menembak sesi pertama fuhh.. rasa gian lak nak menembak lg kui2..
berat gak m16 ni utk diangkat oleh aku yg x de stamina ni hehheh..

hari pertama menembak 30 bijik peluru..
sesi pertama menembak 10 bijik peluru sambil meniarap..
score aku drp 10 bijik tu 3 bijik jena sasaran dalam bulatan tu heheh.. kira ok la ada gak score.
drp budak2 ni ramai gak yg score 0 sume.

sesi kedua menembak 20 bijik dalam 4 keadaan berbeza.
5 bijik meniarap, 5 bijik duduk, 5 bijik melutut n 5 bijik smbil berdiri..
bab ni yg aku surrender ni.. oleh krana tangan aku mana la fit nak angkat m16 ni.. slalu angkat pen marker je haha..
so, bila smpai menembak smbil berdiri tu, nak ngabihkan 5 bijik pluru aduuhh.. becinta..
sbb tangan kiri x kuat nak tahan m16 so, bila tembak tu m16 tu hentak balik lengan belah kanan.. fuuhh lumayan la.
habis2 tu memang sengal la tangan, balik mlm tu tengok lengan kat bahu tu lebam gara2 m16 punye pasal keh3..
soknya aku surrender la menembak.. ganti ngan roszilah pulak. taubat dah keh3..

ni budak2 ni berjemur n berhujan kat lapang sasar ni..
ada pasang khemah tp cikgu2 n staf2 atm je la yg duk bawah kemah.
tp budak2 ni rela je mandi ujan maklum la jakun nak main ujan kat umah mama marah..

ni ialah shoot bdk2 ni cntrol hensem, si johari B, haimie, faizal, chin, qama, azmie n aidee.. kasik can la dorang posing lepas penat2 kena gulung atas rumput yg ada bau2 lembu kui2..

ni malam last di kem..
sesi kemas mengemas..
pastu dapat candid si ivor muka tido masa ngah tunggu budak2 lelaki cuci senjata x siap g kui3..
tu la sblm ni si ivor tu asik amik candid gmbar kwn2 dia tdo masa dlm trak je.. ni aku candid dia plak kui3..

ni la sesi cuci senjata smbil2 berangan jadik rambo sume tu heheh..

ni xtvt last malam tu iaitu pesta tumbuk menumbuk heheh..
dorang kena tumbuk kemikkan hujung kelongsong peluru.
so masing2 carik batu sorang sebijik pastu tumbuk la kelongsong tu smpai abis..
ketuk ketak ketuk ketak.. cam pesta lak keh3..

kasik can la budak2 ni posing prasan hero ekeke..
konon2 pegang m16 tu kira power habih ar tu heheh..

ni masa pagi selasa nak bertolak balik ngah tunggu bas n trak lum smpai g..
budak2 ni mmg pantang tgok aku kuarkn kmera.. sume pakat2 nak tayang muka.
padahal bateri da low dah tu. aku kuarkan kmera sbb nak transfer gmbar dlm laptop sbb da penuh memory card.

so, baliklah ktaorg rabu kena skolah..
aku lak balik dapat adiah lebam di lengan kui3..



Educating Hearts n Minds


Bermula 20 April - 15 Mei 2009 kena attend kursus dalam perkhidmatan-latihan guru bestari..
sebulan. di IPGM kampus Gaya kk..

org BTPN Labuan ada call masa di Kota Belud lg time bawak budak2 PKBM Darat latihan menembak.. inform aku kena attend kusus ni.. terkezud gak sbb kena g sebulan.. mak aii lama giler tinggal pnp huhu.

masa aku punch card pg2 ari lepas balik dr kota belud je k.midah PK Pentadbiran da tangkap aku, btau aku kena g kusus ni, surat da letak dlm pigeon hole. kbetulan pengetua pun ada.. dia cuma pesan aku siapkan kerja2 utk hari kecemerlangan 25 april ni dulu sblm pergi..
aduuhh.. memang cnfim kena g la tu.. lg pun x de alasan nak tolak. tu lah nasib jd cikgi baru yg masih bujang..

mujur la jabatan provide flight pergi n balik, makan n penginapan skali.. oleh krana aku lum confirm jwatan g, so x leh claimn perjalanan etc.. cuma kalu balik weken je la tambang sndri..

well amik positif side, hopefully kusus ni dapat improve teaching skills aku sndri la dgn skill2 smart learning ni..

lgpun lately ni mmg kadang2 rasa buntu n kering idea nak pikir lesson plan. lg2 nak hadap kelas anak2 istimewa aku.. kelas 4 amanah tu la kui3..
abis berkampung 4 minggu ni kalu aku x bestari2 gak tu mmg saje la ngabihkan duit krajaan je heheh.. sangat2 harap dapat grab n blajar banyak benda dalam kusus ni terutamanya utk apply dlm pnp..


walaupun kusus sbulan, tp weken nak balik labuan gak.. x kira la brenang pun brenang la.. abis tu x kan nak duk termenung 2 hari kat hostel ni sorang2.. roomate sume married so, mmg dorang balik.. aku pun nak balik gak la basuh baju kat umah heheh.. kan baru beli mesin baru pana 8kg.. aquabeat lg haha.. puas ati..

ni ktaorg cikgu cikgi yg kusus ni bergambar beramai2 skali ngan fasilitator ktaorg si miss carole utk letak di carta organisasi kat board depan anjung HEP.. klakar tul, kusus 4 minggu pun ada organisasi segala heheh.. layan jek la..

Sunday, April 5, 2009

TOUR Labuan with k.Yah n T Gang

19 - 21 Mac 2009
khamis-sabtu


sebagaimana yg di plankan awal2 k.yah n t gang sampai gak ke labuan, jenguk k.jem dia ni heheh..
well.. aku rasa sangat2 la sukanya sbb ada orang datang jenguk. x sabar2 nak tunggu k.yah sampai sini. rindu giler nak borak n gosip sama2 heheh..


k.yah datang 3 orang skali ngan karimah n farah. karimah n farah tu posting di nabawan, somewhere dlm daerah keningau la..
petang hari yg dorang smpai tu bawak dorang makan sate kat Labuan Peace Park atau glamer jugak ngan nama Taman Damai. ni kira cam tempat sejarah la masa perang2 dulu.
blh tahan gak sate dia sini, ada ciken wing panggang gak.. tempat tepi laut so, nice la.. sume oder air nyor sorang sebijik.. kembung gak la perut nak nak ngabihkan kui3..


destinasi pertama hari kedua ialah bawak dorang g muzium labuan. berkenal kenalan la ngan pulau yg tenteram n aman damai ni la heheh..

ni dalam muzium.. ada peta besar labuan n dia highlight tempat2 menarik kat labuan yg blh dilawati..
selain muzium labuan ada gak muzium marin, bird park, botanical garden, peace park, surrender point, chimney, kg air lak ada 2 di patau-patau n kg air bebuluh..
tp x sempat la nak bawak k.yah pusing semua, aku pun sbnrnya x abih pusing labuan g. maklum la skolah bz ba..


da penat2 pusing muzium ktaorg pun piknik la kat tepi pantai sea sport. bawak bekal sendirik ktaorg da masak siap sblm pegi td. pagi2 tadi aku da jenguk ke bot ingat nak beli ikan udang sotong, plan asal nak wat bbq kat pantai.
skali dtg lmbat sume dia da antar ke pasar da. so, masuk pasar la.. biasa kalu beli kat atas bot dapat la murah harga 50% drp harga dalam pasar.
tp masuk pasar pun ikan x banyak..

sudahnya beli udang je la sekilo. cancell plan nak wat bbq. masak nasik wat bekal piknik je la.
menunya nasik, ikan merah sweet sour, sambal udang, udang goreng tepung, cendawan goreng tepung (farah beli di kundasang utk ktaorg di labuan.. thanx a lot) n sayur campur. ooo.. ada jagung rebus gak.
memang selera la dah penat2 berjalan tu.. makan lak tepi laut fuuhh..

ni k.yag n karimah masa ktaorng g muzium marin. x banyak sgt ikan dia. tp akuarium cantik2 la..
ada tapak sulaiman, belut laut, udang kara n macam2 spesis ikan termasuk ikan nemo yg comel2..

dalam muzium marin ni ada dia pamerkan tulang ikan paus apa ntah.. mula2 ingat tulang dinasour haha..
sini kalu bawak budak2 sonok ar, dorang musti jakun n excited tengok ikan2 dalam aquarium ni.. pastu kita yg org2 tua ni sonok sbb tengok gelagat budak2 kecik tu heheh..

lepas abis g muzium, bawak dorang g UK.. ujana kewangan atau financial park. satu2 nya shopping cmpleks, ada giant n parkson yg paling cikai skali aku penah jumpa n ada la shoplots. k.yah n karimah sempat beli handbag n yg paling wajib ialah soping coklat di skypark duty free punya kedai.

well. terima kasih k.yah, karimah n farah sbb datang jenguk k.jem n mem'best'kan ari cuti skolah ni heheh.. next time k.jem lak g tawau n keningau ye heheh..

Thursday, March 19, 2009

WELCOME K.YAH n KARIMAH!!


Yiii haaa.. k.yah datang arini..
td kul 8 a.m baru sms da boarding naik feri dr kk skali ngan karimah n kawan karimah..
bestnyeee.. ada org datang jenguk kita yg duk jauh2 ni heheh
sok ingat nak wat bbq seafood kat tepi pantai
blh beli seafood atas bot kat pasar murah skit..

kul 11am nanti nak g amik k.yah kat terminal.
okeh.. welcome to Labuan..

Wednesday, January 28, 2009

1st GATHERING cikgu cikgi DPLI posting Labuan 2009

27 Januari 2009

Selasa

Taman Mutiara, Sg. Bedaun



“k.jem.. ada kat umah ke arini, x ke mana?”

Pagi kul 9am Zul kol aku.

“Nak g mana pun.. kaki mana ada hehe. Nak datang umah ke? Meh la.”

“A’ah gitu la. Ingat nak ajak huda skali kita kumpul kat umah k.jem la.”

“Boleh.. x masalah.. nanti k,jem masak nasik pastu korang beli lauk ye heheh. Kul bape nak datang ni?”

“Tengok la sblm kul 12 kot. Fara ada latihan bola jaring kat skolah dia sampai kul 11. Nak kena tunggu dia dulu.”

“Beres.. jemput.. jemput..”



Aku melawak je ngan zul suh dorang beli lauk. X sampai ati lak orang nak dtg umah pastu suh bwk makanan sendiri.. hisyy.. kasik malu kompeni je haha.

Sudahnya aku n shu masak nasik ayam lauk sup, sayur kacang buncis, ayam masak sambal n ulam timun tomato. Tgh2 masak dorang sampai bawak buah tembikai.


Tengahari tu meriah la umah aku n shu ada huda, zul n istri dia fara. Syam n firdaus x de. Firdaus balik jenguk anak bini. Syam lak mak ayah dia dtg sini. Kalu x lagi meriah ngan mulut firdaus yg kuat menyakat tu. Syam kata lenkali kena masak lain lak dia nak datang heheh.. seronok org datang ramai2 kalu x aku tengok shu, shu tengok aku..


Pastu pujuk dorang lepak sampai petang aku umpan ngan bubur jagung hehe. Dorang pun on je. Fara kata kalu balik umah pun boring gak. Umah dia n zul perabot pun x de, tv pun x de. Lepas makan n solat borak2 kejap pastu semua mata da berat da.. aku kasik bantal sorang sebijik dorang pun layan zzzz..

Mujur la umah aku byk bilik.


Dorang layan mata, aku n shu masuk dapur balik masak bubur jagung n jemput2 jagung. Menu minum petang arini semua jenama jagung heheh.


Lepas solat asar n makan2 dorang pun balik. Zul kata pasni umah aku jadik port la apa2 hal kalu ktaorg nak kumpul2. Aku kata beres je. Terasa cam jadik org tua lak keh3.

Tinggal la aku n shu berdua kat umah huhu. Sunyinya x de orang. Bestnya kalu ramai orang huhu.


Tengah baring2 layan kepala yg berdenyut2 tiba2 terfikir.. kitaorang sume kenal kat airport masa nak dtg sini. X sampai sebulan pun kenal. Tapi sume da mesra mcm da kenal n kawan lama. Selalu saling sms tanya khabar, ambil berat, tolong menolong, tukar2 idea pasal mengajar, luah masalah, gurau senda gelak2..


Pliinnggg...

Aku dapat satu resolution tiba2.

Allah da temukan aku ngan sahabat kat sini.. aku jumpa sahabat.. aku jumpa geng..

Syukur pada Allah. Terima kasih Allah.. kurniaanMu selalu datang tanpa tersangka. Aku je yg selalu mengeluh x reti bersabar huhu..

Semoga Allah sentiasa berkati dan pelihara persahabatan kami aminnn.





MASUK UMAH BARU

Hari Ahad baru ni pindah masuk umah baru..
apartment tingkat 1 kat Taman Mutiara Sg. Bedaun. umah ada 4 bilik n 2 bilik air. sewa rm500.
alhamdulillah tuan umah k.norlia tu baik sesangat. mudah sangat nak deal. sbnrnya kitaorg sewa umah dia kosong. tp dia kesian kat ktaorg pastu belikan set sofa kayu baru. k.noy kata kesian kat budak2 ni x de sofa nak duduk..

pastu dia ofer lak tv, rak tv n fridge dia. pastu kasik lagi set pinggan, gelas n tea set utk kitaorang guna. alhamdulillah terharu sungguh dgn kebaikan n keprihatinan dia.. alhamdulillah Allah mudahkan.

selain tu kitaorg da beli barang skit ngan k.rokiah penyewa lama. beli dapur, meja dapur, tong gas, meja makan, katil n tilam queen n almari baju 2 pintu sume dia tolak rm500. kira, umah ktaorg tu da agak lengkap jugak la barang2 basic.

pagi kuar beli barang2 umah dulu mintak tlg k.zan antarkan g bandar. macam2 la beli.. yg paling banyak barang2 kelengkapan dapur la.. periuk, besen, pisau, sudip, sudu garpu sampai la ke penyapu n mop. penuh da sebonet kete crv k.zan.

pastu g giant lak nak beli rice cooker n keetle. beli skali barang2 masak basic.. bawang, gula, garam, sos etc. sempat gak sambar cermin besar dua hehe penting tu.. terserempak ngan zul masa ngah usung cermin besar 2 bijik tu.. dia n fara pun soping barang2 umah gak.

petang kul 5pm k.zan tlg hantar pindah barang. k.noy da tunggu kat umah sana. dia atar peti sejuk n tv. penuh kete k.zan bawak barang ktaorg dari bonet smpai tmpt duduk blakang. mujur suami knoy n sorang kwn dia ada boleh tlg angkutkan barang naik atas umah. kalu tak harus patah pinggang gak nag ngangkat tu huhu.

mlm tu start la sapu n mop umah, simpan barang2 dapur, basuh bilik air.. tu pun da senget sa pinggang.. x larat da. sampai tido pun da x sedar apa da.

anyway.. lega sangat da pindah umah ni. duk umah sewa sendiri x yah menumpang lagi. blh kemas umah ikut suka n masak ikut suka sbb sume barang kita.. bukan barang orang heheh..


p/s: gambar umah x amik g. lenkali upload gambo lak.
kat umah baru line 3G x dek. pakai gprs je. mana larat dia nak bukak blog. bukak google frontpage pun terhegeh2 ikut nasib. besenye x leh bukak langsung huhu.
ni kat umah k.zan tdo sini mlm ni. ptg tadi dia amik aku n shu g makan sate kat pantai damai. sok nak masak ikan patin lak yg k.hajah bawak dari umah dia sawak.



Saturday, January 24, 2009

Ubat Boring..

















sejak awal minggu aritu da start pikir apa nak wat cuti 10 ari ni..

ari isnin slasa raye cina, rabu cuti pristiwa, kamis jumaat cuti ganti, isnin cuti ari wilayah. da masuk umah baru nanti tv pun x de. nak g jalan transport lak x de. harus aku mati kutu tengok dinding umah 10 ari huhu..

walaupun bajet limited skang tp aku bukak gak website ujana ilmu. kena beli stok buku gak.. kalo x memang saje la tempah boring heheh.


mujur ada ujana ilmu blh oder buku online je. sini dorang kata kedai buku sgt2 la limitednya. ada la satu yg besar skit kat bandar. mmg tringin sgt nak meronggeng kat kedai buku tu.. nak menilik stiap rak, sanggup duk berjam2 tahan lapar pun x pe. (ingat masa g international book fair KL taun lps ngan k.yah, yana n mek ba. masuk kul 10am kuar kul 5pm tu pun x puas round) tp mslahnya transport x de. nak ajak kkak hsmate maleh lak nak susahkan org. dorang pun musti byk urusan sndri nak selesaikan bukan nak layan ktaorg je.

ranking pertama musti la buku faisal tehrani. surf la buku2 yg x de dalam koleksi lagi. pilih punya pilih timbang punye timbang.. amik 2 buku, Surat-surat Perempuan Johor.. citer sejarah zaman sultan abu bakar n sultan ibrahim. argh.. aku memang selalu tertawan dgn karya sejarah olahan FT.. sangat istimewa dan eksotik..



satu lagi Tunggu Teduh Dulu, novel cinta kot.. layan je la heheh

ari khamis balik lambat stayback utk sukantara n latihan umah kenyalang. skali k.hajah lambai dari koridor depan opis tunjuk kotak pos ekspress..


wuuhuu rasa cam nak melompat je bila tgok buku da sampai. ekselen tul ujana ilmu ni.. oder ari selasa ari kamis da sampai.. terima kasih la perkhidmatan mmg cemerlang..

so.. layan buku dulu. da baca abes nanti baru la blh bg sinopsis kat blog ni hehe
layaaann...

Wednesday, January 21, 2009

'MENGARANG' MUTIARA

pagi ahad lepas borak2 ngan k.hajah (hsmate org sawak) tanya2 pasal mutiara kat sini. dia trus bgau ada cikgu norah tan kat skolah tu mmg tokey gelang mutiara kristal n yg sewaktu dgnnya.

k.hajah terus call k.norah tu cakap nak datang bwk kitaorg tgok mutiara. kul 10am kitaorg pun g la umah dia..

kusss smangat.. dia 'karang' sendiri produk2 mutiara kristal ni. macam2 jenis, saiz n kaler mutiara ada, kristal pun banyak. sume kaler ada.. cantik2 rambang mata tgok. tp x bawak kamera aritu so, x dapek la amek bahan bukti heheh.

k.norah yg baik ati tu pun ajar kan aku n shu karang gelang mutiara sendiri.. pilih je kaler apa nak n nak buat fesyen camne.. ikut suke. dia kata kalu buat sendiri ni murah. blh save sampai 50% harga beli kat kedai. k.norah buat gelang, rantai, tali jam, cincin, subang, brooch.. pendek kata macam2 la hasil tangan dia.

dia pulak jenis suka borong stock2 baru.. so, dia suka sangat kalu ada orang datang umah dia n buat gelang ke rantai ke kat dia sbb dia nak abiskan stock yg ada supaya blh tambah yg baru haha. k.norah kata kadang2 kalu weken tu mesti ada je cikgu2 skolah yg datang berkampung wat gelang kat umah dia, cikgu lelaki pun ada yg datang tu jgn x caye. siap buat byk2 n pos balik kelantan jual sana. k.norah ni jenis peramah n x kisah. tu yg laku je meniaga tu heheh.


ini hasel gelang yg buat masa da balik umah. beli mutiara jagung satu rantai ngan k.norah baru rm12, then beli la batu kristal skit2, buat kat umah guna dawai n peralatan k.hajah. karang sambil tgok tv sempat siap 2 gelang. stok mutiara jagung tu ada lagi blh la wat gelang satu dua lg tp hook dia abih lak.

nak kena wat banyak2 utk stok balik bulan 5 nanti. nak kasik mak, kakak2, adik, anak buah n kawan2.

ni ialah hasel gelang pertama yg aku 'karang' kat umah k.norah. aku pilih kaler merah samar sbb nampak sweet n feminine je. pastu selang seli ngan kristal. mula2 buat ni leceh gak ar sbb nak cuba macam2 design nak selang seli ngan kristal, pastu nak padankan lak kristal kaler n bentuk apa yg paling suit. pastu nak dipadankan lak ngan ukuran pergelangan tangan. 4 - 5 kali gak la pasang- bukak pasang-bukak. tapi bila da siap n pakai kat pergelangan puas ati nampak sweet sgt heheh (prasan sndiri).

kira punya kira harga kos.. dlm rm12.++ tp k.norah kira rm13 skali. murah giler tu.. kalu kat kedai dkt2 rm30 gak.

cuti skolah bulan 3 ni x balik. k.yah n karimah pun nak datang labuan.. so, aku da plan nanti nak ajak dorang sama2 berkampung 'karang' mutiara kat umah k.norah wat stok nak bawak balik bulan 5 kang heheh.



ini ialah kotak harta karun mutiara kristal k.hajah yg sgt baik ati bagi kitaorg guna je alatan2 dia masa mengarang gelang kat umah smbil duk bersila depan tv heheh..

yg satu lg tu ialah set pengepit, pemotong n wire utk buat gelang ni. k.hajah nye gak. k.hajah kata nanti bila2 dia turun kk nanti dia nak suh kitaorg beli gak benda2 ni, nanti senang nak wat gelang sendri kata dia..

mekacihh k.hajah..

so.. tempahan dibuka.. blh oder nak kaler apa.. while stock last heheh..