Showing posts with label hiKaYat sMk LaBUan. Show all posts
Showing posts with label hiKaYat sMk LaBUan. Show all posts

Monday, May 11, 2009

PESANAN UNTUK ANAK2 KU..

Asslamualaikum..

semua anak2 sy kelas 4Amanah & 4 Gigih yg sy kasihi n rindui (keh3)..
first, saya mintak maaf banyak2 pd kamu sume sbb x dapat ajar kamu n wat preparation sebaiknya utk kamu exam subjek pendidikan Islam kali ni..

saya plan nak tinggalkan nota n lembaran kerja untuk kamu sume bagi tajuk2 yg belum belajar, tapi kekangan masa buat saya x sempat2 nak siapkan properly utk kamu. maaf ye..

so, di sini saya senaraikan tajuk2 yg masuk exam mid year ni.. salin ye jgn x salin..
(jangan g surf posting2 entry blog sy ni dulu ye.. salin dulu tajuk2 ni, haa.. fajis ada ke x de, jgn escape ye kui3..)


1. Bidang Tilawah:
- manusia perlu bersyukur
- rasul penyampai wahyu
- larangan mempersendakan agama
- hidayah milik Allah
- aqidah teras kehidupan

2. Bidang Hadis
- Makanan yang baik
- Perpaduan teras kemajuan

3. Bidang Aqidah
- Perkara-perkara yg membatalkan iman
- Dosa-dosa besar yang membawa kemurkaan Allah
  • dosa-dosa besar
  • dosa-dosa besar yang menghancurkan umat Islam
4. Bidang Ibadah
- Lambaian Kaabah
  • kewajipan haji & umrah
  • Cara menyempurnakan ibadah haji & umrah
  • Wajib haji & umrah
  • Cara mengerjakan haji dan jenis2 dam
- Sembelihan

5. Bidang Sirah & Tamadun Islam
- Kerajaan Khulafah ar-Rasyidin

6. Bidang Akhlak
- Akal cahaya kehidupan
- Adab berhias diri


Cakupan tajuk yg masuk exam agak banyak n luas maklumlah exam mid year kan hehe..
format soalan sama mcm exam bulan mac aritu cuma bilangan soalan lebih banyak je.

saya akan emelkan nota2 pada emel suhaila, kamu yg lain copy pendrive dgn suhaila ye. tp kalu blh print di bilik akses ni, kamu print je sorang satu set. tp tanya dulu pada guru pusat akses tu, cikgu dayang atau cikgu hasmi boleh print atau x ye.

kalu kamu x dpt print, nanti sy mintak tlg kwn saya ustazah shuhada (sesi petang duduk di bilik guru B) utk fotostatkan n kamu amik di atas meja saya ye. apa2 hal nanti saya contact kamu semula..

nota tu sebahagian tajuk je, sehari dua ni saya akan emelkan tajuk2 lain
so, kamu sume tolong bagi alamat emel pada saya.
klik pada bahagian comment di bawah entry sy ni n kamu taipkan alamat emel ye..

satu g.. nanti kalu da dpt jadual exam, tlg inform saya bila paper P.I ye. sms je la kat saya sape2 yg ada kredit tu.. kalu nak claim ngan sy kemudian pun blh la heheh..

selamat study ye..
all the best..

Wednesday, March 18, 2009

4 GIGIH


Kelas 4G ni aku warisi secara tiba2 drp s Azmah cikgi kaunselor.
sbnrnye cikgu kelas ni ialah cikgi salfarina. cikgi baru yg sepatutnya lapor diri bulan januari aritu tp smpai skang ni x muncul2 haha. missing in action.

so, mula2 si azmah pun handle la kelas ni, pastu bila tukar jadual baru
n aku ajar kelas dorang. so pk hem trus 4ward kelas ni kat aku sbb si azmah tu kaunselor x leh pegang kelas. maka tiba2 je rutin harian aku yg telah sedia ada sesak pun menjadik semakin menyesakkan.. maklom la dapat 18 orang anak untuk dimonitor.

pastu jadik cikgi kelas skang ni macam2 benda kena buat, isik kdatangan, tutup kedatangan, pungut duit yuran itu ini, isik buku resit itu ini, isik buku enrolmen, isik data smm bla bla bla .com.my haha.. hihi huhu..

gambar ni ambil masa gotong royong perdana skolah. kbetulan hari yg sama panatia PI wat kem bestari solat kat masjid depan skolah. lepas settle pendaftaran kem cepat2 lari tgok budak2 kelas kat skolah. mujur cikgu angkat kelas 4G si cikgi Teo ada tlg jenguk budak2 ni. kalu tak ntah apa keje yg dorang buat agaknya..


ni pulak time mini gotong royong..
ntah apa la rezeki budak2 4G ni masa perhimpunan hari ahad tu dapat anugerah yg paling glamour skali..
anugerah kelas terkotor mingguan.. haha..
tau malu gak budak2 ni. siap cabut label kelas 4 gigih kat pintu tu.
aku tanya knapa.. si Tan la jawab 'Malu oo cikgu, nanti orang tau ini kelas terkotor.'
haha padan muke korang.. tau malu..


mana x dapat anugerah tu kalu kelas kosong, satu aksesori pun x de. yg ada meja ngan krusi je. dari aritu aku suh wat jadual bertugas n jadual kelas suh tampal, dorang wat dek je..
sampul meja da beli pun x dipasang2, simpan je dalam almari blakang kelas.
alasannya x de salotape la, plastik lum beli lg la..
banyak je alasan... elok la dpt anugerah tu kasik pngajaran skit kat kamu sume heheh..


oleh krana minggu tu minggu ujian bulan mac so, dorang balik cepat. kul 12.30pm dah blh balik. so, aku set ngan budak2 ni stay back kejap, hias kelas.
pasang alas meja n plastik skali, tampal poster2 (si azmah yg kasik, stok bilik kaunselor punye. maklom la dia kan ex-homeroom teacher 4G so, kabel besar la nak cilok poster2 heheh..)
siapkan jadual bertugas n label meja sume.



anak2 aku yg melayu stay sume. tp yg chinese ada la 2-3 je. si Tan, Lawrence yg len sume lesap..
blanja dorang sume roti sosej dr kantin. sian lak kat dorang lapar da tengahari. abis siap sume dekat kul 3pm trus solat zuhur kat surau skolah dengan di imamkan oleh al-fadhil ustad awang izzudin heheh..

lupa nak maklum kelas ni amik opsyen LK (lukisan kejuruteraan). so, anak2 aku sume ni bakal engineer la kiranya heheh. sume 18 orang. bunga dalam kelas ni cuma 4 org je, si suhaila, norliya, athikah n viviana. dorang kelas ni sume best2 n sporting, lagi2 budak chinese si tan, lawrence, siow tu sume budak2 cina paling loklak aku penah jumpe haha.. kalu bercakap tu x jumpe noktah, loyar buruk lagi..
mudah mudahan tercapai la cita2 kamu sume nak jadik engineer ye..

so, hopefully lepas ni kelas kitaorg dapat anugerah kelas terbersih la pulak heheh.

Tuesday, February 24, 2009

Siaran Tertunda 2: Kejohanan Sukan SMK Labuan

11-13 Februari 2009
Rabu-Khamis

Stadium Kolej Matrikulasi Labuan


suda mau masuk bulan 4 ni tp update citer bulan 2 punya pun nda abis2 g heheh..
oleh krana ke 'bz' an yg berada di tahap gaban n umah teda line 3G maka, umah ni pun bersawang2 la kui3..
so, layan gambar jak lah.. malas mau crita panjang2 jua..

ini team penyelia peserta. dari kiri cikgi roszilah, cikgi mary rose n sblh lg tu lah dia k.hajah yg ada aku sebut2 dalam entry2 sebelum ni.. alah.. yg aku tumpang umah dia sblm dpt umah sewa aritu.. cikgu hajah saniati matasan.. org limbang sarawak yg sangat baik hati tp tegas kalu bekerja..

ni si perkasa n shahrul (kelas 4 Amanah) masa lapor diri kategori lelaki A (bawah 18 thn).



ni ialah 2 orang hero atlit umah aku.. umah kenyalang (kuning). letak gambo ni sbb nama dorang dua2 awang. yg kiri tu Awang muhd izzudin, budak pengawas kelas aku 4 Gigih. sorang g Awangku mohd hamizan, kelas 4 Dedikasi (pernah ajar kelas dia skejap sblm tukar jadual ujung januari aritu).
tp si mijan ni skang da pindah ke SM Teknik Labuan. hilang la sorang atlit umah kenyalang huhu..

sepanjang sukan ni aku swastakan kamera aku kat si hadi putra ni la sbb aku x smpat nak amik gambo byk2 sbb bertugas kan..
si hadi ni sekelas ngan si mijan, atlit umah kenyalang gak.
oleh krana, dia yg jadik cmeraman nye.. maka, dalam kmera ni penuh ngan gambo geng2 dia je la.. apa2 pun mekacih la kat hadi ye..
tp skang si hadi ni pun pindah ke SM Teknik gak cam si mijan..
hilang lg atlit umah kenyalang huhu..


ni sesi warming up atlit2 sebelum turun lari kat trek. ni group lari 4x400m kalu x silap la. yg ngah teguk air milo tu ialah si awang izzudin n si azmi..


lari laju-laju
sampai pokok ru
apa dalam baju
seekor katak puru heheh..



ni la port ktaorang tengok atlit2 lari. nak duk kat astaka jauh dr khemah penyelia peserta. so, duduk kat lereng bukit yg panas ni je lah..
kalu time free2 in between peserta lapor diri tu blh la lari jap tengok pelari2 favourite heheh..

ni si rahdan kelas 3F menang 100m pecut lari dalam guni sambil bawa bola ping pong dgn sudu heheh.. (jangan mare rahdan ye heheh)

sempat lg budak2 ni posing sblm acara penutup sukan..
perasmian penutup jemput pengarah jab pelajaran Labuan, so wat majlis grand gak la.
team pancaragam skolah pun wat show mengiringi nyanyian lg negaraku, lintas hormat perbarisan rumah2 sukan n perbarisan persatuan beruniform.

Perbarisan umah kenyalang, diketuai oleh si saiful adha, sume bdk2 ting 1 n 2, k.zaleha n rozita yg bersusah payah latih dorang tiap2 pagi ni..

perarakan masuk bendera kejohanan diketuai oleh awang izudin wakil kadet polis. dan pembawa bendera ni sume diwakili oleh persatuan beruniform sekolah, ada kadet bomba, kadet remaja skolah (KRS), persatuan kadet bersatu darat n udara (PKBM) n pengakap.

si tasbi control hensem masa bg command masa ketuai sume perbarisan heheh..

actually.. ni la pengalaman pertama majlis sukan. maklom la dulu kan skolah agama rakyat.. mana ada sukan2. masa ngajar pun skolah swasta mana ada program2 gini..
terima kasih SMK Labuan.. beri pengalaman pertama yg best heheh..


Siaran Tertunda: Kejohanan Olahraga SMK Labuan

9 Februari 2009
Isnin

Padang SMK Mutiara


oleh krana skolah kitaorg nda ada padang, maka sukan skolah kami terpaksa dibuat menumpang di padang skolah lain.



acara yg dipertandingkan dalam olahraga ialah: lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing. oleh krana x banyak sgt acara maka sukan dibuat 2 sesi yg berlainan supaya x ganggu pnp. kalu kategori bawah 15 (pelajar sesi petang) akan lawan waktu pagi. kategori bawah 18 (sesi pagi) akan lawan sesi petang.

sebagai ket. ajk penyelia peserta (yg baru) aku mmg blur habih n x dapat nak bayang keje apa yg kena wat walaupun da d explain oleh nurul n k.hajah. al-maklomlah dulu skolah agama rakyat mana ada sukan2 ni.


so, pagi k.hajah n roszilah yg bertugas. lepas kelas 3G abis kul 9.20am trus call shu yg da ada kat padang mintak tlg amik nak g padang jap utk tengok camna k.hajah handle. sbb petang aku ngan k.wong je.. terpaksa la berkejar2 g padang sbb ada kelas lak kul 10.40 kat 4G.


petang tu selain daripada jadi penyelia peserta aku jugak jadik dj secara x langsung utk wat pengumuman itu dan ini terutamanya panggil peserta melapor diri. anak2 aku kelas 3D, 4A, 3E, 4D n 4H ramai yg jadik atlit n amik bahagian.
kamera aku swastakan kat si faizal.
tengok2 dia g amik gambar si tasbi saja.. penuh memory card ngan gambar n video si tasbi melompat tinggi haha.. apa2 je la korang ni.

smentara tunggu sume acara abis.. da azan asar. surau depan padang je. tengah letak barang kat kete tiba2 lalu la set2 faziel, tasbi n t gang nak g solat asar.. ajak aku skali. aku pon on je.. tu la yg aku respect sgt kat group dorang ni.. bagus jaga solat, kalu solat zuhur tu berkejar2 nak jemaah kat masjid dpn skolah lepas balik skolah kul 12.35pm.
tabik spriingg la kat faziel, tasbi, faizal, johari n t gang yg lain.. bagus korang.. ustzh doa smoga kamu sume istiqamah..
so, solat asar haritu di imamkan oleh si faziel.. terharu ngan komitmen dorang..

semoga trus istiqamah dalam ibadah..

Friday, January 23, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN ANAK2 KU..

Awan berarak ceria
tiada titis hujan
pohon melambai
tanda sokongan
ku susuri perjalanan
bertemankan semyuman
di hari lahirmu
sahabatku..
dedaun berguguran
membuktikan kedewasaan
walau tanpa madah dan hadiah
namun cukup untukmu
sekadar ucapan
selamat hari lahir
iringan doa ku hulur
bersyukur kepadaNya
atas nikmat usia
usia mu ibarat mutiara
tiada berganti lagi
hiaskan iman
bersulam takwa
agar sempat mengucup
haruman syurgawi


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 15
KELAS 3 DEDIKASI

Johari Mat Jah - 12 januari 2009
Azmal Jaafar - 20 januari 2009


SELAMAT ULANG TAHUN KE 16

KELAS 4 AMANAH
Mohd Syazali Yusof - 20 Januari 2009
Mohd Sahar Beddu Lamin - 20 Januari 2009
Nur Iman - 22 Januari 2009
Mohd Alif Afizan Mahmud - 24 Januari 2009
Shahril Nazri Zulkifli - 26 Januari 2009

KELAS 4 DEDIKASI
Putri Nurul Ratikah Md. Rizam - 03 Januari 2009
Mohd Arif Adi - 06 Januari 2009


KELAS 4 HARMONI
Noorazira Ibrahim - 10 Januari 2009
Nur Fatin Aliah Hishamudin - 21 januari 2009


Awal2 pagi bila loceng perhimpunan pukul 6.40am berdering.. aku pon bergegas g kelas 4A.. ada pojek best.. juta2 puye pojek heheh..

masa budak2 sume tgh perhimpunan.. aku masuk kelas senyap2 n tulis bday wishes januarian kat budak2 kelas 4A. kbetulan ramai lak ada 5 orang.
senaraikan nama n bday dorang kat whiteboard belakang kelas.
pastu tulis lagu saujana cam kat atas tu la..

skali ngah syok2 tulis ada pulak si azri n 2 org budak kelas masuk sbb datang lambat lalu pagar belakang. aku terus halau suh g perhimpunan. kantoi da skali.

x lama tu masuk pulak si fauzi ngan 2 3 orang lain datang lambat gak.. waduh waduh.. kantoi kali kedua. tp kali ni da siap tulis. dorang pun sempat la baca skit sebelum aku halau g perhimpunan gak. liat2 kemain nak suh g. elok2 sampai blok B perhimpunan pun abis. melompat bersorak la budak2 tu selamat heheh. aku pesan kat dorang jangan padam kat whiteboard tu. dorang kata.. ok ustazah.. beres la tu slesai satu kisah.

arini ada kelas 3D ngan 4D je. lepas beri salam sementara nak tunggu budak2 bukak buku aku pun tulis bday wishes nama2 januarian.
x de kelas kat 4H arini..
tapi kebetulan ngah tunggu cikgu shuhud x kuar2 dari kelas 4D tu.. tengok kelas 4H cikgu pun x masuk lagi. aku pun masuk trus tulis bday wishes kat depan. kecoh budak2 ni. lagi2 si jaenal, iqmal n syadiqin heheh.
sedih sangat konon aku x ajar lagi kelas dorang naik cuti nanti. konon sume nak pindah g kelas sebelah 4G yg aku kena ajar nanti heheh. kaki bodek tul sume budak2 ni..

so.. selamat hari ulangtahun ke 15 dan 16 anak2 murid aku..
semoga hidup diberkati Allah
semoga ilmu diberkati Allah
semoga menjadi pejuang dan pembela agama Allah nanti..




Tuesday, January 20, 2009

MERENTAS DESA

Hari jumaat minggu lepas hari merentas desa peringkat sekolah.
jadual asal nak wat sabtu (sbb sabtu skolah ganti raya cina) tp x jadi.
maka terkorbanlah pnp kelas feveret aku 4A & 3D arini.

cikgu cikgi lain g skolah sume pakai sport suits. aku sempoi je pakai baju kurung. maklom la, lom sempat g soping g tracksuit n sportshoes. nama aku x de dlm senarai tugasan merentas desa sbb cg baru kan. so pg2 lg da carik cikgu faizal nak carik kerja.. kalo x jadik kera sumbang la aku kang huhu..

cikgu faizal tgok aku atas bawah masa aku tanya, dia kata..
"pakai camni nak letak awak kat mana eh.."
"alaa cikgu.. yg nak lari budak bukannya saya"
aku slamba je jawab.
last2 dia suh aku joint group cekpoint 4 ngan k.mai sbb c xukup org g.
aku beress je menjunjung titah heheh..



ni gmbar kat cekpoint 4 yg aku jaga.. di botanical garden. sebelah airport.. nampak la gak kapal2 mas n airforce landing n take off.

yg pakai tudung biru tu k.mai, orang perak, peramah sangat. yg tengah tu la k.zan ket panatia PI yg aku tmpang duk umah dia skang. ktaorg ngah terponggok sambil hangat bergosip mcm2 citer heheh sambil tggu budak2 lari x sampai2 g.

kat setiap cekpoint dorang akan dapat getah tempe yg berlainan warna sbg bukti dorang lalu kat cekpoint tu. strategi ni da 3 taun pakai.

so, kalo ada budak bijak terlebih.. dorang blh je g beli getah sendiri n x yah lari penat2. lepas berlepas dr skolah blh singgah kedai mamak.. agak2 da lama skit blh la lari balik skolah sambil siram air mineral kat badan kasik real skt heheh.




banyak2 tempat, cekpoint kitaorg la yg paling menyeksakan budak2 skali.. sbb berbukit sikit n jalan mati so, dorang naik bukit kena pusing kon n patah balik turun bukit. sblm budak2 tu terseksa manjat.. ktaorg cikgu cikgi ni la yg panjat dulu cam nak pensan gak.. tp budak2 ni steady je lari.. banyak tul energy dorang heheh..


so, ni la gambo2 penat yg cntrol hensem anak2 murid aku yg berjaya sampai kat cekpoint aku. budak2 kelas 4A, 4H n 3D.

drp seramai2 anak murid aku yg 4 kelas aku ajar tu.. ni je la 2 3 kerat yg sampai kat cekpoint aku.. yg len tu ada banyak hipotesis yg blh bagi kat dorang. sama ada ponteng skolah x datang, lari tapi melencong kedai mamak, lari tapi ngelat x naik bukit lalu cekpoint aku atau lari trus smpai umah haha..

masa nak g kantin terserempak la ngan segerombolan budak2 3D n 4A. aku sergah la dorang tanya g mana x nampak muka time lari..

sume mengaku lari. tp bila aku cakap knapa x de yg lalu kat cekpoint aku botanicak garden.. dorang da tersengeh2 cam kerang busuk.

rupanya betul la dorang melencong x naik bukit. pastu getah tu dorang mintak je ngan kwn dorang yg naik bukit. ada yg sengaja amik lebih la tu.. macam2 budak2 ni.. banyak je akal dorang..

Wednesday, January 14, 2009

'PERKASAKAN' aku ya Allah..

Jadual PnP arini:
7am - 8.20am kelas 4H
8.20am - 9.40am kelas 4A


4 masa straight pagi ni..

so, awal pagi kat umah paksa diri minum nescafe 3 in 1 se mug ngan sekeping roti tuna campur sambal daging (yg kim ngan k.yah tu hehe)
kalo x collapse aku ngah ngajar karang..

arini tajuk pertama bidang tilawah 'manusia perlu bersyukur'
lesson plan lbh kurang gini:

i. induksi: tayangan flash rama2 n bunga
ii. langkah 1: baca ayat surah al-a'raf 1-35. bacaan contoh guru n gilir2

iii. langkah 2: huraian ayat kefahaman n sumbang saran nikmat Allah pada manusia
iv. langkah3: powerpoint umat terdahulu yg dibinasakan oleh Allah (kaum ad, tsamud & lut)


so, dari smalam kobek i'net cari gambar2 n maklumat pasal 3 kaum tu.. banyak dapat info dalam website harun yahya.
aku ada beli buku dia 'kaum2 yg pupus' kat saba' islamic media masa bookfair kl taun lepas.. nak bawak sini aritu tp wak lujik kata nak pinjam baca dulu so, x dapek la nak bawak dlm kelas tunjuk kat budak2.

fortunately, aku ada copy sume karya harun yahya drp bangki cuma dlm english n format acrobat reader.. tapi x pe la blh tunjuk gambar2 pada budak2.
malam wat powerpoint lak.. lambat skit la siap sbb taip jawi merangkak2 heheh. sampai uni mintak tlg carikan pasal pendidikan sepanjang hayat pun x sempat nak tengok huhu.. sori ye uni..

mlm td pun da test pasang LCD yg k.zan bawak balik umah utk aku guna arini.. itu la kelebihannya duk serumah ngan ket panatia heheh.

so, lepas perhimpunan pagi yg habis lambat 5 minit.. aku berdesup naik bilik guru amik semua harta benda nak bwk masuk kelas.. kalo lmbat kang abis lari la bajet masa aku..


so dengan begitu gagah perkasanya aku menggalas

handbag + beg laptop + beg lcd + bu
ku persediaan + fail kelas 4H n 4A + buku teks + planner + writing pad (draft lesson plan) + paper bag isi speaker n extention wire huhh..
lebeh kureng cam makcik dlm gambar tu la heheh..
nasib baik aku x terbalik trtimpa beg n segala buku2 tu haha..

masuk kelas 4H x de masalah sangat.. kelas sains n budak2 pandai n berwawasan.
cuma masalahnya budak2 lelaki hampir 90% mengaji merangkak2 n sangat lemah. budak pempuan x masalah mengaji ekselen. tp x sempat gak nak mengabiskan slaid powerpoint tu sbb langkah 1 aku panjang sbb amik masa check bacaan pelajar sorang demi sorang sbb nak tau tahap penguasaan dorang.

Kalut2 la masuk kelas 4A dengan segala macam benda di tangan dan dibahu.. nasib kelas dekat2 je.. tengok2 ada k.Asmie ngah ngajar english x abih lg.
bila k.asmie kuar hampir separuh kelas ikut kuar.. yg nak g bilik kaunseling amik borang sekolah teknik, yg nak g 'bilik bergaya' (toilet lelaki) la. aku warning kasik masa 2 minit je kat dorang.

sementara tu aku pun set up la gajet2 ngajar aku tu. da setel tgok2 jam da 15 minit masa pnp berlalu.. separuh kelas je yg ada.. malas aku nak tunggu yg lambat takkan aku nak tarik telinga sorang2 masuk kelas.. aku start je trus induksi..

ooo.. lupe nak inform awal2, kelas 4A ni ialah kelas paling 'hujung'. budaya skolah ni kelas pandai huruf yg last2.. kalu huruf awal2 A B C tu jawabnya kelas 'hujung' la hehe
h trend yg baru aku jumpa.

dipendekkan citer.. PnP kelas 4A pagi ni aku handle dengan budak2 separuh kelas je.. rasa kecewa gak ramai yg escape.
salah aku gak sbb bg dorang kuar td, kalo aku brtegas suh dorang settlekan waktu rehat musti bdk2 ni x peluang escape.. x pe la ini pengajaran utk aku yg baru 2 kali masuk kelas ni..

masalah lain.. separuh drp budak2 yg ada lam kelas tu langsung x tau mengaji..
x kenal huruf jawi.. malah ada sorang tu yg x pernah belajar mengaji langsung!!!..

yg selebihnya.. boleh mengaji tapi terlalu lemah.. bab2 tajwid lagi la jgn tanya.. aku interview sorang2.. aku tanya baik2 nak dorang mengaku sejujur2 nya.. tanya gak mak ayah boleh mengaji x.. sebahagian besar mak ayah x tau mengaji gak huhu..

haselnya.. aku yg rasa sesak nafas.. rasa kesian sangat kat dorang..
tapi bila aku tanya nak belajar mengaji x.. sume nampak semangat n jujur nak belajar mengaji tapi nak belajar ngan aku la haha.. paling aku suka tengok semangat sorang anak aku ni si Perkasa Bahadir.. nama Perkasa tu.. power tul haha. aku nampak dia ikhlas dan berharap nak belajar mengaji..

dalam hal ni aku banyak berlembut ngan budak2 ni.. sbb aku rasa kalu terlalu bertegas atau condemn dorang akan jadi gap lebih besar ngan dorang. kalu camtu camne aku nak tolong dorang lak..


abis kelas besenye aku trus g kantin.. tapi arini banyak sgt gajet aku malu lak nak usung smpai kantin.. karang cikgu len kata over lak cikgu baru ni heheh. mujur si aidee n si aqil baik ati nak tlg bawak barang g bilik guru..

sampai bilik guru je aku termenung kat kerusi.. perut yg lapar tiba2 je rasa kenyang sebab sesak dengan perasaan yg bercampur baur. terasa beratnye dan besarnye tanggungjawab aku.. camne aku nak wat kelas pemulihan kat budak2 ni. terus aku catatkan refleksi PnP arini pasal prestasi bacaan qur'an pelajar dlm buku rekod mengajar.

g kantin joint meja k.zan.. aku pun try la tanya pasal camne nak wat kat budak2 yg de mslah mengaji ni..

k.zan sempoi je jawab..

"masalahnya budak2 ni kalu kita buat kelas pemulihan bukannya dorang datang. dulu akak penah buat secara persendirian (x maklum pada pengurusan sekolah) buat lepas waktu persekolahan. ada la 2 3 orang je yg hadir.. kalu nak buat lepas ni, maklum pada pengurusan sekolah nanti kuar surat maklum pada parents pasal kelas pemulihan ni."

dia pun x de tanya lebih lanjut, kelas mana ke, brapa ramai ke etc..
nampak gayenye cam dia da maleh nak layan masalah ni sbb mungkin da fed up atas usaha dia yg gagal dulu..
entahla..
pendek kata x memberangsangkan la huhu..

aku termenung lagi depan nasik goreng seafood yg aku order tu.. kat mana aku nak cari kekuatan.. sekarang memang semangat berkobar2.. tapi nanti kalu ada masalah cam yg k.zan hadapi tu.. semangat aku kuat g ke?? mohon Allah beri kekuatan dan tunjukkan jalan..

walaupun kelas 4 Amanah tu kira black area punya kelas kata
cikgu2 lain, kacang hantu la, ketua2 group samseng skolah sume kumpul situ.. tapi stakat ni alhamdulillah dorang masih hormatkan aku..
kalu terserempak
kat luar kelas mesti tegur n beri salam kat aku dgn senyum meleret-leret. si Perkasa pun satu umah sukan Kenyalang ngan aku, siap pesan aku datang latihan umah sukan.. macam la aku yg jadik atlit haha..

Dalam banyak2 kelas.. kelas 4A la yg buat aku berdoa panjang sebelum masuk, berdebar tapi teruja.. teruja nak tengok apa
cabaran yg dorang nak beri kat aku arini huhu. Semoga Allah sentiasa membuka pintu hati mereka menerima hidayah dan rahmat Allah.. aku cuma bantu tunjukkan jalan je pada dorang.. selebihnya aku serah pada yang Maha Pemegang hati hambaNya..
dan mohon moga Allah PERKASAkan hati n semangat aku..


p/s: kalu Puan jenguk saya di entry ni.. tinggalkanlah sepatah dua pesanan utk saya ye.. saya betul2 perlukan dorongan dan semangat. walaupun dah jadi guru ni, tapi saya tetap perlukan guru juga..

Saturday, January 10, 2009

SMK LABUAN

7 Januari 2009
Selasa



"Tumpang tanya.. pejabat pengetua di mana?"
"kamu siapa, cikgu baru ke?"
"ya kami cikgu baru.."
"ooo.. cikgu baru, nama siapa?"
"saya jamaliah, ni shuhada.."
"ok cikgu jamaliah memang da tunggu ni, jadual sume da siap. jumpa pengetua dulu kat pejabat, jalan je terus."
"ok, trima kasih.."

haha x sangka aku da glamer sblm datang.. sampai jadual pun dorang da siap buat.. ekselen tul.. nampak sangat kedatangan di tunggu2 kah3..

maklum la.. kata ust mat hanipah masa taklimat skolah sini mmg da kosong cg pendidikan islam sejak taun 2005 lagi tp putrajaya x hantar2 cikgu baru.. katanya x de org yg mintak nak datang sini..



lapor diri ngan pengetua n guru pk 1 k.hamidah n pk hem ust wan (yg tanya pejabat kat ne td).
skolah 2 sesi.. ngajar pagi subjek P.I ting 3D, 4A, 4D n 4H sume 18 masa.
tp akan ditambah lagi utk ting 1 or 2 belah petang sbb petang x cukup ustzh g.

sementara ni duk menumpang kat umah k.hanizan ket panatia pend islam kat taman Miramar.. k.midah yg arrangekan..
pasni kena ringan2kan mulut tanya umah sewa lak..

semoga allah mudahkan ngajar sini n cari umah ok...

p/s: ingat nak amik gambo pintu pagar skolah n pagar skolah.. tp td ramai lak cikgu pk n pengetua duk dkt2 pintu pagar malu la plak nak g haha.. lenkali update gambo lak..