Showing posts with label dUniA bUkU. Show all posts
Showing posts with label dUniA bUkU. Show all posts

Monday, December 15, 2008

SAASATUL IBAAD

Kali ni Faisal Tehrani berperi tentang sejarah..

Sejarah Johor Lama..

Yang kemuncaknya

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang..

Kisah Laksamana Bentan..

Yang isterinyamengidam nangka sultan..

Semua orang tau cerita ni..

Tapi.. FT ceritakan kepada kita sesuatu yang kita tak tau..

Fakta sensasi yang selama ini diselindung oleh sejarawan Melayu..

Atas dasar menjaga kehormatan dan maruah orang melayu

Atas dasar menyanjung aspek kedaulatan sultan


Tapi.. dalam Islam kita ada konsep ‘قل الحق ولو كان مر’

‘BERKATA BENARLAH WALAUPUN IA PAHIT’


Ya FT..

Kenyataan yg didedahkan sememangnya amat pahit untuk ditelan..


FT macam CSI

Cari fakta dan bukti dari tempat kejadian

So.. rujukan daripada surat-surat duta Belanda zaman itu & laporan pedagang Inggeris yang singgah di Kota Tinggi zaman kejadian..

Telah diperhalus oleh FT hingga menghasilkan fakta yang sangat ‘menyentak’..

Dusyuummm!!!

Terbuntang mata membacanya..

Tercekik rasa nak cerna kebenarannya..


Well..

Yang benar tetap perlu dikata benar

Yang salah tetap ialah salah

Kita yang membaca ni kena la pandai2 cari pintu hidayah..

Moga2 sejarah pahit ‘kejahiliyahan’ Johor Lama tak berulang..


Bacalah..

Membacanya sejak dari lembaran pertama lg kita akan nampak..

FT dah hulur tangan

FT bawa kita belayar

Menyusur sungai Kota Tinggi

Mengekor bayang2 Bendahara Tun Habib Abdul Majid

Dato Utama Mahdi Hasan

Tun Abdul Jalil

Dan Sultan Mahmud Syah

Kemudian.. sayup2 terdengar FT berpesan..

“Selamat dikejutkan, jangan katakan yang saya tidak berpesan dari awal..”


Sejak selesai khatam buku fragmen sejarah Johor Lama ni aku sebenarnya ternanti-nanti..

Sekarang Johor Bahru..

Tak ade ke sape2 sejarawan johor ke.. lecturer2 yg kaji sejarah johor ke.. cikgu2 sejarah ke.. even kerabat diraja johor ke..

Yang nak respon.. komen.. saman heheh

Karya FT yg sensasi ni kuang3...

...............................................................

“Panakawan. Ambil budak ini dan perintahkan Sri Hulubalang, gunakan keris Bahari seperti biasa.”

Wira menggigil, tanpa mengendahkan aib turun melutut tanpa pakaian dari peraduan dan memegang duli Sultan Mahmud.

“Ampun tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Apa daya tuanku berbuat patik seperti ini?”

“Apa daya? Bagaimana beta menyimpan kamu yang mihir ini? Tiadakah kamu aib untuk hidup lagi duhai anak muda? Tiadakah kamu tahu malapetaka yang menimpa kamu?”

Sultan Mahmud menggawangkan tangan tanda memerintahkan panakawan segera mengusung keluar Wira. Panakawan membentak dan menendang perut tahanan. Tidak membiarkan Wira menggelepar keras dan berteriak, segera tahanan ditarik disentap dengan ganas. Nasib malang, tiadalah Wira terbayang. Sangkanya menyerah diri seperti itu akan lepas. Anak muda itu akan menjadi seorang lagi mangsa hukuman bunuh dengan cara kegemaran Sultan Mahmud. Tahanan atau hamba akan dipaksa membongkok. Pertanda yang menjalankan hukuman akan berdiri, dan menusuk keris penyalang atau bahari yang panjang dari antara tulang selangka sampai tembus ke jantung...

...............................................


Gerangan kesalahan besar apakah yang Wira lakukan hingga diperlakukan dan dihukum sedemikian rupa?? Benarkah dia bersalah??

Teganya Sultan Mahmud.. walaupun menjadi kepala negara.. lagi orang Islam..

Punya kegemaran membunuh sebegitu rupa??


Singkaplah kebenarannya dalam

SAASATUL IBAAD_Pelaku Siasah_Political Players


Seperti yg pernah disebut dlm entri buku Manikam Kalbu sebelum ini..

Air tangan Faisal Tehrani takkan pernah mengecewakan..



Ni nak tambah jek FT skit g heheh..

Karyanya sentiasa segar..

Setiap kali ada saja perkara baru yang disuguhkan..


p/s: Bila agaknya MAS akan pulangkan FT semula?? Da rindu nak bertandang ke rumah..

Wednesday, December 3, 2008

..MANIKAM KALBU..

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

"Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista."

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

"Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantangnya ia berpotongan yang ketat. Tidak boleh sama sekali menampakkan lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh."

Sultan Muhammad Syah bersuara,
"Adapun ayahanda tuan guru, kita telah beroleh mimpi buruk akan hal anakanda kita yang memakai baju tak ketahuan rupa. Gusar sungguh kita ayuhai ayahanda. Hendak dikatakan kafir macam Melayu, hendak dikatakan Melayu macam kafir pula, astaghfirullah!"

"Itulah yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ngada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apanila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan."

"Apakah ada yang lain, wahai ayahanda tuan guru?"



................................

Nak tau apa syarat busana Melayu yang ke 5??

meh ar baca buku ni.. Air tangan penulis kegemaran..
sape g kalu x FAISAL TEHRANI.. eheh


tema, plot, watak, latar, bahasa diselang selikan antara situasi 2 zaman.. zaman moden kini dan juga zaman lampau era Kesultanan Melayu Melaka..

di zaman moden boleh jumpa ngan Ziryab Za'im, Nurul Haliza, Cikgu Natasya, Ust. Asmawi dll.

di zaman KMM pula ada Manikam Kalbu, Sultan Muhammad Syah, Dang De Nurhalijah, Puteri Kecil Cempaka Lana dll..

pokok ceritanye.. pasal busana/ fesyen pakaian orang Melayu_Islam
Faisal Tehrani cam bese ar.. hasil karya dia mmg penuh ngan maksud yg tersurat tersirat terkias terkais terkuis heheh..

persoalan yg diketengahkan adalah persoalan serius fesyen masyarakat Melayu_Islam.. tp, FT menyuguhkannya dengan corak yg mudah dan indah (maklum la novel kategori remaja)..

esp. ceritera zaman KMM yg dikisahkan oleh seekor kucing madura iaitu kucing diraja yang dihadiahkan oleh raja negeri madura kepada seri bija diraja Melaka.

ehhh.. jgn x tau karya ni menang TEMPAT PERTAMA SAYEMBARA MENGARANG NOVEL REMAJA SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP 2007

satu lagi karya FT yang menang tempat pertama gak tapi kategori novel dewasa iaitu
BEDAR SUKMA BISU
akan manira khabarkan di entri yg lain ye..

bacalah buku ni..
percayalah.. hasil tangan Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan..

nak senang order je online ngan ujana ilmu. klik je kat link soping buku online kat sebelah tu.. oder, bayar online/ wang pos, 3 hari lepas payment settle encek posmen akan hantar buku sampai kat tangga umah.. senang kan..



FT.. Selamat menunaikan rukun Islam ke-5
semoga hajimu dikurnia Allah dengan haji yg mabrur.. aminn..


p/s: sampai x kiriman salam dr saya heheh..