Wednesday, April 22, 2009

'Tersiksa'

Uwaaa.. tersiksanya jiwa dan raga bila tgok banner2 promosi bookfair ni huhu..
sbb pe la dia wat bulan 4 lak. aku rasa sejak taun lepas baru dia buat bulan 4. taun2 sebelum tu rasanya dia buat bulan 6 time cuti skolah..

ni cikgu cikgi sabah sawak labuan terkecur liur je la x dpt g..
tringat g bookfair taun lepas ngan k.yah, mek ba, yana n lutfi.. kbetulan lak aritu la elaun dpli kuar dekat2 rm5k.. pastu borong buku tahap x hengat la haha.. smpai 2-3 kali ulang cucuk kat atm cimb yg kata aras bawah tu..

k.yah.. sama2 la kita menahan rasa ye menengok pesta buku kali ni berlalu tanpa kunjungan kita kui3.. hush.. x meriah la bookfair kali ni sbb kita x dtg tinggalkan tapak kaki kat setiap booth kan kan kua3 (ayat2 nak sedapkan ati sendirik wakakaa..)


ni lg satu yg wat melelehh je air liur tgok FT launch buku baru dia yg mmg aku tunggu2 hua3.. lum sempat g nak tgok dalam ujana ilmu da ada stok lum.
kalu da ada mmg sok trus je nak oder.. taun lepas dapat tangkap FT kat booth al-ameen n dapat juga signature dia yg mahal tu masa beli buku 1511. kali ni FT musti tertunggu2 aku dtg mintak signature dia lg..
tul x k.yah keh3..



ni satu g buku FT yg diterjemah daripada karya asal dlm bahasa melayu Bedar Sukma Bisu.. aku da beli awal2 g masa kuar dulu. karya ni menang tempat pertama sayembara jubli emas DBP 2007 kot.. aku beli taun lepas masa di tganu..
well.. syabas la kat FT yg Allah beri anugerah sengatan yg sgt berbisa dalam karya2 sentuhannya..
ni blh kira bukan sentuhan emas tp.. sentuhan menyengat.. heheh..

mabruk FT.. siiru 'ala barakatillah..

sape2 yg duk sekitar kl, selangor, johor, melaka, n9, perak, pahang n kawasa2 yg sewaktu dengannya yg blh access ke kl tu pakat2 wat la rombongan berbondong2 ke pesta buku antarabangsa ni yg dibuat setaun skali je..

angkut la skali, anak2, adik bradik, sedara mare n jiran tetangga g skali..
kena la menyahut cabaran masyarakat membaca skang ni kan..
hargailah kebolehan mobiliti anda yg blh g ke pesta buku tu berbanding org2 di m'sia timur yg cuma dapat terkebil2 bijik mata smbil meleleh air liur je tgok banner2 n berita pasal bookfair ni huhu..

membaca jambatan ilmu..
"adakah sama org yg berilmu dengan org yg tidak berilmu?"
"bacalah dengan nama Tuhanmu yg telah menjadikan.."

11 comments:

.:nhalilah:. said...

jangan tersiska.. kuikuikui.. ni nak buat akak tersiska ni.. esok kite nak berjoli kat pwtc tu.. huhu.. bestnyer nak 'borong' buku.. eh.. best ke buku FT tu (ketupat cinta).. best2.. tak sabar nak pi..

k_jEm said...

uwwaaa.. ni saje mau bg aku jeles ba kan.. huhu..
nda pa2 nnti k.jem beli buku online jg boleh ba haha..

ehh.. best ketupat cinta tu.. dia guna situasi n bahasa zaman kesultanan melayu melaka dulu. klakar gak. tp bese ar FT banyak la maksud2 tersirat yg dia perli2 isu2 negara skang haha..

Furen Laoshi said...
This comment has been removed by the author.
.:nhalilah:. said...

meh dgt umah amik homework.. senang je.. ringkas n padat..

maryam yaseerah (asiah la hehe) said...

salam.. tulah pasainye k.jem.. hajat nak turun kl weekd nilah... tup2 kne gi kursus pulakk... huwaaa.. akhirnye.. pesan kat cikgi yg bwk budak gi pwtc la... cuba la kjem, baca buku penulis ni hasrizal abdul jamil, galeri ilmu sdn bhd : rindu bau pohon tin, aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga.. saifulislam.com :-)

Unknown said...

uwaaa kak jem, saya terlambat sampai rupanya!!!

sedihnya tak dapat ke pesta buku :( saya 'kirim' mu'min pergi sana, suh gi booth Jemariseni beli novel plus jumpa kaksu, and buat langganan majalah Anis. Murah giler, rm66 setahun ke Sabah, discount 50%..

alshaza said...

kak jem tlog lah baca artikel terbaru FT.kureng asam betul....
mamat nie org kuat penyokong mat sabu yg tak reti bahasa arab tu.



Mohamad Sabu Jangan Tarik Diri
1. Terdapat laporan segelintir pemimpin PAS mahu supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden didokongi oleh ulama sahaja.

2. Kehendak kabur tersebut sama sekali tiada dalam perlembagaan parti. Oleh itu, tuntutan tersebut adalah tuntutan yang bukan mementingkan kehendak parti tetapi mementingkan kehendak emosi dan peribadi tertentu sahaja.

3. Mohamad Sabu tidak mahu menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden telah dilaporkan berkata, "Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan."

4. Selama ini, sangat sedikit ulama telah memimpin dengan cemerlang. Sebahagian rekod kepimpinan ulama adalah rekod yang menunjukkan kelesuan. Ahli-ahli bawahan PAS yang amat mencintai ulama selalu terpesona dengan permukaan. Seperti mana mereka terpesona dan ditipu oleh 'orang itu'. Bagaimana PAS boleh mengharapkan kepada ulama jika begitu? Dewan Ulama misalnya gagal berperanan dalam banyak isu. Kita tidak pernah mendengar Dewan Ulama secara rasmi sebagai contoh bersuara dalam isu-isu besar yang melibatkan marhaen. Hanya terlihat Mohamad Sabu yang dikatakan bukan ulama memberanikan diri berada di jalanan atau turun padang.

5. Di sesetengah tempat tokoh ulama dalam PAS tewas pemilihan kawasan kerana jarang menjaga kebajikan ahli. Tokoh ulama ini misalnya sibuk berniaga seperti membawa orang menunaikan umrah dan haji. Lebih buruk di sesetengah kawasan segelintir ulama yang diberi peluang memimpin di peringkat kerajaan mengumpulkan harta kekayaan tanpa segan silu kepada pengundi; dan janji mereka mahu menurut kezuhudan para sahabat Rasulullah saw entah ke mana. Sekarang sahabat mana yang diteladani tidak kita ketahui.

6. Ulama yang dihantar PAS ke parlimen kurang menyerlah, malah tidak petah berbicara di sana. Oleh itu kita tidak pasti kebolehan mereka. Ini berbeza dengan rekod pemimpin yang bukan ulama seperti Datuk Dr Hasan Ali, dan Mohamad Sabu sendiri.

7. Terdapat ulama yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli kerana kesukaan dan kecintaan kepada harta benda. Ulama ini memandu kereta mewah, terbang kelas pertama atau bisnes, makan minum di hotel lima bintang sehingga menimbulkan tanda tanya dan gosip antara ahli. Kita tidak pasti apakah rujukan al-Quran, hadis, ijma atau qias yang digunakan dalam hal ini.

8. Oleh itu ulama boleh sahaja hilang kelayakan memimpin seandainya gagal memimpin.

9. Kerana itu PAS harus diselamatkan dan diserahkan kembali kepada kumpulan yang ikhlas, yang tidak mendengar arahan orang luar, yang tidak terpengaruh dengan agenda liberalisme.

10. Pun untuk memastikan PAS berbeza dari parti lain, Majlis Syura dan Dewan Ulama harus dikekalkan. Sila ganti pemimpin dan tokoh ulama yang pemalas ini.

11. Jika tidak, PAS tidak ada bezanya dengan parti UMNO. Itu pun PAS telah banyak melakukan kesalahan kerana bersekongkol dengan parti liberal dan kiri yang banyak tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan parti PAS sendiri. Hairannya, yang itu tidak pula disibukkan oleh Dewan Ulama.

12. Wallahu'alam.

alshaza said...

Semoga tulisan Nik Abduh itu kit baca dan kita jadikan iktibar. Suka saya mengakhiri posting ini dengan petikan dari tulisan adinda Nik Abduh yang terbaru:

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

alshaza said...

yg pasti FT adalah org yg kuat penyokong Syiah, sebab Mad Sabu org berfahaman syiah.....lihat dan perhatikan blog beliau.byk menceritakan perjuang2 ulamak syiah.

Wallahu'alam...


Fiza,...Serdang.

k_jEm said...

hisyam..

gini.. k.jem biasanya kalu baca mana2 artikel politik akan cuba natural kan pemikiran sndiri, terutama kalu ft punya tulisan. pndpt dia slalu kritikal.

org kata pun kalu nak tahu kelemahan kita, perlu buka hati n dengar pandangan musuh.

kadang2 apa yg org kata mengenai keburukan atau kelemahan kita tu walaupun sangat perit kita nak dengar n sakit ati nak baca tp kalu kita fikir secara terbuka n natural kadang2 ada betulnya komen2 orang. kita yg sentiasa perlu muhasabah, komen2 yg menyakitkan hati tu kadang kala ialah salah satu hidayah drp Allah utk baiki n betulkan kesalahan sendiri..

gitulah cara k.jem fikir biasanya. sbb k.jem pun x nafikan kita dlm jemaah ni pun kadang2 banyak tersalah langkah atau cara memimpin, anggap sahaja komen orang tu sebagai satu muhasabah utk perbaiki cara memimpin.

pasal FT tu syiah atau tidak k.jem no comment.. mmg ramai org dah pertikaikan pasal tu dlm blog dia,n dia pun da banyak buat penjelasan. blh baca artikel2 dlm blog dia yg terdahulu pasal tu.

k.jem biasa lebih natural dalam hal perbezaan ni heheh sunni dgn 4 mazhab yg berbeza atau syiah atau wahabi atau pas, umno, abim, jim, kita semua solat sembah Allah yg yg sama, beriman pada rasul yg sama, sambut hari raya yg sama, pokoknya akidah kita sama, cara ibadah atau pemikiran yg berbeza tu perkara furu' (cabang) bukan perkara usul (pokok).

kita sesama Islam sangat perlu bersatu dan menghormati perbezaan yg cuma sikit. sbb musuh hakiki kita sgt kuat dan sentiasa mengapi2 kan sesama islam ni agar x pernah bersatu.

sbb ketakutan musuh2 islam yg paling besar ialah apabila semua umat islam tanpa mengira perbezaan ini dapat bersatu, sebagaimana ketakutan mereka ketika menghadapi tentera salahuddin al-ayubi dulu.

harap2 kita x jadikan sedikit perbezaan yang ada sesama kita utk jd alasan kita x bersatu, x bekerjasama n saling berprasangka.

kepimpinan ulama memang kita dambakan, tetapi ulama juga perlu efisyen bila memimpin. sebab kita bukan hanya perlu jaga hubungan baik dgn Allah semata2 dgn segala amalan soleh kita..

tapi terjemahan kesolehan kita dalam bentuk hubungan baik sesama manusia pun sgt perlu, itulah yg kadangkala menjadi kekurangan pd ulama kita yg perlu diimprove mungkin.

hargai dan kongsi persamaan, hormati perbezaan, terbuka dgn kritikan sebagai muhasabah dan asbab hidayah..
ni pendapat k.jem je hehe..

alshaza said...

Bagus la klu k. jem ada berfikiran begitu. bagi saya sikit sebanyak tulisannya memberi kesan pada si pembaca yg dalam istilah lainya 'ain' melalui penulisan bkn mata sahaja hee...

Itulah ruh islam.
perlu ada perasaan sensitif terhadap agama. saya pun ada tegur beliau dalam blognya.

Prof. Dr. Hamka ada berkata.
'manusia perlu ada 4 sifat dalam diri'

1. Hikmah
2. keberanian
3. keteguhan
4. keadilan

Bagi saya juga memang ada byk yg blh dimabil kira 'teguran yg dilemparkan' saya saja nak lihat sejauh mana k.jem mengenali beliau dari sudut sahsiahnya.

Selawat yg di tulis sendiri oleh FT dalam blog beliau.
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=571337684887063700&postID=2538198986139569624

Allahumma shalli ala Muhammad wa ali Muhammad wal'an aduwuhum. Ya Allah laknatkanlah musuh-musuh Nabi Muhammad dan keluarganya.

tidak ada lagi ulamak besar yg mengatakan syiah itu sesat. walaupun byk hadis2 di tolak begitu sahaja.

saya suka melihat kata tuan guru kita yg blh di fikirkan 'utk musuh2 ulamak'.

'Hambo sangka baik pada semua org termasuk anjing dan babi'.

maaf la klu ayat nie kaso sikit tapi bkn saya yg ckp. saya cume pinjam je ayat nie.hee.

Dan maaf lagi kpd k. jem klu saya terkasar bahasa dan agak gopoh menegur.

Yg baik itu dari Allah.