Wednesday, January 28, 2009

1st GATHERING cikgu cikgi DPLI posting Labuan 2009

27 Januari 2009

Selasa

Taman Mutiara, Sg. Bedaun



“k.jem.. ada kat umah ke arini, x ke mana?”

Pagi kul 9am Zul kol aku.

“Nak g mana pun.. kaki mana ada hehe. Nak datang umah ke? Meh la.”

“A’ah gitu la. Ingat nak ajak huda skali kita kumpul kat umah k.jem la.”

“Boleh.. x masalah.. nanti k,jem masak nasik pastu korang beli lauk ye heheh. Kul bape nak datang ni?”

“Tengok la sblm kul 12 kot. Fara ada latihan bola jaring kat skolah dia sampai kul 11. Nak kena tunggu dia dulu.”

“Beres.. jemput.. jemput..”



Aku melawak je ngan zul suh dorang beli lauk. X sampai ati lak orang nak dtg umah pastu suh bwk makanan sendiri.. hisyy.. kasik malu kompeni je haha.

Sudahnya aku n shu masak nasik ayam lauk sup, sayur kacang buncis, ayam masak sambal n ulam timun tomato. Tgh2 masak dorang sampai bawak buah tembikai.


Tengahari tu meriah la umah aku n shu ada huda, zul n istri dia fara. Syam n firdaus x de. Firdaus balik jenguk anak bini. Syam lak mak ayah dia dtg sini. Kalu x lagi meriah ngan mulut firdaus yg kuat menyakat tu. Syam kata lenkali kena masak lain lak dia nak datang heheh.. seronok org datang ramai2 kalu x aku tengok shu, shu tengok aku..


Pastu pujuk dorang lepak sampai petang aku umpan ngan bubur jagung hehe. Dorang pun on je. Fara kata kalu balik umah pun boring gak. Umah dia n zul perabot pun x de, tv pun x de. Lepas makan n solat borak2 kejap pastu semua mata da berat da.. aku kasik bantal sorang sebijik dorang pun layan zzzz..

Mujur la umah aku byk bilik.


Dorang layan mata, aku n shu masuk dapur balik masak bubur jagung n jemput2 jagung. Menu minum petang arini semua jenama jagung heheh.


Lepas solat asar n makan2 dorang pun balik. Zul kata pasni umah aku jadik port la apa2 hal kalu ktaorg nak kumpul2. Aku kata beres je. Terasa cam jadik org tua lak keh3.

Tinggal la aku n shu berdua kat umah huhu. Sunyinya x de orang. Bestnya kalu ramai orang huhu.


Tengah baring2 layan kepala yg berdenyut2 tiba2 terfikir.. kitaorang sume kenal kat airport masa nak dtg sini. X sampai sebulan pun kenal. Tapi sume da mesra mcm da kenal n kawan lama. Selalu saling sms tanya khabar, ambil berat, tolong menolong, tukar2 idea pasal mengajar, luah masalah, gurau senda gelak2..


Pliinnggg...

Aku dapat satu resolution tiba2.

Allah da temukan aku ngan sahabat kat sini.. aku jumpa sahabat.. aku jumpa geng..

Syukur pada Allah. Terima kasih Allah.. kurniaanMu selalu datang tanpa tersangka. Aku je yg selalu mengeluh x reti bersabar huhu..

Semoga Allah sentiasa berkati dan pelihara persahabatan kami aminnn.





MASUK UMAH BARU

Hari Ahad baru ni pindah masuk umah baru..
apartment tingkat 1 kat Taman Mutiara Sg. Bedaun. umah ada 4 bilik n 2 bilik air. sewa rm500.
alhamdulillah tuan umah k.norlia tu baik sesangat. mudah sangat nak deal. sbnrnya kitaorg sewa umah dia kosong. tp dia kesian kat ktaorg pastu belikan set sofa kayu baru. k.noy kata kesian kat budak2 ni x de sofa nak duduk..

pastu dia ofer lak tv, rak tv n fridge dia. pastu kasik lagi set pinggan, gelas n tea set utk kitaorang guna. alhamdulillah terharu sungguh dgn kebaikan n keprihatinan dia.. alhamdulillah Allah mudahkan.

selain tu kitaorg da beli barang skit ngan k.rokiah penyewa lama. beli dapur, meja dapur, tong gas, meja makan, katil n tilam queen n almari baju 2 pintu sume dia tolak rm500. kira, umah ktaorg tu da agak lengkap jugak la barang2 basic.

pagi kuar beli barang2 umah dulu mintak tlg k.zan antarkan g bandar. macam2 la beli.. yg paling banyak barang2 kelengkapan dapur la.. periuk, besen, pisau, sudip, sudu garpu sampai la ke penyapu n mop. penuh da sebonet kete crv k.zan.

pastu g giant lak nak beli rice cooker n keetle. beli skali barang2 masak basic.. bawang, gula, garam, sos etc. sempat gak sambar cermin besar dua hehe penting tu.. terserempak ngan zul masa ngah usung cermin besar 2 bijik tu.. dia n fara pun soping barang2 umah gak.

petang kul 5pm k.zan tlg hantar pindah barang. k.noy da tunggu kat umah sana. dia atar peti sejuk n tv. penuh kete k.zan bawak barang ktaorg dari bonet smpai tmpt duduk blakang. mujur suami knoy n sorang kwn dia ada boleh tlg angkutkan barang naik atas umah. kalu tak harus patah pinggang gak nag ngangkat tu huhu.

mlm tu start la sapu n mop umah, simpan barang2 dapur, basuh bilik air.. tu pun da senget sa pinggang.. x larat da. sampai tido pun da x sedar apa da.

anyway.. lega sangat da pindah umah ni. duk umah sewa sendiri x yah menumpang lagi. blh kemas umah ikut suka n masak ikut suka sbb sume barang kita.. bukan barang orang heheh..


p/s: gambar umah x amik g. lenkali upload gambo lak.
kat umah baru line 3G x dek. pakai gprs je. mana larat dia nak bukak blog. bukak google frontpage pun terhegeh2 ikut nasib. besenye x leh bukak langsung huhu.
ni kat umah k.zan tdo sini mlm ni. ptg tadi dia amik aku n shu g makan sate kat pantai damai. sok nak masak ikan patin lak yg k.hajah bawak dari umah dia sawak.



Saturday, January 24, 2009

Ubat Boring..

















sejak awal minggu aritu da start pikir apa nak wat cuti 10 ari ni..

ari isnin slasa raye cina, rabu cuti pristiwa, kamis jumaat cuti ganti, isnin cuti ari wilayah. da masuk umah baru nanti tv pun x de. nak g jalan transport lak x de. harus aku mati kutu tengok dinding umah 10 ari huhu..

walaupun bajet limited skang tp aku bukak gak website ujana ilmu. kena beli stok buku gak.. kalo x memang saje la tempah boring heheh.


mujur ada ujana ilmu blh oder buku online je. sini dorang kata kedai buku sgt2 la limitednya. ada la satu yg besar skit kat bandar. mmg tringin sgt nak meronggeng kat kedai buku tu.. nak menilik stiap rak, sanggup duk berjam2 tahan lapar pun x pe. (ingat masa g international book fair KL taun lps ngan k.yah, yana n mek ba. masuk kul 10am kuar kul 5pm tu pun x puas round) tp mslahnya transport x de. nak ajak kkak hsmate maleh lak nak susahkan org. dorang pun musti byk urusan sndri nak selesaikan bukan nak layan ktaorg je.

ranking pertama musti la buku faisal tehrani. surf la buku2 yg x de dalam koleksi lagi. pilih punya pilih timbang punye timbang.. amik 2 buku, Surat-surat Perempuan Johor.. citer sejarah zaman sultan abu bakar n sultan ibrahim. argh.. aku memang selalu tertawan dgn karya sejarah olahan FT.. sangat istimewa dan eksotik..



satu lagi Tunggu Teduh Dulu, novel cinta kot.. layan je la heheh

ari khamis balik lambat stayback utk sukantara n latihan umah kenyalang. skali k.hajah lambai dari koridor depan opis tunjuk kotak pos ekspress..


wuuhuu rasa cam nak melompat je bila tgok buku da sampai. ekselen tul ujana ilmu ni.. oder ari selasa ari kamis da sampai.. terima kasih la perkhidmatan mmg cemerlang..

so.. layan buku dulu. da baca abes nanti baru la blh bg sinopsis kat blog ni hehe
layaaann...

Friday, January 23, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN ANAK2 KU..

Awan berarak ceria
tiada titis hujan
pohon melambai
tanda sokongan
ku susuri perjalanan
bertemankan semyuman
di hari lahirmu
sahabatku..
dedaun berguguran
membuktikan kedewasaan
walau tanpa madah dan hadiah
namun cukup untukmu
sekadar ucapan
selamat hari lahir
iringan doa ku hulur
bersyukur kepadaNya
atas nikmat usia
usia mu ibarat mutiara
tiada berganti lagi
hiaskan iman
bersulam takwa
agar sempat mengucup
haruman syurgawi


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 15
KELAS 3 DEDIKASI

Johari Mat Jah - 12 januari 2009
Azmal Jaafar - 20 januari 2009


SELAMAT ULANG TAHUN KE 16

KELAS 4 AMANAH
Mohd Syazali Yusof - 20 Januari 2009
Mohd Sahar Beddu Lamin - 20 Januari 2009
Nur Iman - 22 Januari 2009
Mohd Alif Afizan Mahmud - 24 Januari 2009
Shahril Nazri Zulkifli - 26 Januari 2009

KELAS 4 DEDIKASI
Putri Nurul Ratikah Md. Rizam - 03 Januari 2009
Mohd Arif Adi - 06 Januari 2009


KELAS 4 HARMONI
Noorazira Ibrahim - 10 Januari 2009
Nur Fatin Aliah Hishamudin - 21 januari 2009


Awal2 pagi bila loceng perhimpunan pukul 6.40am berdering.. aku pon bergegas g kelas 4A.. ada pojek best.. juta2 puye pojek heheh..

masa budak2 sume tgh perhimpunan.. aku masuk kelas senyap2 n tulis bday wishes januarian kat budak2 kelas 4A. kbetulan ramai lak ada 5 orang.
senaraikan nama n bday dorang kat whiteboard belakang kelas.
pastu tulis lagu saujana cam kat atas tu la..

skali ngah syok2 tulis ada pulak si azri n 2 org budak kelas masuk sbb datang lambat lalu pagar belakang. aku terus halau suh g perhimpunan. kantoi da skali.

x lama tu masuk pulak si fauzi ngan 2 3 orang lain datang lambat gak.. waduh waduh.. kantoi kali kedua. tp kali ni da siap tulis. dorang pun sempat la baca skit sebelum aku halau g perhimpunan gak. liat2 kemain nak suh g. elok2 sampai blok B perhimpunan pun abis. melompat bersorak la budak2 tu selamat heheh. aku pesan kat dorang jangan padam kat whiteboard tu. dorang kata.. ok ustazah.. beres la tu slesai satu kisah.

arini ada kelas 3D ngan 4D je. lepas beri salam sementara nak tunggu budak2 bukak buku aku pun tulis bday wishes nama2 januarian.
x de kelas kat 4H arini..
tapi kebetulan ngah tunggu cikgu shuhud x kuar2 dari kelas 4D tu.. tengok kelas 4H cikgu pun x masuk lagi. aku pun masuk trus tulis bday wishes kat depan. kecoh budak2 ni. lagi2 si jaenal, iqmal n syadiqin heheh.
sedih sangat konon aku x ajar lagi kelas dorang naik cuti nanti. konon sume nak pindah g kelas sebelah 4G yg aku kena ajar nanti heheh. kaki bodek tul sume budak2 ni..

so.. selamat hari ulangtahun ke 15 dan 16 anak2 murid aku..
semoga hidup diberkati Allah
semoga ilmu diberkati Allah
semoga menjadi pejuang dan pembela agama Allah nanti..




Wednesday, January 21, 2009

'MENGARANG' MUTIARA

pagi ahad lepas borak2 ngan k.hajah (hsmate org sawak) tanya2 pasal mutiara kat sini. dia trus bgau ada cikgu norah tan kat skolah tu mmg tokey gelang mutiara kristal n yg sewaktu dgnnya.

k.hajah terus call k.norah tu cakap nak datang bwk kitaorg tgok mutiara. kul 10am kitaorg pun g la umah dia..

kusss smangat.. dia 'karang' sendiri produk2 mutiara kristal ni. macam2 jenis, saiz n kaler mutiara ada, kristal pun banyak. sume kaler ada.. cantik2 rambang mata tgok. tp x bawak kamera aritu so, x dapek la amek bahan bukti heheh.

k.norah yg baik ati tu pun ajar kan aku n shu karang gelang mutiara sendiri.. pilih je kaler apa nak n nak buat fesyen camne.. ikut suke. dia kata kalu buat sendiri ni murah. blh save sampai 50% harga beli kat kedai. k.norah buat gelang, rantai, tali jam, cincin, subang, brooch.. pendek kata macam2 la hasil tangan dia.

dia pulak jenis suka borong stock2 baru.. so, dia suka sangat kalu ada orang datang umah dia n buat gelang ke rantai ke kat dia sbb dia nak abiskan stock yg ada supaya blh tambah yg baru haha. k.norah kata kadang2 kalu weken tu mesti ada je cikgu2 skolah yg datang berkampung wat gelang kat umah dia, cikgu lelaki pun ada yg datang tu jgn x caye. siap buat byk2 n pos balik kelantan jual sana. k.norah ni jenis peramah n x kisah. tu yg laku je meniaga tu heheh.


ini hasel gelang yg buat masa da balik umah. beli mutiara jagung satu rantai ngan k.norah baru rm12, then beli la batu kristal skit2, buat kat umah guna dawai n peralatan k.hajah. karang sambil tgok tv sempat siap 2 gelang. stok mutiara jagung tu ada lagi blh la wat gelang satu dua lg tp hook dia abih lak.

nak kena wat banyak2 utk stok balik bulan 5 nanti. nak kasik mak, kakak2, adik, anak buah n kawan2.

ni ialah hasel gelang pertama yg aku 'karang' kat umah k.norah. aku pilih kaler merah samar sbb nampak sweet n feminine je. pastu selang seli ngan kristal. mula2 buat ni leceh gak ar sbb nak cuba macam2 design nak selang seli ngan kristal, pastu nak padankan lak kristal kaler n bentuk apa yg paling suit. pastu nak dipadankan lak ngan ukuran pergelangan tangan. 4 - 5 kali gak la pasang- bukak pasang-bukak. tapi bila da siap n pakai kat pergelangan puas ati nampak sweet sgt heheh (prasan sndiri).

kira punya kira harga kos.. dlm rm12.++ tp k.norah kira rm13 skali. murah giler tu.. kalu kat kedai dkt2 rm30 gak.

cuti skolah bulan 3 ni x balik. k.yah n karimah pun nak datang labuan.. so, aku da plan nanti nak ajak dorang sama2 berkampung 'karang' mutiara kat umah k.norah wat stok nak bawak balik bulan 5 kang heheh.



ini ialah kotak harta karun mutiara kristal k.hajah yg sgt baik ati bagi kitaorg guna je alatan2 dia masa mengarang gelang kat umah smbil duk bersila depan tv heheh..

yg satu lg tu ialah set pengepit, pemotong n wire utk buat gelang ni. k.hajah nye gak. k.hajah kata nanti bila2 dia turun kk nanti dia nak suh kitaorg beli gak benda2 ni, nanti senang nak wat gelang sendri kata dia..

mekacihh k.hajah..

so.. tempahan dibuka.. blh oder nak kaler apa.. while stock last heheh..

Tuesday, January 20, 2009

MERENTAS DESA

Hari jumaat minggu lepas hari merentas desa peringkat sekolah.
jadual asal nak wat sabtu (sbb sabtu skolah ganti raya cina) tp x jadi.
maka terkorbanlah pnp kelas feveret aku 4A & 3D arini.

cikgu cikgi lain g skolah sume pakai sport suits. aku sempoi je pakai baju kurung. maklom la, lom sempat g soping g tracksuit n sportshoes. nama aku x de dlm senarai tugasan merentas desa sbb cg baru kan. so pg2 lg da carik cikgu faizal nak carik kerja.. kalo x jadik kera sumbang la aku kang huhu..

cikgu faizal tgok aku atas bawah masa aku tanya, dia kata..
"pakai camni nak letak awak kat mana eh.."
"alaa cikgu.. yg nak lari budak bukannya saya"
aku slamba je jawab.
last2 dia suh aku joint group cekpoint 4 ngan k.mai sbb c xukup org g.
aku beress je menjunjung titah heheh..



ni gmbar kat cekpoint 4 yg aku jaga.. di botanical garden. sebelah airport.. nampak la gak kapal2 mas n airforce landing n take off.

yg pakai tudung biru tu k.mai, orang perak, peramah sangat. yg tengah tu la k.zan ket panatia PI yg aku tmpang duk umah dia skang. ktaorg ngah terponggok sambil hangat bergosip mcm2 citer heheh sambil tggu budak2 lari x sampai2 g.

kat setiap cekpoint dorang akan dapat getah tempe yg berlainan warna sbg bukti dorang lalu kat cekpoint tu. strategi ni da 3 taun pakai.

so, kalo ada budak bijak terlebih.. dorang blh je g beli getah sendiri n x yah lari penat2. lepas berlepas dr skolah blh singgah kedai mamak.. agak2 da lama skit blh la lari balik skolah sambil siram air mineral kat badan kasik real skt heheh.




banyak2 tempat, cekpoint kitaorg la yg paling menyeksakan budak2 skali.. sbb berbukit sikit n jalan mati so, dorang naik bukit kena pusing kon n patah balik turun bukit. sblm budak2 tu terseksa manjat.. ktaorg cikgu cikgi ni la yg panjat dulu cam nak pensan gak.. tp budak2 ni steady je lari.. banyak tul energy dorang heheh..


so, ni la gambo2 penat yg cntrol hensem anak2 murid aku yg berjaya sampai kat cekpoint aku. budak2 kelas 4A, 4H n 3D.

drp seramai2 anak murid aku yg 4 kelas aku ajar tu.. ni je la 2 3 kerat yg sampai kat cekpoint aku.. yg len tu ada banyak hipotesis yg blh bagi kat dorang. sama ada ponteng skolah x datang, lari tapi melencong kedai mamak, lari tapi ngelat x naik bukit lalu cekpoint aku atau lari trus smpai umah haha..

masa nak g kantin terserempak la ngan segerombolan budak2 3D n 4A. aku sergah la dorang tanya g mana x nampak muka time lari..

sume mengaku lari. tp bila aku cakap knapa x de yg lalu kat cekpoint aku botanicak garden.. dorang da tersengeh2 cam kerang busuk.

rupanya betul la dorang melencong x naik bukit. pastu getah tu dorang mintak je ngan kwn dorang yg naik bukit. ada yg sengaja amik lebih la tu.. macam2 budak2 ni.. banyak je akal dorang..

Wednesday, January 14, 2009

'PERKASAKAN' aku ya Allah..

Jadual PnP arini:
7am - 8.20am kelas 4H
8.20am - 9.40am kelas 4A


4 masa straight pagi ni..

so, awal pagi kat umah paksa diri minum nescafe 3 in 1 se mug ngan sekeping roti tuna campur sambal daging (yg kim ngan k.yah tu hehe)
kalo x collapse aku ngah ngajar karang..

arini tajuk pertama bidang tilawah 'manusia perlu bersyukur'
lesson plan lbh kurang gini:

i. induksi: tayangan flash rama2 n bunga
ii. langkah 1: baca ayat surah al-a'raf 1-35. bacaan contoh guru n gilir2

iii. langkah 2: huraian ayat kefahaman n sumbang saran nikmat Allah pada manusia
iv. langkah3: powerpoint umat terdahulu yg dibinasakan oleh Allah (kaum ad, tsamud & lut)


so, dari smalam kobek i'net cari gambar2 n maklumat pasal 3 kaum tu.. banyak dapat info dalam website harun yahya.
aku ada beli buku dia 'kaum2 yg pupus' kat saba' islamic media masa bookfair kl taun lepas.. nak bawak sini aritu tp wak lujik kata nak pinjam baca dulu so, x dapek la nak bawak dlm kelas tunjuk kat budak2.

fortunately, aku ada copy sume karya harun yahya drp bangki cuma dlm english n format acrobat reader.. tapi x pe la blh tunjuk gambar2 pada budak2.
malam wat powerpoint lak.. lambat skit la siap sbb taip jawi merangkak2 heheh. sampai uni mintak tlg carikan pasal pendidikan sepanjang hayat pun x sempat nak tengok huhu.. sori ye uni..

mlm td pun da test pasang LCD yg k.zan bawak balik umah utk aku guna arini.. itu la kelebihannya duk serumah ngan ket panatia heheh.

so, lepas perhimpunan pagi yg habis lambat 5 minit.. aku berdesup naik bilik guru amik semua harta benda nak bwk masuk kelas.. kalo lmbat kang abis lari la bajet masa aku..


so dengan begitu gagah perkasanya aku menggalas

handbag + beg laptop + beg lcd + bu
ku persediaan + fail kelas 4H n 4A + buku teks + planner + writing pad (draft lesson plan) + paper bag isi speaker n extention wire huhh..
lebeh kureng cam makcik dlm gambar tu la heheh..
nasib baik aku x terbalik trtimpa beg n segala buku2 tu haha..

masuk kelas 4H x de masalah sangat.. kelas sains n budak2 pandai n berwawasan.
cuma masalahnya budak2 lelaki hampir 90% mengaji merangkak2 n sangat lemah. budak pempuan x masalah mengaji ekselen. tp x sempat gak nak mengabiskan slaid powerpoint tu sbb langkah 1 aku panjang sbb amik masa check bacaan pelajar sorang demi sorang sbb nak tau tahap penguasaan dorang.

Kalut2 la masuk kelas 4A dengan segala macam benda di tangan dan dibahu.. nasib kelas dekat2 je.. tengok2 ada k.Asmie ngah ngajar english x abih lg.
bila k.asmie kuar hampir separuh kelas ikut kuar.. yg nak g bilik kaunseling amik borang sekolah teknik, yg nak g 'bilik bergaya' (toilet lelaki) la. aku warning kasik masa 2 minit je kat dorang.

sementara tu aku pun set up la gajet2 ngajar aku tu. da setel tgok2 jam da 15 minit masa pnp berlalu.. separuh kelas je yg ada.. malas aku nak tunggu yg lambat takkan aku nak tarik telinga sorang2 masuk kelas.. aku start je trus induksi..

ooo.. lupe nak inform awal2, kelas 4A ni ialah kelas paling 'hujung'. budaya skolah ni kelas pandai huruf yg last2.. kalu huruf awal2 A B C tu jawabnya kelas 'hujung' la hehe
h trend yg baru aku jumpa.

dipendekkan citer.. PnP kelas 4A pagi ni aku handle dengan budak2 separuh kelas je.. rasa kecewa gak ramai yg escape.
salah aku gak sbb bg dorang kuar td, kalo aku brtegas suh dorang settlekan waktu rehat musti bdk2 ni x peluang escape.. x pe la ini pengajaran utk aku yg baru 2 kali masuk kelas ni..

masalah lain.. separuh drp budak2 yg ada lam kelas tu langsung x tau mengaji..
x kenal huruf jawi.. malah ada sorang tu yg x pernah belajar mengaji langsung!!!..

yg selebihnya.. boleh mengaji tapi terlalu lemah.. bab2 tajwid lagi la jgn tanya.. aku interview sorang2.. aku tanya baik2 nak dorang mengaku sejujur2 nya.. tanya gak mak ayah boleh mengaji x.. sebahagian besar mak ayah x tau mengaji gak huhu..

haselnya.. aku yg rasa sesak nafas.. rasa kesian sangat kat dorang..
tapi bila aku tanya nak belajar mengaji x.. sume nampak semangat n jujur nak belajar mengaji tapi nak belajar ngan aku la haha.. paling aku suka tengok semangat sorang anak aku ni si Perkasa Bahadir.. nama Perkasa tu.. power tul haha. aku nampak dia ikhlas dan berharap nak belajar mengaji..

dalam hal ni aku banyak berlembut ngan budak2 ni.. sbb aku rasa kalu terlalu bertegas atau condemn dorang akan jadi gap lebih besar ngan dorang. kalu camtu camne aku nak tolong dorang lak..


abis kelas besenye aku trus g kantin.. tapi arini banyak sgt gajet aku malu lak nak usung smpai kantin.. karang cikgu len kata over lak cikgu baru ni heheh. mujur si aidee n si aqil baik ati nak tlg bawak barang g bilik guru..

sampai bilik guru je aku termenung kat kerusi.. perut yg lapar tiba2 je rasa kenyang sebab sesak dengan perasaan yg bercampur baur. terasa beratnye dan besarnye tanggungjawab aku.. camne aku nak wat kelas pemulihan kat budak2 ni. terus aku catatkan refleksi PnP arini pasal prestasi bacaan qur'an pelajar dlm buku rekod mengajar.

g kantin joint meja k.zan.. aku pun try la tanya pasal camne nak wat kat budak2 yg de mslah mengaji ni..

k.zan sempoi je jawab..

"masalahnya budak2 ni kalu kita buat kelas pemulihan bukannya dorang datang. dulu akak penah buat secara persendirian (x maklum pada pengurusan sekolah) buat lepas waktu persekolahan. ada la 2 3 orang je yg hadir.. kalu nak buat lepas ni, maklum pada pengurusan sekolah nanti kuar surat maklum pada parents pasal kelas pemulihan ni."

dia pun x de tanya lebih lanjut, kelas mana ke, brapa ramai ke etc..
nampak gayenye cam dia da maleh nak layan masalah ni sbb mungkin da fed up atas usaha dia yg gagal dulu..
entahla..
pendek kata x memberangsangkan la huhu..

aku termenung lagi depan nasik goreng seafood yg aku order tu.. kat mana aku nak cari kekuatan.. sekarang memang semangat berkobar2.. tapi nanti kalu ada masalah cam yg k.zan hadapi tu.. semangat aku kuat g ke?? mohon Allah beri kekuatan dan tunjukkan jalan..

walaupun kelas 4 Amanah tu kira black area punya kelas kata
cikgu2 lain, kacang hantu la, ketua2 group samseng skolah sume kumpul situ.. tapi stakat ni alhamdulillah dorang masih hormatkan aku..
kalu terserempak
kat luar kelas mesti tegur n beri salam kat aku dgn senyum meleret-leret. si Perkasa pun satu umah sukan Kenyalang ngan aku, siap pesan aku datang latihan umah sukan.. macam la aku yg jadik atlit haha..

Dalam banyak2 kelas.. kelas 4A la yg buat aku berdoa panjang sebelum masuk, berdebar tapi teruja.. teruja nak tengok apa
cabaran yg dorang nak beri kat aku arini huhu. Semoga Allah sentiasa membuka pintu hati mereka menerima hidayah dan rahmat Allah.. aku cuma bantu tunjukkan jalan je pada dorang.. selebihnya aku serah pada yang Maha Pemegang hati hambaNya..
dan mohon moga Allah PERKASAkan hati n semangat aku..


p/s: kalu Puan jenguk saya di entry ni.. tinggalkanlah sepatah dua pesanan utk saya ye.. saya betul2 perlukan dorongan dan semangat. walaupun dah jadi guru ni, tapi saya tetap perlukan guru juga..

argghhh.. rindunyeee..


Kadang-kadang..
eh selalu gak la.. terlupa atau masih x percaya yg skang aku berpijak di bumi labuan..
bila otw balik skolah tengok signboard2 kat jalan...
'Masjid an-Nur Labuan'
'Financial Park Labuan'
'Labuan Square'
baru teringat balik.. ooo.. aku kat labuan ke..
iyaa.. aku skang kat labuan..

boring.. sunyi.. sbb lum jupe geng cam k.yah, nora, lutfi, dol, uni..
nak cari kat mana ntah sahabat cam dorang tu kat sini huhu..

walaupun jauh dari kuarga..
tapi hari2 musti ada je wak pidah ke wak gujik ke or wak luti call tanya kaba
mak pulak kalu da 2 3 ari aku x kol nanti bg sms
'orang labuan tgh buat apa, kira labu ke?' heheh

how i missed them so much..

da masuk minggu ke 2 kat sini..
makan nasik masih rasa cam telan pasir
semuanya serba x berasa di hati
makan pun wat syarat aci x pensan je
mohon Allah kuatkan hati n semangat..

tadi nora kasik sms masa ngah mkn kat kantin
'hurmm.. x jumpa lg kwn cam awak kat sini'

aku baca sambil tersenyum pahit.. kita serupa..

p/s: SMK Labuan terletak di depan state mosque

Saturday, January 10, 2009

SMK LABUAN

7 Januari 2009
Selasa



"Tumpang tanya.. pejabat pengetua di mana?"
"kamu siapa, cikgu baru ke?"
"ya kami cikgu baru.."
"ooo.. cikgu baru, nama siapa?"
"saya jamaliah, ni shuhada.."
"ok cikgu jamaliah memang da tunggu ni, jadual sume da siap. jumpa pengetua dulu kat pejabat, jalan je terus."
"ok, trima kasih.."

haha x sangka aku da glamer sblm datang.. sampai jadual pun dorang da siap buat.. ekselen tul.. nampak sangat kedatangan di tunggu2 kah3..

maklum la.. kata ust mat hanipah masa taklimat skolah sini mmg da kosong cg pendidikan islam sejak taun 2005 lagi tp putrajaya x hantar2 cikgu baru.. katanya x de org yg mintak nak datang sini..



lapor diri ngan pengetua n guru pk 1 k.hamidah n pk hem ust wan (yg tanya pejabat kat ne td).
skolah 2 sesi.. ngajar pagi subjek P.I ting 3D, 4A, 4D n 4H sume 18 masa.
tp akan ditambah lagi utk ting 1 or 2 belah petang sbb petang x cukup ustzh g.

sementara ni duk menumpang kat umah k.hanizan ket panatia pend islam kat taman Miramar.. k.midah yg arrangekan..
pasni kena ringan2kan mulut tanya umah sewa lak..

semoga allah mudahkan ngajar sini n cari umah ok...

p/s: ingat nak amik gambo pintu pagar skolah n pagar skolah.. tp td ramai lak cikgu pk n pengetua duk dkt2 pintu pagar malu la plak nak g haha.. lenkali update gambo lak..

HARI PERTAMA DI LABUAN

5-6 Januari 2009
Isnin & Selasa


jupe geng baru yg posting skali labuan..
zulhilmi org aloq staq dpli um.
sorang2 nye hero.. da kawen istri pun bakal posting labuan gak next week.
syamsinar org sik dpli UIA
nurul huda org selayang dpli UIA
shuhada org dungun dpli UIA
yg bestnye hehe.. syam, huda n shu tu sume kawan k.yah haha
what a coincidence..


boarding 6.45pm..
kapal tu pusing punye pusing punye pusing landasan tu 15 minit gak..
kul 7pm baru take off. sampai lak kul 9.15pm



kat airport.. org JPWPL da tunggu 3-4 orang.
tengok zul selamba mesra je ngan dorang.. cam da kenal bese je..
dorang atar smpai hotel Sara tmpt ktaorg tido malam ni.
kena bayar sndri n claimn kemudian.. nasib baik x mahal mana huhu
call mak, wak lujik n reply sms kawan2 sume yg tanya kaba lebih 1/2 jam..
badan letih.. tp mata susah nak lelap
dalam kepala macam2 pikir.. maklum la tmpt baru..

pagi kul 8am janji ngan sume nak turun sarapan kat bawah sbb kul 10am da janji nak g JPWPL.
makan ala kadar je.. semuanya x berasa sbb perut sebu, tekak x lalu huhu tempat baru..
en.aziz driver JPWPL datang amik sbb ari ujan x leh nak jalan kaki..

















pejabat JPWPL kat UK (Ujana Kewangan-Financial Park) tingkat 8.
Ust. Mat Hanapiah n ust. Syed yg bg taklimat kat bilik mesyuarat..
pastu bagi surat penempatan sekolah..
aku n shu kat SMK Labuan
zul n syam kat SMK Pantai
huda sorang kat SMK Mutiara

pastu driver atar balik hotel sbb nak checkout n g skolah masing2..
jadik cikgu SMK Labuan la aku.. huhu


Monday, January 5, 2009

POSTING LABUAN

















FLY LABUAN

BOARDING 6.45PM

terima kasih pada yg hantar n babai..
mak
abah
k.jik
abg danny

dol
lutfi










gambo x leh upload banyak2 sbb
i'net lembap klia ni.. next time upload lak

labuan.. here i come..