Wednesday, December 3, 2008

..MANIKAM KALBU..

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

"Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista."

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

"Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantangnya ia berpotongan yang ketat. Tidak boleh sama sekali menampakkan lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh."

Sultan Muhammad Syah bersuara,
"Adapun ayahanda tuan guru, kita telah beroleh mimpi buruk akan hal anakanda kita yang memakai baju tak ketahuan rupa. Gusar sungguh kita ayuhai ayahanda. Hendak dikatakan kafir macam Melayu, hendak dikatakan Melayu macam kafir pula, astaghfirullah!"

"Itulah yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ngada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apanila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan."

"Apakah ada yang lain, wahai ayahanda tuan guru?"



................................

Nak tau apa syarat busana Melayu yang ke 5??

meh ar baca buku ni.. Air tangan penulis kegemaran..
sape g kalu x FAISAL TEHRANI.. eheh


tema, plot, watak, latar, bahasa diselang selikan antara situasi 2 zaman.. zaman moden kini dan juga zaman lampau era Kesultanan Melayu Melaka..

di zaman moden boleh jumpa ngan Ziryab Za'im, Nurul Haliza, Cikgu Natasya, Ust. Asmawi dll.

di zaman KMM pula ada Manikam Kalbu, Sultan Muhammad Syah, Dang De Nurhalijah, Puteri Kecil Cempaka Lana dll..

pokok ceritanye.. pasal busana/ fesyen pakaian orang Melayu_Islam
Faisal Tehrani cam bese ar.. hasil karya dia mmg penuh ngan maksud yg tersurat tersirat terkias terkais terkuis heheh..

persoalan yg diketengahkan adalah persoalan serius fesyen masyarakat Melayu_Islam.. tp, FT menyuguhkannya dengan corak yg mudah dan indah (maklum la novel kategori remaja)..

esp. ceritera zaman KMM yg dikisahkan oleh seekor kucing madura iaitu kucing diraja yang dihadiahkan oleh raja negeri madura kepada seri bija diraja Melaka.

ehhh.. jgn x tau karya ni menang TEMPAT PERTAMA SAYEMBARA MENGARANG NOVEL REMAJA SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP 2007

satu lagi karya FT yang menang tempat pertama gak tapi kategori novel dewasa iaitu
BEDAR SUKMA BISU
akan manira khabarkan di entri yg lain ye..

bacalah buku ni..
percayalah.. hasil tangan Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan..

nak senang order je online ngan ujana ilmu. klik je kat link soping buku online kat sebelah tu.. oder, bayar online/ wang pos, 3 hari lepas payment settle encek posmen akan hantar buku sampai kat tangga umah.. senang kan..



FT.. Selamat menunaikan rukun Islam ke-5
semoga hajimu dikurnia Allah dengan haji yg mabrur.. aminn..


p/s: sampai x kiriman salam dr saya heheh..

No comments: