Sunday, April 5, 2009

TOUR Labuan with k.Yah n T Gang

19 - 21 Mac 2009
khamis-sabtu


sebagaimana yg di plankan awal2 k.yah n t gang sampai gak ke labuan, jenguk k.jem dia ni heheh..
well.. aku rasa sangat2 la sukanya sbb ada orang datang jenguk. x sabar2 nak tunggu k.yah sampai sini. rindu giler nak borak n gosip sama2 heheh..


k.yah datang 3 orang skali ngan karimah n farah. karimah n farah tu posting di nabawan, somewhere dlm daerah keningau la..
petang hari yg dorang smpai tu bawak dorang makan sate kat Labuan Peace Park atau glamer jugak ngan nama Taman Damai. ni kira cam tempat sejarah la masa perang2 dulu.
blh tahan gak sate dia sini, ada ciken wing panggang gak.. tempat tepi laut so, nice la.. sume oder air nyor sorang sebijik.. kembung gak la perut nak nak ngabihkan kui3..


destinasi pertama hari kedua ialah bawak dorang g muzium labuan. berkenal kenalan la ngan pulau yg tenteram n aman damai ni la heheh..

ni dalam muzium.. ada peta besar labuan n dia highlight tempat2 menarik kat labuan yg blh dilawati..
selain muzium labuan ada gak muzium marin, bird park, botanical garden, peace park, surrender point, chimney, kg air lak ada 2 di patau-patau n kg air bebuluh..
tp x sempat la nak bawak k.yah pusing semua, aku pun sbnrnya x abih pusing labuan g. maklum la skolah bz ba..


da penat2 pusing muzium ktaorg pun piknik la kat tepi pantai sea sport. bawak bekal sendirik ktaorg da masak siap sblm pegi td. pagi2 tadi aku da jenguk ke bot ingat nak beli ikan udang sotong, plan asal nak wat bbq kat pantai.
skali dtg lmbat sume dia da antar ke pasar da. so, masuk pasar la.. biasa kalu beli kat atas bot dapat la murah harga 50% drp harga dalam pasar.
tp masuk pasar pun ikan x banyak..

sudahnya beli udang je la sekilo. cancell plan nak wat bbq. masak nasik wat bekal piknik je la.
menunya nasik, ikan merah sweet sour, sambal udang, udang goreng tepung, cendawan goreng tepung (farah beli di kundasang utk ktaorg di labuan.. thanx a lot) n sayur campur. ooo.. ada jagung rebus gak.
memang selera la dah penat2 berjalan tu.. makan lak tepi laut fuuhh..

ni k.yag n karimah masa ktaorng g muzium marin. x banyak sgt ikan dia. tp akuarium cantik2 la..
ada tapak sulaiman, belut laut, udang kara n macam2 spesis ikan termasuk ikan nemo yg comel2..

dalam muzium marin ni ada dia pamerkan tulang ikan paus apa ntah.. mula2 ingat tulang dinasour haha..
sini kalu bawak budak2 sonok ar, dorang musti jakun n excited tengok ikan2 dalam aquarium ni.. pastu kita yg org2 tua ni sonok sbb tengok gelagat budak2 kecik tu heheh..

lepas abis g muzium, bawak dorang g UK.. ujana kewangan atau financial park. satu2 nya shopping cmpleks, ada giant n parkson yg paling cikai skali aku penah jumpa n ada la shoplots. k.yah n karimah sempat beli handbag n yg paling wajib ialah soping coklat di skypark duty free punya kedai.

well. terima kasih k.yah, karimah n farah sbb datang jenguk k.jem n mem'best'kan ari cuti skolah ni heheh.. next time k.jem lak g tawau n keningau ye heheh..

1 comment:

Unknown said...

terima kasih kepada tuan rumah yg sudi terima kami tetamu2 yang asyik nak makan jer ni, hehehe...

memang best pergi labuan masa tu, berat jer hati nak balik tawau, teruk betul!

thanks jugak sbb bercerita di sini, saya dah hilang feel nak berceloteh pasal ni di blog.

next time kak jem datang tawau pulak, ya!