Wednesday, November 19, 2008

Januari-November 2008

Januari-November 2008

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Universiti Darul Iman Malaysia

Kampus Kusza

Gong Badak

Kuala Terengganu

Ukhuwwah yang terbina

Persis sekuntum bunga

Meskipun kini

Kita terpisah demi kasihNya


Namun cebisan kenangan kita

Sentiasa bermain di bayangan mata

Detik waktu yang berlalu

Menjadi memori kau dan aku



Sewaktu kita bersama

Saling setia menimba ilmu’

Tanpa mengenal erti penat jemu

Ingatkah kau lagi




Kita bersama memijak onak duri

Di tanah gersang

Mengutip semangat suci

Kini segalanya tersurat

Dalam sanubari



Bersabarlah dengan ketentuanNya

Ada rahmat yang tersembunyi

Bertemu berpisah kerana Allah

Lumrah kehidupan insan beriman

Moga saat nan indah

Ku harap berulang lagi

1 comment:

Carmen Rocio said...

Hello ! I'm collecting flags . Can you visit me my blog , please ?