Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU (belated heheh..)

Dedikasi khusus Hari Guru untuk semua guru-guruku nan tercinta

SK Kg. Seri Makmur Tangkak (1986-1991)
SMA (Arab) Lughatil Arabiah Tangkak (1992-1994)
SMA (Arab) Lughatul Qur'an Muar (1995-1996)
Maahad Johor, Johor Bahru (1997-1998)
Fakulti Pengajian Islam-Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam UKM (1999-2002)
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Jabatan Pendidikan & Tamadun Islam UDM (2008)

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik rasa nak junjung

(ada stok gambar lecturers DPLI UDM je)

Puan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad

Ustaz Azhar Chik

Ustaz Aziz Sulaiman

Ustaz Zaid & Dr. Md Sephai

Dr. Abdul Hakim Abdullah

Ayahanda Dr. Mustapha Che Omar

Dr Razali & En. Mohamad Yunus

Cikgu Yunus


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


USMAN AWANG
1979




TERIMA KASIH GURU

-saujana-


Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

Sahabat2 ku sume cikgu cikgi DPLI UDM 08
yang terposting di Sabah, Sarawak, Johor, Negeri 9, Perak, Pahang & Terengganu..

Selamat Hari Guru
Semoga Allah memberkati semua usaha kita mendidik anak bangsa..

'Guru Pembina Negara Bangsa'

No comments: