Thursday, March 19, 2009

WELCOME K.YAH n KARIMAH!!


Yiii haaa.. k.yah datang arini..
td kul 8 a.m baru sms da boarding naik feri dr kk skali ngan karimah n kawan karimah..
bestnyeee.. ada org datang jenguk kita yg duk jauh2 ni heheh
sok ingat nak wat bbq seafood kat tepi pantai
blh beli seafood atas bot kat pasar murah skit..

kul 11am nanti nak g amik k.yah kat terminal.
okeh.. welcome to Labuan..

Wednesday, March 18, 2009

4 GIGIH


Kelas 4G ni aku warisi secara tiba2 drp s Azmah cikgi kaunselor.
sbnrnye cikgu kelas ni ialah cikgi salfarina. cikgi baru yg sepatutnya lapor diri bulan januari aritu tp smpai skang ni x muncul2 haha. missing in action.

so, mula2 si azmah pun handle la kelas ni, pastu bila tukar jadual baru
n aku ajar kelas dorang. so pk hem trus 4ward kelas ni kat aku sbb si azmah tu kaunselor x leh pegang kelas. maka tiba2 je rutin harian aku yg telah sedia ada sesak pun menjadik semakin menyesakkan.. maklom la dapat 18 orang anak untuk dimonitor.

pastu jadik cikgi kelas skang ni macam2 benda kena buat, isik kdatangan, tutup kedatangan, pungut duit yuran itu ini, isik buku resit itu ini, isik buku enrolmen, isik data smm bla bla bla .com.my haha.. hihi huhu..

gambar ni ambil masa gotong royong perdana skolah. kbetulan hari yg sama panatia PI wat kem bestari solat kat masjid depan skolah. lepas settle pendaftaran kem cepat2 lari tgok budak2 kelas kat skolah. mujur cikgu angkat kelas 4G si cikgi Teo ada tlg jenguk budak2 ni. kalu tak ntah apa keje yg dorang buat agaknya..


ni pulak time mini gotong royong..
ntah apa la rezeki budak2 4G ni masa perhimpunan hari ahad tu dapat anugerah yg paling glamour skali..
anugerah kelas terkotor mingguan.. haha..
tau malu gak budak2 ni. siap cabut label kelas 4 gigih kat pintu tu.
aku tanya knapa.. si Tan la jawab 'Malu oo cikgu, nanti orang tau ini kelas terkotor.'
haha padan muke korang.. tau malu..


mana x dapat anugerah tu kalu kelas kosong, satu aksesori pun x de. yg ada meja ngan krusi je. dari aritu aku suh wat jadual bertugas n jadual kelas suh tampal, dorang wat dek je..
sampul meja da beli pun x dipasang2, simpan je dalam almari blakang kelas.
alasannya x de salotape la, plastik lum beli lg la..
banyak je alasan... elok la dpt anugerah tu kasik pngajaran skit kat kamu sume heheh..


oleh krana minggu tu minggu ujian bulan mac so, dorang balik cepat. kul 12.30pm dah blh balik. so, aku set ngan budak2 ni stay back kejap, hias kelas.
pasang alas meja n plastik skali, tampal poster2 (si azmah yg kasik, stok bilik kaunselor punye. maklom la dia kan ex-homeroom teacher 4G so, kabel besar la nak cilok poster2 heheh..)
siapkan jadual bertugas n label meja sume.



anak2 aku yg melayu stay sume. tp yg chinese ada la 2-3 je. si Tan, Lawrence yg len sume lesap..
blanja dorang sume roti sosej dr kantin. sian lak kat dorang lapar da tengahari. abis siap sume dekat kul 3pm trus solat zuhur kat surau skolah dengan di imamkan oleh al-fadhil ustad awang izzudin heheh..

lupa nak maklum kelas ni amik opsyen LK (lukisan kejuruteraan). so, anak2 aku sume ni bakal engineer la kiranya heheh. sume 18 orang. bunga dalam kelas ni cuma 4 org je, si suhaila, norliya, athikah n viviana. dorang kelas ni sume best2 n sporting, lagi2 budak chinese si tan, lawrence, siow tu sume budak2 cina paling loklak aku penah jumpe haha.. kalu bercakap tu x jumpe noktah, loyar buruk lagi..
mudah mudahan tercapai la cita2 kamu sume nak jadik engineer ye..

so, hopefully lepas ni kelas kitaorg dapat anugerah kelas terbersih la pulak heheh.

Tuesday, February 24, 2009

Siaran Tertunda 2: Kejohanan Sukan SMK Labuan

11-13 Februari 2009
Rabu-Khamis

Stadium Kolej Matrikulasi Labuan


suda mau masuk bulan 4 ni tp update citer bulan 2 punya pun nda abis2 g heheh..
oleh krana ke 'bz' an yg berada di tahap gaban n umah teda line 3G maka, umah ni pun bersawang2 la kui3..
so, layan gambar jak lah.. malas mau crita panjang2 jua..

ini team penyelia peserta. dari kiri cikgi roszilah, cikgi mary rose n sblh lg tu lah dia k.hajah yg ada aku sebut2 dalam entry2 sebelum ni.. alah.. yg aku tumpang umah dia sblm dpt umah sewa aritu.. cikgu hajah saniati matasan.. org limbang sarawak yg sangat baik hati tp tegas kalu bekerja..

ni si perkasa n shahrul (kelas 4 Amanah) masa lapor diri kategori lelaki A (bawah 18 thn).



ni ialah 2 orang hero atlit umah aku.. umah kenyalang (kuning). letak gambo ni sbb nama dorang dua2 awang. yg kiri tu Awang muhd izzudin, budak pengawas kelas aku 4 Gigih. sorang g Awangku mohd hamizan, kelas 4 Dedikasi (pernah ajar kelas dia skejap sblm tukar jadual ujung januari aritu).
tp si mijan ni skang da pindah ke SM Teknik Labuan. hilang la sorang atlit umah kenyalang huhu..

sepanjang sukan ni aku swastakan kamera aku kat si hadi putra ni la sbb aku x smpat nak amik gambo byk2 sbb bertugas kan..
si hadi ni sekelas ngan si mijan, atlit umah kenyalang gak.
oleh krana, dia yg jadik cmeraman nye.. maka, dalam kmera ni penuh ngan gambo geng2 dia je la.. apa2 pun mekacih la kat hadi ye..
tp skang si hadi ni pun pindah ke SM Teknik gak cam si mijan..
hilang lg atlit umah kenyalang huhu..


ni sesi warming up atlit2 sebelum turun lari kat trek. ni group lari 4x400m kalu x silap la. yg ngah teguk air milo tu ialah si awang izzudin n si azmi..


lari laju-laju
sampai pokok ru
apa dalam baju
seekor katak puru heheh..



ni la port ktaorang tengok atlit2 lari. nak duk kat astaka jauh dr khemah penyelia peserta. so, duduk kat lereng bukit yg panas ni je lah..
kalu time free2 in between peserta lapor diri tu blh la lari jap tengok pelari2 favourite heheh..

ni si rahdan kelas 3F menang 100m pecut lari dalam guni sambil bawa bola ping pong dgn sudu heheh.. (jangan mare rahdan ye heheh)

sempat lg budak2 ni posing sblm acara penutup sukan..
perasmian penutup jemput pengarah jab pelajaran Labuan, so wat majlis grand gak la.
team pancaragam skolah pun wat show mengiringi nyanyian lg negaraku, lintas hormat perbarisan rumah2 sukan n perbarisan persatuan beruniform.

Perbarisan umah kenyalang, diketuai oleh si saiful adha, sume bdk2 ting 1 n 2, k.zaleha n rozita yg bersusah payah latih dorang tiap2 pagi ni..

perarakan masuk bendera kejohanan diketuai oleh awang izudin wakil kadet polis. dan pembawa bendera ni sume diwakili oleh persatuan beruniform sekolah, ada kadet bomba, kadet remaja skolah (KRS), persatuan kadet bersatu darat n udara (PKBM) n pengakap.

si tasbi control hensem masa bg command masa ketuai sume perbarisan heheh..

actually.. ni la pengalaman pertama majlis sukan. maklom la dulu kan skolah agama rakyat.. mana ada sukan2. masa ngajar pun skolah swasta mana ada program2 gini..
terima kasih SMK Labuan.. beri pengalaman pertama yg best heheh..


Siaran Tertunda: Kejohanan Olahraga SMK Labuan

9 Februari 2009
Isnin

Padang SMK Mutiara


oleh krana skolah kitaorg nda ada padang, maka sukan skolah kami terpaksa dibuat menumpang di padang skolah lain.



acara yg dipertandingkan dalam olahraga ialah: lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing. oleh krana x banyak sgt acara maka sukan dibuat 2 sesi yg berlainan supaya x ganggu pnp. kalu kategori bawah 15 (pelajar sesi petang) akan lawan waktu pagi. kategori bawah 18 (sesi pagi) akan lawan sesi petang.

sebagai ket. ajk penyelia peserta (yg baru) aku mmg blur habih n x dapat nak bayang keje apa yg kena wat walaupun da d explain oleh nurul n k.hajah. al-maklomlah dulu skolah agama rakyat mana ada sukan2 ni.


so, pagi k.hajah n roszilah yg bertugas. lepas kelas 3G abis kul 9.20am trus call shu yg da ada kat padang mintak tlg amik nak g padang jap utk tengok camna k.hajah handle. sbb petang aku ngan k.wong je.. terpaksa la berkejar2 g padang sbb ada kelas lak kul 10.40 kat 4G.


petang tu selain daripada jadi penyelia peserta aku jugak jadik dj secara x langsung utk wat pengumuman itu dan ini terutamanya panggil peserta melapor diri. anak2 aku kelas 3D, 4A, 3E, 4D n 4H ramai yg jadik atlit n amik bahagian.
kamera aku swastakan kat si faizal.
tengok2 dia g amik gambar si tasbi saja.. penuh memory card ngan gambar n video si tasbi melompat tinggi haha.. apa2 je la korang ni.

smentara tunggu sume acara abis.. da azan asar. surau depan padang je. tengah letak barang kat kete tiba2 lalu la set2 faziel, tasbi n t gang nak g solat asar.. ajak aku skali. aku pon on je.. tu la yg aku respect sgt kat group dorang ni.. bagus jaga solat, kalu solat zuhur tu berkejar2 nak jemaah kat masjid dpn skolah lepas balik skolah kul 12.35pm.
tabik spriingg la kat faziel, tasbi, faizal, johari n t gang yg lain.. bagus korang.. ustzh doa smoga kamu sume istiqamah..
so, solat asar haritu di imamkan oleh si faziel.. terharu ngan komitmen dorang..

semoga trus istiqamah dalam ibadah..

Saturday, February 21, 2009

salam rindu..

salam..


rindunyee nak update blog huhu..
maaf la pada sume kawan2 yg datang bertandang ke umah sy ni tp umah kosong je..
sampai da naik sawang kata k.yah heheh.

lately ni agak sibuk dgn rutin harian seorang cikgi baru..
diburukkan lagi dengan line 3G x de kat umah ni.
nak update kat skolah pun x sempat nak curi masa.
tambahan lak, weken pun x penah yg free.. ada je program atau kusus yg kena hadir.

weken ni, je x de program tp pg td smpai tghari g skolah ada 2 mesy. mesy KKS (kelab kakitangan n staf) n mesy post mortem kejohanan sukan skolah.

tp keje da bertambun da ni. yg paling urgent nak siapkan kertas soalan ujian bulan Mac ting 3. submit ari isnin kat ket panitia.
satu g siapkan teks syarahan yg x siap2 dan deadlinenye da lama terlepas heheh. janji ngan zia dia dtg pg sok kitaorg nak 'berbengkel' siapkan teks tu kat umah.

weken depan lg clash 3 prog.
skolah wat gotong royong, panitia wat kem bestari solat utk bdk2 ting 1. pastu smalam dpn surat dr JPN kena g kusus asas kejurulatihan kat pusat ko di ganggarak. berkhemah la 3 ari. tgok list nama lampiran yg diberi nama sume cikgu cikgi yg baru posting labuan sume kena g.
nama zul, huda, syam n firdaus pun ada gak.

jawatan kat skolah pun boleh tahan banyak n berat gak. kira2 cam ala2 giler kuasa gak la skang ni haha. da memang budaya kat smk (shortform nama skolah ktaorg yg glamer kat labuan) ni sape cikgu baru memang kena cukup2 la.
so, bila dorang bg keje.. da malas nak argue..
ada cikgu2 len yg argue ngan pentadbir.. tp useless.. tambah sakit ati ada.
sudahnya.. buat je la yg terbaik.

tp kadang2 takut n risau juga kalau terganggu persediaan n fokus utk pnp.
padahal itu la aulawiyat n priority nye..
x puas hati kalu ngajar x cukup preparation.. rasa x confident.
kesian lg ngan budak2..
rasa da smakin selesa ngajar di skolah.
ngan budak2 pun da makin kamcing. even budak2 kelas 3D, 4D n 4H yg aku da x ajar lg pun dorang tetap mesra n manja2 ngan aku heheh..

hopefully aku cepat dapat sesuaikan diri ngan rutin yg smakin sibuk ni..
harap2 jugak dpt kete cepat senang nak ke sana ke mari..
n dapat jugak mengubat hati yg lara duk jauh2 n byk keje ni bila dpt kete cunn heheh..
tido malam da mimpi naik kete biru da keh3..

banyak cerita yg x sempat nak di upload sbb gambar sangkut x leh upload. esp gambar2 masa sukan.
nanti la update citer n gambar sukan kemudian.

Wednesday, January 28, 2009

1st GATHERING cikgu cikgi DPLI posting Labuan 2009

27 Januari 2009

Selasa

Taman Mutiara, Sg. Bedaun



“k.jem.. ada kat umah ke arini, x ke mana?”

Pagi kul 9am Zul kol aku.

“Nak g mana pun.. kaki mana ada hehe. Nak datang umah ke? Meh la.”

“A’ah gitu la. Ingat nak ajak huda skali kita kumpul kat umah k.jem la.”

“Boleh.. x masalah.. nanti k,jem masak nasik pastu korang beli lauk ye heheh. Kul bape nak datang ni?”

“Tengok la sblm kul 12 kot. Fara ada latihan bola jaring kat skolah dia sampai kul 11. Nak kena tunggu dia dulu.”

“Beres.. jemput.. jemput..”



Aku melawak je ngan zul suh dorang beli lauk. X sampai ati lak orang nak dtg umah pastu suh bwk makanan sendiri.. hisyy.. kasik malu kompeni je haha.

Sudahnya aku n shu masak nasik ayam lauk sup, sayur kacang buncis, ayam masak sambal n ulam timun tomato. Tgh2 masak dorang sampai bawak buah tembikai.


Tengahari tu meriah la umah aku n shu ada huda, zul n istri dia fara. Syam n firdaus x de. Firdaus balik jenguk anak bini. Syam lak mak ayah dia dtg sini. Kalu x lagi meriah ngan mulut firdaus yg kuat menyakat tu. Syam kata lenkali kena masak lain lak dia nak datang heheh.. seronok org datang ramai2 kalu x aku tengok shu, shu tengok aku..


Pastu pujuk dorang lepak sampai petang aku umpan ngan bubur jagung hehe. Dorang pun on je. Fara kata kalu balik umah pun boring gak. Umah dia n zul perabot pun x de, tv pun x de. Lepas makan n solat borak2 kejap pastu semua mata da berat da.. aku kasik bantal sorang sebijik dorang pun layan zzzz..

Mujur la umah aku byk bilik.


Dorang layan mata, aku n shu masuk dapur balik masak bubur jagung n jemput2 jagung. Menu minum petang arini semua jenama jagung heheh.


Lepas solat asar n makan2 dorang pun balik. Zul kata pasni umah aku jadik port la apa2 hal kalu ktaorg nak kumpul2. Aku kata beres je. Terasa cam jadik org tua lak keh3.

Tinggal la aku n shu berdua kat umah huhu. Sunyinya x de orang. Bestnya kalu ramai orang huhu.


Tengah baring2 layan kepala yg berdenyut2 tiba2 terfikir.. kitaorang sume kenal kat airport masa nak dtg sini. X sampai sebulan pun kenal. Tapi sume da mesra mcm da kenal n kawan lama. Selalu saling sms tanya khabar, ambil berat, tolong menolong, tukar2 idea pasal mengajar, luah masalah, gurau senda gelak2..


Pliinnggg...

Aku dapat satu resolution tiba2.

Allah da temukan aku ngan sahabat kat sini.. aku jumpa sahabat.. aku jumpa geng..

Syukur pada Allah. Terima kasih Allah.. kurniaanMu selalu datang tanpa tersangka. Aku je yg selalu mengeluh x reti bersabar huhu..

Semoga Allah sentiasa berkati dan pelihara persahabatan kami aminnn.





MASUK UMAH BARU

Hari Ahad baru ni pindah masuk umah baru..
apartment tingkat 1 kat Taman Mutiara Sg. Bedaun. umah ada 4 bilik n 2 bilik air. sewa rm500.
alhamdulillah tuan umah k.norlia tu baik sesangat. mudah sangat nak deal. sbnrnya kitaorg sewa umah dia kosong. tp dia kesian kat ktaorg pastu belikan set sofa kayu baru. k.noy kata kesian kat budak2 ni x de sofa nak duduk..

pastu dia ofer lak tv, rak tv n fridge dia. pastu kasik lagi set pinggan, gelas n tea set utk kitaorang guna. alhamdulillah terharu sungguh dgn kebaikan n keprihatinan dia.. alhamdulillah Allah mudahkan.

selain tu kitaorg da beli barang skit ngan k.rokiah penyewa lama. beli dapur, meja dapur, tong gas, meja makan, katil n tilam queen n almari baju 2 pintu sume dia tolak rm500. kira, umah ktaorg tu da agak lengkap jugak la barang2 basic.

pagi kuar beli barang2 umah dulu mintak tlg k.zan antarkan g bandar. macam2 la beli.. yg paling banyak barang2 kelengkapan dapur la.. periuk, besen, pisau, sudip, sudu garpu sampai la ke penyapu n mop. penuh da sebonet kete crv k.zan.

pastu g giant lak nak beli rice cooker n keetle. beli skali barang2 masak basic.. bawang, gula, garam, sos etc. sempat gak sambar cermin besar dua hehe penting tu.. terserempak ngan zul masa ngah usung cermin besar 2 bijik tu.. dia n fara pun soping barang2 umah gak.

petang kul 5pm k.zan tlg hantar pindah barang. k.noy da tunggu kat umah sana. dia atar peti sejuk n tv. penuh kete k.zan bawak barang ktaorg dari bonet smpai tmpt duduk blakang. mujur suami knoy n sorang kwn dia ada boleh tlg angkutkan barang naik atas umah. kalu tak harus patah pinggang gak nag ngangkat tu huhu.

mlm tu start la sapu n mop umah, simpan barang2 dapur, basuh bilik air.. tu pun da senget sa pinggang.. x larat da. sampai tido pun da x sedar apa da.

anyway.. lega sangat da pindah umah ni. duk umah sewa sendiri x yah menumpang lagi. blh kemas umah ikut suka n masak ikut suka sbb sume barang kita.. bukan barang orang heheh..


p/s: gambar umah x amik g. lenkali upload gambo lak.
kat umah baru line 3G x dek. pakai gprs je. mana larat dia nak bukak blog. bukak google frontpage pun terhegeh2 ikut nasib. besenye x leh bukak langsung huhu.
ni kat umah k.zan tdo sini mlm ni. ptg tadi dia amik aku n shu g makan sate kat pantai damai. sok nak masak ikan patin lak yg k.hajah bawak dari umah dia sawak.